Saya juga tidak "claim" yang blog saya ini bagus atau perfect. Maish lagi ada bnyak keburukan kerana saya masih baru dalam dunia blog berbanging otai-otai sekalian.
NOTE: Jangan baca jika anda mula salah faham bagi mengelakkan kesulitan
Ciri-ciri blog yang teruk ialah:
1- Background musicYang ini saya tidak suka kerana ialnya cuma melambatkan loading page. Perlu juga anda fikir bahawa jika anda menggunakan Streamyx misalnya iaitu internet yang laju, tidak semua pelawat mempunyai kelebihan tersebut. Pengunjung tidak mahu menuggu lama untuk membaca post anda itu. Kalau saya, saya lebih rela "googling" untuk cari kat laman web/ blog lain.
Ramai blogger fikir dengan meletakkan gambar bacground yang kelip-kelip pada blog akan menjadikan blog bertambah menarik. Gambar kelip-kelip saya maksudkan ialah gambar animated/.gif. Bagi saya, blog yang punyai gambar rama-rama atau bintang-bintang yang berkelip itu cuma menampakkan blogger tersebut tidak serius dan tidak professional.
3- Salji turun dan sebagainya
Biasanya teknik ini boleh dibuat dengan bantuan javascript. Blogger juga fikir bahawa blog mereka akan lebih "interactive" dengan adanya kesan khas sampingan ini. Bagi saya, ianya tidak perlu. Bukan sahaja mengaburi mata tetapi dengan penggunaan "effect" tersebut, blog juga akan menjadi sedikit perlahan.
4- Sila klik. Saya merayu
Ini yang paling saya tidak suka. Blogger yang menyatakan harapan mereka supaya pengunjung klik pada ads conothnya Nuffnang. Jika dikira dari T&A Nuffnang, kontrak boleh terbatal dengan tindakan yang tidak sepatutnya ini. Selain itu, alamat blog juga akan di "blacklist". Sebutulnya, biarlah pengunjung sendiri yang klik ads tersebut tanpan disuruh.
5- Cursor icon
Walaupun tidak ramai blogger yang guna teknik ini tapi hakikatnya ada blogger yang suka cursor yang ber-icon ini. Icon biasa yang boleh di ketemui ialah api, hello kitty, bunga, bintang, stik magic dan sebagainya. Saya tidak tahu kenapa mesti buat cursor sebegitu. Bagi saya, ia agak menyukarkan saya untuk membaca text pada post.
6- Comment need approval
Faktor ini pernah terjadi pada blog saya kerana script/layout/template blog saya yang telah diubah berbanyak-banyak kali itu menjadi "dont allow comment" secara defaultnya. Nasib baiklah kawan yang beritahu saya tentang hal ini. Saya langsung tidak perasan. Pelawat mungkin tidak mahu login akaun email atau service lain tapi ianya perlu untuk meninggalkan komen. Saya rasa ini sikit sebanyak membebankan. Mungkin blogger pilih cara ini untuk elakkan spam.
7- Dialog box
Kepada siapa yang guna dialog bog iaitu window kecil yang kelaur mesej tu, saya paling tak suka ini. Sangat annoying. Kalau hendak tulis mesej atau nota sekalipun, boleh jer tulis kat header atau bahagian atas kat page blog.
Semua itu cuma pandangan saya dan mengenai pengalaman saya sahaja. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk mengkritik blog pihak tertentu tanpa alasan yang benar. Diharap faham sitausi saya ini.
Jika ada mana-mana kandungan yang anda tidak setuju atau ingin berkongsi maklumat, sila biarkan saya tahu dengan meninggalkan komen.