hit counter Begin: 29.7.2010
Showing posts with label Informations. Show all posts
Showing posts with label Informations. Show all posts

29 May, 2011

Best Media/Video Player On BT5 Gnome

Saya syorkan SMPlayer untuk memainkan file jenis video. Interface nye pun juga OK.
Solving: apt-get install smplayer
Read rest of entry

14 November, 2010

INTERNETPEERS IS NO LONGER UPDATED

Thanks you for visiting InternetPeers but im no longer updating this blog because already move to www.gcores.com(currently in development process).

What im planning is to move article/post(from this blog) to www.gcores.com.

Thanks you again for visit and sorry about this problem. This blog is NOT CLOSE but WILL NOT UPDATED

If you have a question or opinion, please you can contact me on:

1- zer0nymous@yahoo.com=Yahoo messenger
2- Qu4R0w@gmail.com=for mailing

THANKS YOU!
Read rest of entry

19 August, 2010

Script Kiddies VS Hacker[MUST READ]

Saya cuma ingin menyatakan pandangan saya yang berdasarkan pengalaman membaca article-article dan post-post yang "bertaburan" di Google melalui pelbagai sumber. INI CUMA PANDANGAN SELEPAS PENGALAMAN MEMBACA SAYA. TIDAK BERMAKSUD SAMA SEKALI UNTUK MENYATAKAN POST SAYA INI 100% TEPAT DENGAN YANG SEBENARNYA.

NOTE: Jika anda mula salah faham, jangan teruskan membaca post ini. Tetapi jika anda faham situasi saya, sila teruskan...

Sekarang, dunia komputer yang meluas ini telah membahagikan individu/golongan pengguna komputer secara beberapa golongan/level untuk dibezakan. Saya cuma ingin menyatakan mengenai Script-Kiddies dan Hacker secara basic sahaja. Dari golongan tersebut, terbahagi pula kepada beberapa golongan. Saya tidak akan pergi secara lebih detail. Anda boleh gunakan Google untuk meneruskannya...

Script-Kiddies
1- Level Kedua selepas Newbie
2- Tidak mempunyai asas dalam ilmu komputer
3- Etika yang kabur
4- Ada kalanya tidak berpegang kepada etika
5- Tidak tahu untuk coding/menulis bahasa program
6- Bergantung kepada orang lain(biasanya Hacker)
7- Tidak mengeluarkan script/program sendiri
8- Mereka berjinak-jinak dengan bahasa program(tidak mahir)

Contoh perbualan Script-Kiddies(SK) dengan Operator(OP) di salah sebuah room IRC:

SK: Hello Operator
OP: Hello. Kamu ada masalah dengan room ini?
SK: Tidak. Tapi kamu akan mendapat masalah kerana saya akan hack room ini.
OP: =_="

<SK telah di "banned" oleh Operator>

Hacker
1- Minat yang kuat untuk belajar
2- Tidak pernah jemu untuk terus belajar
3- Ingin bebas daripada kekangan(limit)
4- Sukakan "freeware"
5- Mahir dengan bahasa program(master)
6- Menulis script/program sendiri
7- Share source code di forum
8- Bermatlamatkan Open Source


Di internet, ada banyak lagi info-info mengenai hal yang saya nyatakan di sini. Dan apa yang saya nyatakan berkemungkinan adalah salah sedikit atau mugkin juga seluruhnya..
Read rest of entry

Teknik Blogging [MUST READ]

Sekarang ini, semua orang ada blog atau laman web. Blog memang familiar dengan Blogspot kerana Blogspot senang digunakan berbanding Weordpress. Tapi bagi yang advance, mana-mana provider pun tidak kisah. Sebab itu ramai juga yang memilih Wordpress dan Wordpress tetap famous.

Teknik blogging yang ingin saya nyatakan di sini ialah:

1- Ketahui tujuan anda
Sebelum Sign-Up blog, sila pastikan apakah tujuan anda untuk blogging. Adakah kerana duit? Adakah kerana anda kagum dengan article-article dan post pada laman web yang menyatakan blogging dapat menjana wang secara mudah dan lumayan? Adakah pula anda blogging hanya kerana ingin mengisi masa lapang? Mana-mana alasan, anda yang tentukan dan bergantung kepada anda.

2- Kepada yang "Income Based"
Kepada blogger yang sangat mengutamakan pendapatan dari hasil blogging, perlulah anda ketahui bahawa untuk menjana wang secara blogging ini bukan senang. Bagi yang pemula, perlulah anda ketahui tentang CPC, PPC, CPV dan banyak lagi. Dengan kefahaman ini, anda mungkin akan lebih jelas tentang bagaimana cara anda menjana pendapatan. Perlu anda ingat bahawa search engine memerlukan sesuatu yang asli dan unik. Tidak mungkin blogger itu dapat income RM500 sebulan dengan hanya post yang di-duplicate serta bilangan post yang cuma seratus lebih. Ingat, kunci kejayaan bagi blogger jenis ini ialah "network" atau "social"

3- Kepada "Blogging adalah hobi saya"
Blogger style begini sangat bagus kerana tidak mementingkan wang. Tetapi tidak bermakna wang itu 100% tidak perlu(dunia memang perlukan wang).LOL. Kepada blogger jenis ini biasanya mereka tidak jemu menulis post dan mengeluarkan idea serta maklumat-maklumat baru di internet. Setelah publish post secara banyak dan asli, barulah pendapatan akan datang.

4- Tentukan masa untuk blogging
Ramai blogger mengahadapi masalah ini. Memang betul kerana seseorang itu tidak mungkin sama aktiviti hariannya. Contohnya kepada yang bekerja dan pelajar. Bagi seorang pelajar, mereka mempunyai masa yang terhad untuk blogging. Bagi yang sudah bekerjaya, mereka mungkin boleh blogging dalam pejabat saja(curi tulang).Kepada suri rumah, mereka lebih cenderung untuk blogging kerana mereka mempunyai masa lunag yang banyak. Tidak hairanlah ramai blogger teridiri daripada kaum hawa yang rata-rata bekerja sebagai suri rumah.

5- Ketahui bakat anda
Perkara ini memang penting kerana akan menjadi kunci kejayaan dalam aktibiti blogging anda ini. Jika anda seorang yang "sastera", anda tetap boleh blogging seperti biasa dan carikan "network" yang mungkin berminat dengan hasil karya anda itu. Sebagusnya gunakan bahasa antarabangsa. Bagi yang mempunyai daya kreativiti yang mahir dengan grafik serta mempunyai kamera DSLR, adalah distorkan anda membuat blog yang berkenaan gambar atau hasil seni anda itu. Ramai yang memerlukannya untuk dijadikan wallpaper, merehatkan minda(jika gambar mengenai alam) dan memberi inspirasi kepada pengunjung.

6- Tentukan sasaran pelawat
Ini merupakan perkara paling penting dalam blogging. Kelebihan paling hebat ialah jika anda bagus dalam bahasa Inggeris(English) kerana dengan bahasa antarabangsa, pengunjung anda mungkin akan datang dari pelbagai pelusuk negara. Sekiranya anda sengaja untuk menulis dalam bahasa melayu, anda silap kerana pengunjung boleh lagi membaca penulisan anda itu dengan menggunakan Google Translate dan sebagainya. Bahasa English tidak menyediakan limit dan menjadikan blog anda "versatile".

7Memilih nama dan alamat blog
Searh engine adalah keperluan dan satu-satunya service yang akan mem-popularkan blog anda. Jika anda ingin membuat blog berkenaan dengan komputer misalnya, pilihlah nama yang sesuai dan berkenaan dengan komputer contohnya "blog komputer" atau "komputer blogger" dan sebaginya asalkan tidak terpesong dengan isi blog anda. Perlu anda elakkan nama dan alamat blog yang panjang serta susah untuk di ingati. Contohnya "buahepalmasakranum.blogspot.com"

8- Kandunagan blog anda. Tentukannya!
Ini sepatutnya menjadi persiapan awal sebelum anda mendaftar blog. Jika anda ingin menulis berkenaan kisah hidup anda, anda memang berhak menulisnya kerana blogging merupakan alternatif untuk "melepaskan perasaan" atau menceritakan sesuatu. Tetapi sila fokus tentang kandungan blog anda ini. Jika nama blog anda adalah nama anda misalnya:

Nama blog: Ahmad Fakrul
Alamat blog: ahmadfakrul.blogspot.com

Apakah pengunjung akan fikir mengenai blog anda itu? jika mereka ingin dapatkan info mengenai telefon bimbit keluaran baru, adakah mereka percaya bahawa ada post mengenai maklumat tersebut walaupun info tersebut memang ada di blog anda.

9- Tinggalkan Komen
Sila tinggalkan komen untuk menyatakan idea anda. Dengan cara ini, dapatlah blogger improve lagi produktiviti dan kualiti blog mereka. Teguran bermaksud menegur untuk membina.
Read rest of entry

Ciri-Ciri Blog Yang Teruk

Pada post ini, saya cuma ingin menyatakan tentang pandangan saya dan tidak mengharapkan ianya adalah 100% benar kerana bergantung kepada blogger dan pelawat. Contohnya kalau blog yang cuma ada satu post, suka hati tuan dia la sebab blog dia. Kalau boleh sila elakkan dari comment seperti itu. Alasan saya, komen itu tidak membina.

Saya juga tidak "claim" yang blog saya ini bagus atau perfect. Maish lagi ada bnyak keburukan kerana saya masih baru dalam dunia blog berbanging otai-otai sekalian.
 
NOTE: Jangan baca jika anda mula salah faham bagi mengelakkan kesulitan

Ciri-ciri blog yang teruk ialah:

1- Background musicYang ini saya tidak suka kerana ialnya cuma melambatkan loading page. Perlu juga anda fikir bahawa jika anda menggunakan Streamyx misalnya iaitu internet yang laju, tidak semua pelawat mempunyai kelebihan tersebut. Pengunjung tidak mahu menuggu lama untuk membaca post anda itu. Kalau saya, saya lebih rela "googling" untuk cari kat laman web/ blog lain.

2- Gambar bakcground kelip-kelip
Ramai blogger fikir dengan meletakkan gambar bacground yang kelip-kelip pada blog akan menjadikan blog bertambah menarik. Gambar kelip-kelip saya maksudkan ialah gambar animated/.gif. Bagi saya, blog yang punyai gambar rama-rama atau bintang-bintang yang berkelip itu cuma menampakkan blogger tersebut tidak serius dan tidak professional.

3- Salji turun dan sebagainya
Biasanya teknik ini boleh dibuat dengan bantuan javascript. Blogger juga fikir bahawa blog mereka akan lebih "interactive" dengan adanya kesan khas sampingan ini. Bagi saya, ianya tidak perlu. Bukan sahaja mengaburi mata tetapi dengan penggunaan "effect" tersebut, blog juga akan menjadi sedikit perlahan.

4- Sila klik. Saya merayu
Ini yang paling saya tidak suka. Blogger yang menyatakan harapan mereka supaya pengunjung klik pada ads conothnya Nuffnang. Jika dikira dari T&A Nuffnang, kontrak boleh terbatal dengan tindakan yang tidak sepatutnya ini. Selain itu, alamat blog juga akan di "blacklist". Sebutulnya, biarlah pengunjung sendiri yang klik ads tersebut tanpan disuruh.

5- Cursor icon
Walaupun tidak ramai blogger yang guna teknik ini tapi hakikatnya ada blogger yang suka cursor yang ber-icon ini. Icon biasa yang boleh di ketemui ialah api, hello kitty, bunga, bintang, stik magic dan sebagainya. Saya tidak tahu kenapa mesti buat cursor sebegitu. Bagi saya, ia agak menyukarkan saya untuk membaca text pada post.

6- Comment need approval
Faktor ini pernah terjadi pada blog saya kerana script/layout/template blog saya yang telah diubah berbanyak-banyak kali itu menjadi "dont allow comment" secara defaultnya. Nasib baiklah kawan yang beritahu saya tentang hal ini. Saya langsung tidak perasan. Pelawat mungkin tidak mahu login akaun email atau service lain tapi ianya perlu untuk meninggalkan komen. Saya rasa ini sikit sebanyak membebankan. Mungkin blogger pilih cara ini untuk elakkan spam.

7- Dialog box
Kepada siapa yang guna dialog bog iaitu window kecil yang kelaur mesej tu, saya paling tak suka ini. Sangat annoying. Kalau hendak tulis mesej atau nota sekalipun, boleh jer tulis kat header atau bahagian atas kat page blog.

Semua itu cuma pandangan saya dan mengenai pengalaman saya sahaja. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk mengkritik blog pihak tertentu tanpa alasan yang benar. Diharap faham sitausi saya ini.

Jika ada mana-mana kandungan yang anda tidak setuju atau ingin berkongsi maklumat, sila biarkan saya tahu dengan meninggalkan komen.
Read rest of entry

07 August, 2010

GengBlogger Crash!!!

Kejadian berlaku pada minggu lepas.(sorry sebab lambat report sebab ada masalah dengan internet connection). Insiden ini berlaku pada tengah malam kalau tak silap saya sebab saya tengah wat kerja lain waktu itu.

Masa tu saya tengah menggunakan BackTrack 4 Final dan sila tengok sendiri apa yang jadi. Siapa-siapa pernah jadi begini tak?


Read rest of entry

Goole Menggantikan Google

Google merupakan search engine yang cukup popular dan menandingi saingan hebatnya iaitu Yahoo, MSN dan kebanyakan search engine yang lain. Ini kerana pengguna mencapai kepuasan dengan layanan Google. Ditambah pula Add On yang amat penting dan banyak membantu serta melengkapkan Google seterusnya menjadikan Google sebagai search engine terpopular.

Tapi hari ini saya baru perasan bahawa Google telah diambil alih oleh Goole. Saya sendiri tidak pasti kenyataan ini. Tiada sumber yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi saya hanya melihat pada gambar dari homepage Google itu sendiri. Mungkin saya telah silap kerana tidak peristiwa ini tidak gempar di internet.

Andai kata saya tersilap, saya ingin meminta maaf tetapi sebelum itu, silalah klik sini untuk ke post yang memberi saya ilham untuk mengeluarkan kenyataan ini. Adakah keadaan anda sama dengan keadaan saya sekarang ini?
Read rest of entry

Kenapa Hacker Wujud

Jika anda pengguna komputer dan internet, perkataan "Hacker" mungkin tidak asing lagi bagi anda. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa wujudnya hacker??? Anda pernah kena hack dan anda menyalahkan hacker??? Adakah kerana perkataan "hack" & "hacker" ada kaitan???

Untuk ketahui apa dan siapa itu golongan hacker, sila ke <post title "Script Kiddies VS Hacker" & URL>. Anda connect ke internet dan sedang membaca post ini. Tidak kira dengan Streamyx atau Broadband, konsepnya anda tetap juga telah connect ke internet. Internet wujud kerana adanya hacker. Dan majunya juga internet kerana UNIX(Hacker Choice). Ya, kerana hacker ialah individu yang mahir dalam bidang komputer. Dengan adanya hacker, internet juga mempunyai HTTP Protocol. Anda melayari laman web facebook dengan menaip "Facebook" pada Google dengan menggunakan Google Search Engine. Terus anda klik hits(result) yang keluar untuk pergi ke laman web Facebook. Boleh anda nyatakan alamat(address) lama web Facebook. Ianya bermula dengan http://www.Facebook.*****. Anda boleh lihat perkataan http itu sebanyak mungkin. Ia wujud kerana adanya hacker.

Penerangan tentang kewujudan & kepentingan hacker dalam "role play"-nya

Anda perlu menaip password(kata laluan) selepas alamat email anda untuk login ke Facebook???
Ya, ianya mesti. LOL

Mengapa adanya password???
Password adalah salah satu cara untuk mengelakkan orang lain yang tanpa kebenaran tuan punya untuk melakukan login/access. Ini juga wujud kerana hacker.
-Contohnya anda boleh melakukan login ke Facebook dengan hanya memasukkan alamat email sahaja. Bermakna sesiapa yang tahu alamat email anda, maka mereka boleh login ke Facebook anda juga? Dan bermakna alamat email anda adalah rahsia?

UserA: Hey B, saya ingin menghantar email kepada anda. Apa alamat email anda?
UserB: Maaf A, alamat email saya adalah rahsia. Saya tidak mahu awak login akaun Facebook saya nanti.

<UserA menuju ke Pejabat Pos untuk membeli setem. LOL>

Kenapa pula password mesti mempunyai gabungan abjad dan nombor???
Kenapa "character" password mesti banyak???
Biasanya character(bilangan) password  melebihi 7(saya tidak tahu alasan tepat untuk tujuan ini) dan kenapa tidak cuma empat(4). Kalau empat senang sikit saya nak ingat. Password mesti ada abjad. Merumitkan sungguh!

UserB: Hey A, sekarang ini dah wujud password. Perlunya password untuk login ke Facebook.
UserA: Ya, Memang bagus wujudnya password. Sekarang boleh bagi tahu alamat email awak?
UserB: Ya, Saya tidak perlu bimbang lagi. Ini email saya myemail@yahoo.com
UserA: Terima Kasih B.

Password cuma nombor dan limit character adalah empat(0-9999)
<UserB melabelkan Brutus sebagai "my lovely tool">

Password mesti dari gabungan abjad dan nombor(a-z & 0-9)
<UserB melaung "SUSAHNYA!!!" dan meludah ke monitor apabila dia tidak berjaya "menembak" password akaun UserA>

Kenapa pula adanya login attempt limit???
Pernahkah anda tersilap menaip email atau password anda? Jika tersalah beberapa kali, anda perlu menaip paparan "gaptcha" untuk terus login? Ini kerana untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab cuba login ke akaun Facebook anda. Gaptcha bertujuan untuk memastikan anda adalah manusia yang hanya boleh memasukkan paparan itu secara manual.

<Emak UserB menghantar dia ke Hospital sakit jiwa selepas melihat anaknya(UserB)menekan keyboard saja sepanjang hari>

Terdapat banyak lagi service dan "benda baru" yang "dibangunkan" oleh orang yang mahir dengan komputer(salah satunya hacker). Security yang wujud hari ini(makin hebat) adalah idea yang dicetuskan oleh hacker melalui kemahiran exploit-nya. Hacker find holes, Security maintainer patch that holes. Macam polis dengan pencuri. Kalau dunia ini tiada pencuri, gila apa polis main kejar-kejar sama geng polis sendiri.
Read rest of entry

Web Site Hacked by CuciOtak [REVIEW]

This summary is not available. Please click here to view the post.
Read rest of entry

Pengunjung Laman Web Lucah [MUST READ]

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jaring telah melancarkan Internet Thoyyibah, iaitu sebuah pelayar web yang berfungsi menapis laman-laman web tertentu yang disenaraikan mengandingi content porno/lucah.

Sekarang ini, memang sudah terdapat banyak software atau service yang membolehkan pengguna(ibu bapa terutamanya) menapis kandungan tersebut dengan melakukan beberapa "setting" pada software dan komputer. Tetapi Internet Thoyyibah ini merupakan salah satu usaha kerajaan Kelantan dalam penyediaan service internet.

Pihak Jaring bertanggungjawab sepenuhnya dalam melakukan "setting" kepada pengguna dengan tujuan pengguna bebas dari kandungan lucah tersebut di internet. Menariknya, Internet Thoyyibah ini memerlukan "update" dari masa ke semasa. Ya, ianya sama seperti anti-virus ayng anda gunakan itu. Dengan cara ini, maklumat akan "up to date" sekiranya terdapat laman web baharu dan cara "bypass".

Perkara malangnya ialah Internet Thoyyibah ini bukanlah disediakan secara percuma. Ya, sekali lagi ianya sama dengan anti-virus. Jadi, kepada penggemar laman web porno, janganlah buka mulut tentang Internet Thoyyibah(takut ibu bapa anda tahu)

Sekali lagi nasihat, kepada penggemar juga, bolehlah anda mulakan koleksi video porn sekarang sebelum ibu bapa anda install applikasi tersebut di komputer di rumah.he3

Kepada yang berminat, bolehlah download Internet Toyyibah di laman web jarin atau klik saja di sini

NOTE: TM memaklumkan bahawa negeri Kelantan bukanlah negeri yang pesat dengan penggunaan internet berbanding negeri luar. Kelantan akan mendapat perkhidmatan yang sepenuhnya pada 2014.
Read rest of entry

Microsoft Blaming Developer

Microsoft menyalahkan developer kerana tidak membuat kod yang cukup aman dan keselamatan yang rendah.


Microsoft_logo

Ini adalah tajuk gempar yang saya dapat dari TG Daily

Sememangnya, Microsoft sekarang menganggap "Hari ini penyerang tidak lagi mencari script-kiddies untuk menyerang. Mereka lebih canggih dan kuat melibatkan wang.

Memang tiap-tiap hari, hacker juga boleh di ibaratkan seperti jurutera progaraman yang bijak dan lebih maju dari demi hari. Ramai ahli-ahli korporat jurutera pengisian berkata bahawa Microsoft sudah semakin menuju ke zaman gelap dengan Windows Vista mereka sebagai bukti.
Read rest of entry

06 August, 2010

BackTrack 4 Final Manual

Saya menggunakan BackTrack Linux sejak BackTrack 3 yang pada masa itu, proses installation-nya adalah agak rumit dan tidak seperti BackTrack 4 Pre-Release dan BackTrack 4 Final. Tapi walaupun saya telah lama menggunakan BackTrack, tidak bermakna saya mahir menggunakannya. Saya masih lagi belajar menggunakannya dari masa ke semasa.

Waktu di BackTrack 3 Final, saya kerap kali mencari/gooling mengenai cara menggunakan BackTrack dengan keyword "BackTrack manual", "BackTrack Tutorial", "How To Use BackTrack" dan macam-macam keyword lagi. Semua ini adalah kerana niat dan minat saya untuk belajar menggunakan BackTrack Linux.

Sekarang saya tahu bahawa cara itu tidak berguna. Saya menulis article ini untuk menceritakan pengalaman saya kepada sesiapa yang memerlukan dan kepada yang sama macam saya(pemula yang ingin belajar). Jika anda mengalami keadaan yang sama macam saya, sila teruskan membaca.

BackTrack is Linux OS.
-Itu bermakna anda perlu tahu cara menggunakan Linux. Ketahuilah command-command-nya yang berguna dan memang perlu digunakan itu. Mulakan dengan command asas pada Linux. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan menggunakan Google saja. Keyword=Linux Basic Command". Baca dan sila praktikkan-nya. Anda sudah meng-install BackTrack jadi cuba command-nya pada BackTrack anda itu.

BackTrack 4 is Debian Based.
-Sejak BackTrack 4 beralih ke Debian, development dan suport-nya lebih bagus. Ya, menurut developer-nya, tujuan utama BackTrack beralih ke Debian ialah kerana kerana maintenance-nya. Sekarang di Debian, update dan maintenance/fix-nya lebih bagus dan stabil. Bermakna di sini anda perlu belajar menggunakan Debian. Sama seperti Ubuntu. Ini juga menjadikan BackTrack lebih senang untuk dipelajari.

BackTrack Using KDE
-BackTrack menggunakan KDE iaitu desktop environment yang tidak sama dengan Ubuntu. Ubuntu secara default-nya datang dengan Gnome tetapi BackTrack datang dengan KDE kerana KDE lebih "ringan" dan stabil berbanding Gnome. Tools pada BackTrack juga lebih sesuai di-run pada KDE. Limitation yang ada pada KDE ialah interfacenya. Ya, interface pada Gnome lebeih menarik berbanding KDE.

BackTrack is Huge of Tools
-Tools yang ada pada BackTrack yang datang secara default atau tersedia/built-in adalah koleksi yang terbaik. BackTrack merupakan OS Linux yang penuh/sarat dengan tools yang digunakan untuk pentest(penetration testing) atau untuk tujuan cubaan penembusan. Ya, ianya untuk security semata-mata. Ini adalah kunci utama kepada BackTrack. Anda boleh belajar menggunakan tools yang ada pada BackTrack melalui wesite provider tool tersebut. Pada websitenya pula, sila baca manual dan documentation, fix release, patch untuk belajar dan ketahui penggunaan-nya.

Forum As A Keypoint
-Ini adalah kunci utama dalam kejayaan anda jika anda ingin belajar menggunakan BackTrack. Sila register pada forum yang berkaitan dengan BackTrack atau tools yang anda ingin belajar menggunakannya. Di forum, pengguna seperti anda mudah berkongsi pendapat mengenai BackTrack dan anda boleh belajar melalui pengalaman orang lain. P/s= Ingat prinsip hacker..

Saya juga masih belajar menggunakan BackTrack kerana saya minat. Jawapan yang sangat simple untuk saya jawab. Dengan BackTrack, saya boleh ketahui kelemahan dan bina semula pertahanan."Hack and Defense". Developer BackTrack juga telah berkata bahawa tidak ada manual tentang cara-cara menggunakan BackTrack dan setakat ini, mereka tidak akan release-kannya. Untuk belajar, sila belajar dari orang yang mahir yang ramai di forum.
Read rest of entry

Perniagaan paling berjaya di Asia

Negara Malaysia juga merupakan negara di bawah Asia. Banyak perniagaan yang terdapat di Malaysia dengan kepelbagaian kaum. Tetapi, Satu kajian telah dibuat untuk mengetahui tahap perniaggan di Asia termasuk juga Malaysia.

Toyota company

Majalah Fortune telah menyenaraikan 50 perniagaan yang paling berjaya di seluruh Asia.Antara negara-negara yang tersenarai ialah Jepun,China,Korea Selatan,India dan Malaysia.Syarikat-syarikat dari Jepun berjaya memonopoli senarai ini.Toyota Motor,Jepun berada di tangga pertama dengan hasil pendapatan sebanyak AS$153,111 juta(RM581,821 juta).Syarikat tunggal Malaysia yang tersenarai ialah Petronas iaitu di tangga ke-33 dengan hasil pendapatan AS$25,661 juta(RM97,512 juta).
Read rest of entry

Top Blogger Favourite Tools

Saya merupakan salah seorang blogger kerana saya mempunyai blog sendiri.Anda juga boleh memiliki blog sendiri dengan mendaftar di Blogger.Tapi disini saya tidak akan menceritakan pada anda tentang cara-cara mendaftar blog.

Terus saya beritahu saja apa keperluan saya untuk blogging.

1-Computer dan internet(semestinya)

Adalah lebih baik jika anda mempunyai komputer sendiri supaya anda boleh terus meng-update blog anda tanpa perlu meminta izin atau mengganggu komputer orang lain.
Untuk blogging,ianya tidak memerlukan internet yang laju.Cukup lah sekadar untuk menulis post sahaja.Tetapi ianya bergantung kepada anda untuk menguruskan perkhidmatan pada blog anda.Kepada blogger yang kerap download dan upload file,adalah lebih bagus jika memerlukan internet yang laju.

2-MediaFire

Laman web yang menawarkan hosting file dengan saiz yang unlimited dan totally free.Tapi bagi Free User,saiz maximum setiap file ialah 100Mb.MediaFire amat disyorkan oleh ramai blogger karana unlimited bandwith untuk download dan anda tidak akan diganggu oleh pop out.Lain-lain kelebihannya ialah jumlah file yang boleh di download pada satu masa juga adalah unlimited(tidak seperti RapidShare).

3-ImageShack & ImageShack Uploader

ImageShack ialah pilihan saya yang utama untuk upload images atau picture.Ianya lebih mudah dengan menggunakan ImageShack Uploader untuk upload gambar tanpa membuka web browser dan tidak perlu pergi ke web ImageShack.
ImageShack Uploader merupakan software yang memerlukan anda install pada sistem anda(Windows saja) dan login menggunakan akaun ImageShack.Setelah login,langkah seterusnya hanya add gambar dan upload.Setelah semuanya selesai,ImageShack Uploader akan memberi anda URL file anda tadi.Amat senang dan menjimatkan masa.

ImageShack_uploader_Screenshot

Klik sini untuk download ImageShack Uploader

4-PhotoScape

Photoscap_Screenshot

Software image editing ini amat berguna kepada saya untuk meng-edit image.Paling berguna sewaktu ingin "crop" images.Ianya juga percuma dan memberi kemudahan yang menjadikan ianya pilihan yang tepat kepada para blogger.Software ini tidak memerlukan memori yang besar untuk beroperasi.

Klik sini untuk download Photoscape

5-FastStone Photo Resizer

FastStone_Photo_Resizer_Screenshot

Ini ialah sofware yang paling bagus bagi saya kerana senang untuk menggunakannya dan tidak terlalu "visual" yang tidak memerlukan memori yang besar.Software ini banyak menawarkan fungsi-fungsi yang sangat berguna dengan cepat dan senang.Tidak rugi ika anda mencubanya.Paling bagus,ianya adalah percuma.

Klik sini untuk download FastStone Photo Resizer


6-MS Paint

Jangan memandang rendah kepada Windows basic tool ini.Walaupun bunyinya ketinggalan zaman dan tidak hebat tetapi saya tetap menggunakannya untuk paste screenshot.Saya mengambil screenshot dengan menekan key "PrtSc SysRq" dan paste nya pada MS Paint.MS Paint yang ringan dan pantas menjadikan ianya pilihan saya yang terbaik.

Ada banyak lagi software-software yang mugkin berguna dan penting untuk para blogger dan ianya bergantung kepada user itu sendiri untuk memenuhi kemahuan dan kehendaknya.
Read rest of entry

Blog Promotion Effective And Agressive VS SPAM

Para blogger menulis post di blog mereka mengikut kemampuan idea dan masa mereka. Ada blogger yang cuma mampu publish post hampir sebulan sekali atau dua hingga lima post dalam sebulan. Tetapi, ada juga blogger yang dapat publish post sebanyak 10-20 post sehari. Puratanya hampir 1 post dalam masa 3 jam.

Blogger tidak mengehadkan post yang anda publish tetapi jika melebihi limit yang di-prefer, blogger.com akan meminta anda memasukkan paparan captcha bagi mengelakkan anda dari meng-publish post secara menipu(disyaki). Ini boleh dilakukan dengan menggunakan "robot"/ software khas. Tetapi sejak wujudnya captcha, masalah ini telah dapat diselesaikan.

NOTE: POST INI JUGA SEBAGAI PERINGATAN KEPADA DIRI SAYA SENDIRI YANG MASIH BARU DALAM DUNIA BLOG. DENGAN MENINGGALKAN COMMENT, IANYA DAPAT MEMBERIKAN SAYA PELUANG UNTUK BERUBAH.

Anda telah publish post secara banyak dan semestinya anda juga banyak melakukan promosi ke blog anda. Contohnya melalui twitter dan Facebook. Tahukah anda bahawa, dengan menggunakan cara itu, sesetengah pengguna akan menganggap itu ialah "SPAM"???
Mereka juga akan berasa promotion anda yang terlalu ghairah itu sebagai tindakan yang tidak patut dan "annoying".

Para blogger juga "pandai" bermain dengan "post title". Ya, memang betul bahawa kunci untuk senang di-crawl oleh Google ialah dengan meletakkan tajuk post yang bagus. Tapi tahukah anda bahawa jika anda tersilap, post anda itu boleh dianggap kira sebagai "SPAM" dan "NOT RELEVANT"???

Selepas anda publish post, anda akan melihat bahawa post anda itu berada di paling atas dengan keyword(contohnya) "cara hack blogger". Anda berasa senang sekali dengan keputusan tersebut dan menaruh harapan bahawa mesti ramai orang yang akan berkunjung ke blog anda. Anda silap!!! Hali ini kerana, jika post anda itu tidak "berkualiti" Google tidak akan memberi sebarang notice kepada anda untuk menurunkan kedudukan post anda itu. Ianya bergantung kepada popularity dan "click" yang diterima(dan lain-lain cara kerja enjin carian blogger)

Para pengunjung juga sangat tidak suka kepada blog yang hanya indah khabar dari rupa. Tengok tajuk post memang meletup tapi bila baca post, ianya terlalu melebih dan ada kalanya terpesong. Mereka akan merasakan mereka ditipu dan akan membuatkan mereka serik untuk berkunjung lagi.

Beberapa penyelesaian yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan "Follower". Dengan follower widget tersebut, pengikut blog anda sudah tahu apa yang terbaru mengenai blog anda itu. Anda boleh juga menggunakan FeedBurner. Pengunjung blog anda boleh "melanggan" blog anda melalui FeedBurner. FeedBurner juga akan "auto"-kan proses promotion anda itu dan mengelakkan sebarang promotion yang tidak patut/dengan cara yang tidak betul itu berlaku.

NOTE: SILA TINGGALKAN COMMENT SUPAYA SAYA TAHU APA YANG SALAH DAN APA YANG BETUL. SAYA SANGAT MENGHARGAI COMMENT ANDA. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA POST INI.
Read rest of entry

My Internet Connection Speed (Streamyx)

Sekarang ini, banyak ISP(Internet Service Provider) yang bersaing hebat untuk memajukan produk/perkhidmatan mereka. Streamyx berkonsepkan wayar/cable telefon(DSL) untuk sambungan. Manakala broadband connection pula bercirikan "tanpa wayar". Contoh broadband connection yang popular di Malaysia ialah Celcom Broadband dan Maxis Broadband serta P1 Wimax.

Di post kali ini juga, saya ingin berkongsi information tentang kelebihan dan kekurangan yang di miliki oleh sesetiap ISP tersebut.

Broadband- Connection Slow(Cons)
Memang tidak dinafikan bahawa teknologi broadband ini perlahan serta selalu menghadapai masalah rangkaian/signal. Kalau laju pun waktu tengah-tengah malam(lebih kurang 12am-7am). Tak kan lah nak guna internet, kena online waktu itu saja :(
- Bandwith Limit (Cons)
Bandwith atau packets ialah satu alternatif ISP berkenaan untuk mengawal traffic. Broadband menetapkan bandwith limit berdasarkan pakej yang dilanggan oleh pengguna. Bandwith limit ini sangatlah menghampakan "kaki download" dan "pencandu internet".

Installation (Cons)
- Biasanya broadband datang dengan software/application khas yang perlu di install untuk menggunakan broadband tersebut. Application itu juga auto install driver untuk dipacukan pada USB(Universal Serial Bus). Kebanyakan pengguna Linux ramai berhadapan dengan masalah ini.

Mahal (Cons)
- Sekarang, Di Malaysia pakej langganan broadband masih terlalu mahal jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Dengan harga yang ditawarkan oleh provider, pengguna yang mampu juga berdepan dengan keraguan="kepuasan" kerana kadang-kadang pengguna juga akan berasa sangat tidak berbaloi. :(

Portable (Pros)
- Tidak dinafikan dan sememangnya broadband dicipta untuk "mudah alih". Dengan saiznya yang kecil membolehkan pengguna melayari internet dimana jua. Di bawah kelebihan ini juga, perkataan yang senang untuk menggambarkan kelebihan utama broadband ialah "Everywhere" atau "Anywhere" dan juga "Small Size".

Streamyx(DSL=Digital Subscriber Line)

Streamyx ialah penyedia internet yang telah lama dan lebih awal dari broadband. Streamyx juga merupakan evolusi ISP yang dahulu iaitu (Jaring). ISP yang based on Dial-Up connection. Kelebihan dan kekurangan streamyx ialah:

Murah (Pros)
- Memang tidak perlu dipertikaikan bahawa Streamyx ialah penyedia internet yang paling murah di Malaysia ini. Mungkin juga kerana ianya based on cable connection.

Unlimited Bandwith (Pros)
- Ya, Streamyx tidak menetapkan bandwith limit kepada pengguananya. Tidak seperti broadband, pungguna streamyx bebas untuk menggunakan connection tanpan had. Ini adalah pilihan utama bagi para "downloader"

Contract (Cons)
- Ramai pengguna tidak gemar dengan terma Streamyx ini. Paling kurang, kontrak dengan Streamyx ialah selama 2 tahun atau denda RM600 jika melanggar kontrak. Contohnya ingin menghentikan langganan Streamyx sebelum tempoh matang(2 tahun).

Cable (Cons)
- Bagi pengguna di IPTA/IPTS, ini merupakan masalah utama mereka kerana Streamyx based on cable connection. Konsep utama Streamyx Connection ialah line telefon rumah/pejabat dua hala(terima dan keluar panggilan). Contohnya di bilik asrama, tiada cable telefon. Jadi adalah mustahil untuk connect ke Streamyx. Kecuali Warden bagi pinjam dia punya cable.he3

Service (Cons)
- Ini mungkin semua orang dah kena. Adalah menjadi perkara biasa jika dalam keadaan masalah internet dan ingin bertindak dengan mendial 100. Mungkin juga ramai dah hafal iklan mereka di talian. Streamyx memang tidak bagus melayan pengguna mereka(berdasarkan pengalaman)

Tetap tapi Stabil (Cons & Pros)
- Ini kekurangan dan kelebihan yang masing-masing ada pada Streamyx. Streamyx tidak boleh di bawa ke hulu ke hilir kerana ianya CABLE. Tetapi connection dan mutu adalah sangat jauh berbanding dengan broadband.

LOL.. TERPESONG TAJUK POST!!!!

Ini screenshot yang saya sempat ambil ketika sedang download. Kelajuan ialah antara 0kb hingga 250kbs:

my internet speed(streamyx)

Saya tidak dapat/tidak akan menyatakan mana-mana pihak yang bagus kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang paling utama, ianya bergantung kepada user iaitu anda sendiri.hik3
Read rest of entry

05 August, 2010

Mencari Perkataan Google

Saya sekarang sedang menggunakan Ubuntu 9.10 dengan code name Karmic Koala. Web browser yang saya gunakan ialah Mozilla Firefox. Kerap kali saya pergi ke homepage Google. Rasanya lebih kurang dua atau tiga ratus kali pergi ke Google Homepage. Tetapi kali ini baru saya perasan dengan gambar Google tersebut. Sila tengok gambar di bawah yang sama dengan apa yang saya nampak.

where google 1

Saya lihat beberapa perkataan dan gambar seorang pemain hoki ais lelaki. Pemain sedang tersebut memukul bola hoki. Nampak macam laju jer bola itu. Kalau kurang jelas, sila tengok gambar di bawah ini pula.

where google 2

Dari gambar itu, saya nampak jelas huruf "G", "o" dan "e"(warna kuning). Bola hoki yang dipukul oleh pemain lelaki tersebut itu mungkin merujuk atau menggantikan huruf "o". Ok, saya anggap saja bola hoki itu ialah huruf "o". Seterusnya saya mulakan mengambil huruf dari gambar tersebut dengan turutan kiri ke kanan. Huruf yang saya dapat ialah "G","o","o","l","e" dan menjadi Goole. Saya tidak dapat menemui huruf "g" yang kedua untuk menjadikan Google. Ataupun mungkinkah selama ini saya telah tersilap eja Google itu sebenarnya ialah Goole. Sudah bertahun saya menggunakan Google sebagai search engine utama saya.

Sampai sekarang saya masih belum menemui huruf "g" ayng kedua dalam perkataan Google. Kepada sesiapa yang telah menemui huruf "g" tersebut, silalah comment dan beritahu saya di manakah huruf "g" tersebut berada.
Read rest of entry

Kompleks gas cecair terbesar di dunia

Kompleks Gas Cecair(LNG) Petronas di Bintulu Sarawak adalah yang terbesar di dunia terletak di satu lokasi.Ia mempunyai keluasan 276 hektar menyamai saiz 402 padang bola.Pembinaan kompleks ini membabitkan kos sebanyak RM16.6 bilion.Kompleks ini mempunyai tiga loji,mampu mengaluarkan 23 juta tan metrik LNG setahun.Pasaran utama LNG Malaysia ialah Jepun,Taiwan dan Korea Selatan.Sehingga Mei 2003,rizab gas asli negara dianggarkan berjumlah 87.48 trilion kaki padu.


Read rest of entry

Harga sebuah rumah di Jepun

120 juta penduduk di jepun tinggal di tanah seluas 1/25 keluasan Amerika.Manakala 66% muka buminya adalah bergunung ganang dan hanya 14% sahaja keluasan tanahnya sesuai dibina bangunan dan penempatan.Faktor ini antaranya membuatkan harga rumah di Jepun khususnya Tokyo adalah yang tertinggi di dunia.Data tahun 2000 dari "Japanese Association of Real Estate Appraisal" menunjukkan harga seunit rumah di Tokyo bernilai 109 juta yen,berbanding 101 juta yen di London,Frankfurt(47 juta yen),New York(38 juta yen) dan Paris(28 juta yen).


Read rest of entry

Best Place To Run Mocp

Hi, saya ingin menulis lagi mengenai Linux/Linux topic. Di Linux juga seperti Windows semestinya Linux mempunyai "media player" untuk memainkan file seperti mp3,avi,mpeg,mkv dan lain-lain dan bermacam format lagi. Tapi kali ini, saya hanya ingin fokuskan kepada format mp3 saja. Mocp atau nama sebenarnya ialah Music On Console Player sememangnya perlu di-run pada console session. Kalau di Windows ialah CMD (Command Prompt) tapi malang sekali kerana Windows tidak mempunyai applikasi sebegini. Mocp hanya untuk Open Source OS seperti Linux.

Jika anda di Debian based misalnya Ubuntu dan juga BackTrack (sejak BackTrack beralih ke Debian) anda boleh meng-install mocp dengan menaip:

sudo apt-get install moc

package-nya ialah moc kerana Music On Console. Masukkan password anda apabila diminta kerana ini berkenaan dengan sistem dan Linux tidak akan install atau mengusik apa-apa sistem anda tanpa kebenaran dari root.

Jika sudah selesai proses install-nya. buka Terminal(jika di Ubuntu) dengan cara tekan ALT(hold) + F2 dan menaip "gnome-terminal" dan jika di BackTrack, tekan ALT(hold) + F2 dan menaip "konsole". Dengan ini, system akan membuka console untuk anda.

Seterusnya sila taip "mocp" untuk run-kan Music On Console Player. Ya, package yang anda install(moc) dan untuk menggunakan moc, anda perlu menaip mocp kerana mocp itu barulah applikasi/application-nya.

Dengan run-kan mocp pada console tersebut, anda juga ada pilihan lain dan cara ini yang saya syorkan/prefer. Caranya ialah run mocp pada "Yakuake" iaitu Quake-style terminal emulator based on KDE Konsole technology. Jika di BackTrack, Yakuake adalah tersedia(built-in) jika di Ubuntu, anda perlulah install-nya terlebih dahulu.

Cara run Yakuake ialah dengan menekan ALT(hold) + F2 dan menaip "yakuake". Anda boleh membuka/mempamerkan Yakuake dengan cara menekan F12(default). Maka yakuake akan keluar dari atas. dan run-kan Mocp dengan menaip "mocp". Sila tengok screenshot dibawah:

yakuake_linux

yakuake_mocp

Jika anda ingin "minimiz" Yakuake, anda boleh lakukan dengan menekan F12. Dan untuk mempamerkan kembali Yakuake, tekan F12 semula.

NOTE: F12 adalah shortcut untuk minimize dan show Yakuake
Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.