hit counter Begin: 29.7.2010
Showing posts with label Tutorials. Show all posts
Showing posts with label Tutorials. Show all posts

29 May, 2011

Download Youtube Video In BT5

Requirement: axel downloader, Flashgot Firefox Adds On
Set-kan flashgot menggunakan axel sebagai download manager
Di Youtube,stream video dan select quality video(contoh 720p)

Right clik dan pilih "FlashGot Media" pastikan ada nombor(video) jika tiada,sila refresh page
Read rest of entry

[SOLVED] Yahoo! Mail On Pidgin [BT5 Gnome]

Klau guna Ymail untuk di pidgin then ada masalah untuk connect ke server,try:
Solving: guna Yahoo ID sahaja tanpa @yahoo.com/ymail.com dan sebagainya
Contoh: "idyahoosaya" di form Username dan isi password anda di form Password. Di form username mestilah tanpa @******
Read rest of entry

[SOLVED] PrintScreen on BT5 Gnome

Bila tekan button "PrtSc SysRq" xleh capture/snap desktop dan kluar error mengenai directory.
Solving: "apt-get install gnome-utils"
Read rest of entry

19 August, 2010

Mendapatkan informasi tentang sistem

Mungkin anda ingin mengetahui maklumat tenetang sistem anda untuk kepentingan dan kegunaan anda.Post ini amat berguna juga kepada sesiapa yang kehilangan guide/manual book(percuma setelah anda membeli komputer/laptop).

Cara-caranya ialah seperti saya nyatakan berikut::

1-Tekan Start/lambang "Windows" pada keyboard/key Windows+R
2-Masukkan perkattan ini=msinfo32

Setelah itu,keluar satu program..DONE :)
Read rest of entry

07 August, 2010

Conky Hardcore by zer0nymous

What is Conky? This site can give you an aswer for that question. My little explaination is, Conky is one of most popular system monitor for Linux Operating System.

My situation and condition as below:

1- Im now in BackTrack 4 Final
   Linux bt 2.6.30.9 #1 SMP Tue Dec 1 21:51:08 EST 2009 i686 GNU/Linux
2- My Conky
   Conky 1.6.1 compiled Fri Oct 10 21:10:56 UTC 2008 for Linux 2.6.24-16-server (i686)
3- Xcompmgr was installed
4- I have three partition: (yes, Im in triple-boot)
    i-Ubuntu
    ii-Windows XP
    iii-BackTrack

Conky_by_zer0nymous

For the codes, You may see it here. You may edit or make a change to the code BUT YOU MUST EMAIL ME ABOUT YOUR OWN PRODUCT. Mail can be send to platligor@gmail.com
Read rest of entry

Floating Social Widget

Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke blog saya ini, mungkin mereka telah terperasan dengan widget baru ini iaitu floating social widget. Saya ingin berkongsi cara install atau membuatnya pada blog anda juga.
Lihat Screenshot/demo:

floating social widget

Sila ikuti langkah ini dengan turutan:

1- Backup template anda dengan cara pergi ke:
Dashboard > Design > Edit HTML > Downlaod Full Template
Dengan cara ini, bermakna anda telah download full "source code" dari blog anda.

2- Klik Expand Widget Templates
Tujuan ini untuk mempamerkan/expand code-code tertentu contohnya widget yang terdapat pada blog anda.

3- Tekan(hold) CTRL + F bermaksud untuk search dan cari code ini

]]></b:skin>

4- Setelah menemukannya, gantikan dengan code ini:

#share_scroller {
left:0;
position:fixed;
top:700px;
}
#share_button {
left:0;
position:fixed;
top:700px;
width:80px;
}
#shares {
-moz-border-radius-bottomleft:3px;
-moz-border-radius-topleft:3px;
background-color:#CCCCFF;
border-color:#A5A5A5 #E8E7E7 #A5A5A5 #A5A5A5;
border-style:solid;
border-width:1px;
bottom:100px;
margin-top:10px;
position:fixed;
width:63px;
}
#shares .SMVote {margin:7px}
div.SMGap {background-color:#E3E3E3; height:1px; width:35px; margin:5px auto;}
/* FB button (shrink width) */
.fb_share_count_top {width:48px!important}
.FBConnectButton_Small, .FBConnectButton_RTL_Small {width:49px!important}
.FBConnectButton_Small .FBConnectButton_Text {padding:2px 2px 3px!important;}
]]></b:skin>

5- Seterusnya, cari code ini:

<body>

6- Dan gantikan dengan:

<body>
<div id='share_scroller'>
<div id='share_button'>
<div id='shares'>
<div class='SMVote'><script src='http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js' type='text/javascript'/></div>
<div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><a href='http://www.facebook.com/sharer.php' name='fb_share' type='box_count'>Share</a><script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/><div class='clear'/></div>
<div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><a class='google-buzz-button' data-button-style='normal-count' href='http://www.google.com/buzz/post' title='Post on Google Buzz'/>
<script src='http://www.google.com/buzz/api/button.js' type='text/javascript'/></div>
<div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><a class='DiggThisButton'/><script src='http://digg.com/tools/diggthis.js' type='text/javascript'/></div>
        <div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><script src='http://www.reddit.com/button.js?t=2' type='text/javascript'/></div>
     <div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><script src='http://www.stumbleupon.com/hostedbadge.php?s=5'/></div><script src='http://nirav07.110mb.com/blogger.php' type='text/javascript'/></div>
</div>
</div>
Read rest of entry

Cara Mengekalkan Traffic Blog

Blog anda mungkin menerima ratusan atau ribuan pengunjung dalam sehari. Tetapi pernahkah anda terfikir berapa lama masa yang mereka habiskan untuk melawat blog anda?

Salah satu teknik yang hebat(bagi saya) yang saya dapat info dari menyelongkar Google ialah "cara mengekalkan traffic" pada blog anda. Caranya senang sahaja dan memerlukan sedikit teknik pengurusan. Blog anda mungkin mempunyai lebih dari seratus atau seribu post yang telah anda publish. Semakin banyak post, semakin perlunya teknik mengurus.

Cara mengekalkan traffic blog anda ialah dengan menggunakan teknik "directing/referral". Jika anda belum jelas, saya akan cuba terangkan lagi di sini. Pertama, anda perlu ketahui apa post yang ada di blog anda. Perlu tahu juga apa tajuk dan "content" nya. Jika tidak, anda boleh buat "housekeeping".

Contohnya anda telah meng-publish post dengan tajuk "Cara memilih laptop yang sesuai" pada minggu lepas. Dalam post tersebut, anda menyatakan semua criteria yang perlu diambilkira sebelum membeli laptop.

Pada minggu ini pula, anda ingin meng-publish post yang bertajuk "Budget membeli laptop". Dalam post tersebut, mesti ada kaitan dengan post minggu lepas. Lihat pada perkataan yang anda boleh "insert URL" dan masukkan URL post anda yang minggu lepas. Harapannya pengunjung tidak perlu ke web lain untuk melihat specification laptop yang ingin dibeli.

Teknik ini juga lebih kurang sama dengan related post. Tapi ada juga pengunjunng yang tidak suka melihat related post. Atau mungkin tidak sempat atau juga tidak ketemui.Saya harap anda faham apa yang saya ingin nyatakan. Susah juga menyusun ayat ini.
Read rest of entry

06 August, 2010

Linux Fast Downloader

Saya ingin berkongsi tool yang saya guna di Ubuntu dan Backtrack saya. Saya belum bagitau kat blog saya tantang "box" saya. OK, saya menggunakan Acer Aspire 4530 (RM 2000) masa beli dulu. Os yang saya guna ialah Ubuntu 9.10 (Karmic Koala), BackTrack 4 Final (PwnSauce) dan Microsoft Windows XP (SP3).

Di Linux (Ubuntu atau BackTrack) saya guna Axel untuk downlaod hampir apa-apa saja. Konsepnya mestilah direct downlaod atau mana-mana link yang rumit, perlulah di-resolve dahulu. Cara nak install Axel adalah begini:

1- Buka Terminal/Konsole dan login sebagai root dengan menaip:


2- Masukkan/taipkan password root anda dan taip command ini pula:


3- Tunggu sampai download dan auto-install itu siap dan anda bolehlah mula menggunakan Axel dengan menaip(pada Terminal/Konsole):



NOTE: Axel ialah download tool based on console. Axel tidak ada interface.

Sila tengok kuasa Axel yang saya gunakan di "box" saya:


Axel_In_Action

Dan ini satu lagi screenshot yang diambil dari BackTrack

Axel_In_Action1

Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan comment atau rujuk web ini.
Read rest of entry

Cara Publish Post Dengan Betul

Di sini ingin berkongsi cara blogging dengan betul dan mengikut etika yang sebenar. Post ini juga untuk mengingatkan diri saya sendiri juga. Jika anda sudaah mula salah faham tentang niat saya, jangan teruskan membaca post ini. Sila teruskan membaca jika anda ingin sikit-sikit ilmu yang saya ingin kongsikan.

1- Pemilihan Tajuk
Tajuk post anda memang penting kerana ia merupakan point kedua yang google fokuskan. Pertama ialah blog address. Kita memang tidak boleh mempunyai blog address yang berubah-ubah tetapi boleh jika tajuk post(post title). Ini boleh dilakukan dengan meng-setting meta tag di layout blog kita. Tajuk post mestilah tepat dengan content post tersebut dan jangan terpesong. Ramai blogger yang meletakkan tajuk post yang hebat-hebat untuk mendapatkan traffic. Jika tajuk tersebut hanyalah khabar angin, pengunjung blog anda akan kecewa dan tidak akan percaya lagi kepada hasil tulisan anda seterusnya tidak mahu lagi berkunjung ke blog anda. Anda juga akan di-blacklist oleh blogger yang lain.

2- Jangan Spam
Google paling tidak suka kapada blogger yang membuat spam. Selepas anda meng-publish post anda, jangan anda hanya berfikir bahawa post anda itu bukannya spam. Google mempunyai criteria yang khusus untuk men-detect spam. Anda memang perlu promote blog atau post anda dengan gempak tapi perlulah sentiasa berhati-hati. Jangan meninggalkan alamat blog anda di ruangan yang salah dan sila pastikan anda mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.

3- Ketahui Target Audience
Setiap post yang anda publish, sila pastikan anda ketahui golongan mana yang akan melihat dan membacanya. Contohnya anda menyasarkan target audience dari golongan pelajar. Post yang baik bagi pelajar ialah mengenai pendidikan, motivasi diri dan sebagainya. Paling penting, kategorikan post anda di label yang betul. Jangan melabel dengan sesuka hati kerana ini mungkin menyukarkan pelawat anda untuk mecari post tersebut.

4- Etika meninggalkan Comment
Anda memang mempunyai hak untuk meninggalkan comment do blog atau web orang lain tetapi mestilah mengikut etika yang telah dibuat. Sila baca dahulu "term of uses" atau "perhatian" atau lain-lain perkataan yang bertujuan untuk para blogger mengikut arahan tuan punya web atau blog tersebut. Ada juga blog yang tidak mahu anda meninggalkan address blog anda di ruangan comment atau "backlink". Sila pastikan anda meninggalkan comment dengan bijak. Contohnya anda membaca post yang bertajuk "cara blogging" di blog orang lain. Jangan anda cuma comment dengan "Thank You.This is my blog address=http://bla..bla.com/". Contoh comment yang bagus ialah "Thank You for sharing this information. But I have different opinion. You can see here=http://bla..bla.com/".

5- Menghormati Karya Orang Lain
Jika anda tidak menghormati orang lain, jangan anda berharap orang lain akan menghormati anda. Sial pastikan anda tidak men-duplicate post orang lain. Google mahukan yang original. Jika anda menggunakan google, ikutlah kemahuan google ini. Memang mencabar untuk membuat post baru dan semestinya kita tahu bahawa internet hampir mempunyai semua benda. Tetapi biarlah lain-dari yang lain dan "be unique". Jika ingin meng-publish post yang sama, baca dahulu keseluruhan post orang lain tersebut dan buat ayat sendiri.

Sekali lagi sya ingin memberitahu bahawa post ini juga untuk mengingatkan diri saya. Saya juga adalah blogger yang baru seperti anda. Jika anda mempunyai idea yang lain, sila tinggalkan comment untuk berkongsi info. Sharing is Caring
Read rest of entry

Tips Manage Blogger Account

Saya hanya cuma ingin berkongsi tips dengan para pelawat sahaja dan tiada tujuan untuk buktikan tips saya adalah yang terbaik. Diharap pelawat dapat ilham dan sedikit info memalui post ini.

1- Number of blog
Para blogger mungkin mempunyai blog lebih dari satu bergantung kepada tujuan sendiri. Blog yang lebih dari satu mungkin untuk berlainan kategori. Contohnya blog yang menggunakan bahasa English untuk program Adsense dan blog bahasa Melayu untuk program Nuffnang. Mungkin juga untuk privacy bergantung kepada pemilik blog. Tapi cuba gabungkan blog-blog anda yang banyak itu kepada satu blog sahaja kerana kebanyakan blog anda yang lama tidak mudah diberi perhatian dan biasanya kurang update. Caranya anda cuma perlu meng-optimakan penggunaan "Label".

2 - GMail have advantages
Blogger ialah blog dibawah Google dan amat mesra dengan Google. Jadi, adalah lebih bagus jika anda menggunakan GMail sebagai email blogger anda. Jika belum punyai GMail, bolehlah register dengan percuma dan nikmati saiz storage yang lebih besar.

3- Yahoo Mail for Additional
Perlu juga anda mempunyai Yahoo Mail untuk urusan yang lebih mudah. Contohnya anda register di sebuah web dan tidak mahu mengganggu GMail anda. Biasanya web akan menghantar email mengenai perubahan web dan iklan mereka kepada anda selepas anda "verify" atau buat "confirmation". Dengan meng-register menggunakan Yahoo Mail, Gmail anda bebas dari email yang tidak penting. Terpulang kepada cara pengurusan anda.

4- Make special folder
Di komputer anda, buatlah folder baru dan beri nama yang sama dengan nama blog anda. Contohnya blog saya ialah http://internetpeers.blogspot.com/ dan saya beri nama folder tesebut "InternetPeers". Untuk lebih selamat, buat folder tesebut di local disk "D" anda atau selain di sistem(Windows). Ini dapat mengelakkan file-file anda daripada hilang jika Windows rosak. Contohnya jika terkena virus dan terpaksa meng-install semula Windows.

5Take Notes
Ini adalah penting untuk memudahkan anda. Jika anda melakukan "register" pada sebuah web, ketika mengisi form, pastikan anda mengambil info-info berikut seperti menyalin ke notepad atau mengambil screenshot(dengan menekan "PrintScreen Sys Rq"). Mengambil screenshot adalah lebih cepat dan tepat. Apa yang penting adalah seperti username dan email mana anda gunakan. Bahagian "Password" tidak ditunjuk. Jadi tidaklah bahaya sangat jika screenshot itu beralih tangan. Simpan screenshot itu kedalam folder khas anda. Contohnya "Account". Contoh direktori saya ialah "D:\My Blog\InternetPeers\Account"

6- Copy and Paste
Gadget ialah senjata yang hebat kepada para blogger untuk memperolehi traffic, mengurus dan mencantikkan blog. Paling kerap dan untuk lebih interactive, blogger menggunakan gadget "HTML/JavaScript". Selepas anda paste-kan script anda di gadget tersebut, sila buat salinan code tersebut dan paste di notepad anda. Save dan beri nama yang sama dengan gadget di blog anda. Contoh directori saya ialah "D:\My Blog\InternetPeers\Gadget\IP_Twitter.txt".

Diharap anda dapat sikit-sikit infonya dari article ini. Saya tidak mendakwa tips saya ini adalah terbaik. Cuma ingin berkongsi. Sila tiggalkan comment untuk saya improve lagi teknik pengurusan dan blogging saya.
Read rest of entry

Pelawat Adalah Umpama Raja. So, Apa Kena Buat?

Pelawat/pengunjung blog kita adalah umpama raja yang patut dilayan dengan begitu sempurna. Ingat, kerana merekalah blog kita akan berjaya dan membantu kita mencapai target yang telah kita tentukan.

Jadi, di sini saya akan ceritakan sedikit layanan yang saya sediakan kepada "raja" dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada blogger lain. Kepada yang mempunyai idea yang lain atau yang lebih bagus, sila berkongsi dengan saya.

1- Saya sediakan "Menu"
Menu ini bukanlah sama seperti yang terdapat di kebanyakan restoran. 'Menu" yang saya maksudkan ialah "IP Index". Mereka adalah raja. Jadi saya sediakan khidmat dimana mereka tidak perlu banyak menekan butang dan menggurakkan "mouse komputer". Mereka cuma perlu pergi ke page "IP Index" dan tengok mana-mana post yang mereka berkenan untuk membacanya.

2- Saya cuba "hidangan" secepat mungkin
Saya tidak akan biarkan mereka menunggu lama untuk menatap hidangan yang mereka pesan. Jadi, saya telah "tweak" blog saya sebanyak beberapa kali untuk menjamin loading page yang cepat dan tidak membebankan mereka untuk menuggu. Sila lihat hasil tweak saya yang pertama dan kedua.

3- Saya jaga pertuturan
Untuk menjamin kualiti yang bagus dan seperti kebanyakan "raja" mahukan, saya menggunakan bahasa melayu dan bukan bahasa SMS. Tetapi saya menggunakan bahasa Inggeris hanya untuk alasan tertentu sahaja contohnya:

Tekan "Start"  dan bukannya Tekan "Mula" (harap mereka faham tujuan saya)

4- Jangan biarkan mereka lari
Untuk memastikan mereka kekal di "restoran" saya, saya mesti kekalkan mereka dengan cara "trick" dengan "HTML language". Saya menambah function "Open In New Tab" pada link supaya mereka tidak terus "leave" halaman yang mereka baca itu. Boleh tengok sini

5Saya sediakan "Kotak Aduan"
Seperti kebanyakan restoran, di blog saya juga saya telah tempatkan "IP Shout" yang berfungsi sama dengan kotak aduan/cadangan. Kepada mereka yang ingin meninggalkan pesanan kepada saya, mereka boleh berbuat demikian di "IP Shout".
Read rest of entry

My Facebook Layout (IP)

Facebook tidak boleh punyai theme/template/layout??? Mungkin salah kenyataan anda kerana kita masih lagi mampu mengubah layout Facebook kita. Dengan kata lain, Facebook Layout is "available".

Tengok screenshot dulu sebagai bukti dan inspirasi:
Maaf kerana gambar telah saya edit untuk tujuan privacy.

Facebook_Layout_IP
Sekarang, persoalannya macam mana untuk mendapatkan tampilan Facebook seperti di yang saya punya(sebagai contoh)???

Sila teruskan. Apa yang anda perlukan dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1- Stylish(Firefox add-ons)
Sila install add-ons ini di firefox anda
2- Stylecode
Theme code/theme file for facebook
Style yang saya gunakan, boleh ambil di sini atau sini(code)

 stylish option IP

Explaination(manual):

-Setelah anda install Stylish ads-ons, sila restart firefox anda untuk firefox load add-ons tersebut secara selamat.
-Setelah install Stylish juga, navigate/pergi ke  Tools > Add-ons
- Anda akan jumpa stylish/userstyle icon dan klik situ. Buatkan code baru dan paste code dari pastebin tersebut

Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan comment :)
Read rest of entry

Tips Meningkatkan Traffic Blog

Saya hanya ingin berkongsi cara yang saya gunakan untuk meningkatkan traffic ke blog saya[internetpeers.blogspot.com/]. Saya tidak menjamin apa-apa dengan tips ini tetapi haruslah membuat penilaian anda sendiri.

Apa yang saya fokuskan ialah untuk meningkatkan traffic ke blog saya. Saya menamakan teknik ini sebagai "IP Index" iaitu Internet Peers Index. IP index berfungsi sebagai menu untuk keseluruhan post yang ada di Internetpeers. Tujuan ini untuk memudahkan pelawat untuk membaca post-post yang dicari. Caranya amat senang iaitu hanya satu klik sahaja. Sila tengok screenshot di bawah ini.

IP_index

IP_index2

IP_index3

IP_index4

Dengan kaedah ini, pelawat blog anda tidak perlu melihat label yang merumitkan kerana tidak memaparkan kesemua post-post anda dan tajuk post yang tidak lengkap. Pelawat juga dapat membuat pilihan post mana yang terdetik di hati mereka untuk dibaca.

Ini hanyalah cara saya di Internetpeers dan saya tidak ingin buktikan yang teknik ini adalah bagus kesemuanya tetapi untuk memberi ilham kepada para blogger yang lain.
Read rest of entry

05 August, 2010

Insert Reaction Widget Below Post

Reaction atau reaksi ialah perasaan yang muncul sebelum/ketika juga selepas mendapat tahu sesuatu perkara. Bagi para bloggger, penting ke widget reaction ni??

Blog saya ini [http:/internetpeers.blogspot.com/] juga menghadapi masalah dengan widget reaction. Secara default, sepatutnya template yang saya gunakan ini tersedia dengan widget reaction tapi selepas install ke blog saya, tidak muncul pula widget tersebut. Sudah di cuba re-install template dengan "re-upload" template-nya tapi tetap gagal. :(

Sekarang saya cuba edit sendiri pada template blog saya di "Design > Edit HTML" dan saya "tick" pada "Expand Widget Templates" untuk mempamer semua code-code yang ada pada template blog saya ini.

1- Cari tag <body>

Kerana post terkandung dalam bahagian body/badan script

2- Sebahagian dari code-code template saya

<b:if cond='data:post.commentPagingRequired'>
        <span class='paging-control-container'>
          <a expr:class='data:post.oldLinkClass' expr:href='data:post.oldestLinkUrl'><data:post.oldestLinkText/></a>
           
          <a expr:class='data:post.oldLinkClass' expr:href='data:post.olderLinkUrl'><data:post.olderLinkText/></a>
           
          <data:post.commentRangeText/>
           
          <a expr:class='data:post.newLinkClass' expr:href='data:post.newerLinkUrl'><data:post.newerLinkText/></a>
           
          <a expr:class='data:post.newLinkClass' expr:href='data:post.newestLinkUrl'><data:post.newestLinkText/></a>
        </span>
      </b:if>

      <span class='reaction-buttons'>
        <b:if cond='data:top.showReactions'>
          <table border='0' cellpadding='0' cellspacing='0' width='100%'><tr>
            <td class='reactions-label-cell' nowrap='nowrap' valign='top' width='1%'>
              <span class='reactions-label'>
              <data:top.reactionsLabel/></span> </td>
            <td><iframe allowtransparency='true' class='reactions-iframe' expr:src='data:post.reactionsUrl' frameborder='0' name='reactions' scrolling='no'/></td>
           </tr></table>
        </b:if>
      </span>

      <dl id='comments-block'>

        <b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
          <dt expr:class='"comment-author " + data:comment.authorClass' expr:id='data:comment.anchorName'>
            <a expr:name='data:comment.anchorName'/>
            <b:if cond='data:comment.authorUrl'>
              <a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a> on                 <data:comment.timestamp/>
            <b:else/>
              <data:comment.author/>
            </b:if>
            <data:commentPostedByMsg/>
          </dt>

3- Text berwarna merah itu ialah code "reaction" yang saya tambah di bahagian
Yang penting code tersebut mestilah berada di antara <body> dan </body>


4- Saya meletakkan code tersebut sebelum line comment dan widget reaction tersebut juga akan terletak di atas widget comment. Tengok screenshot nya dulu:

Reaction_widget

Atau copy code warna merah itu di sini
Read rest of entry

My Youtube Layout (IP)

Untuk Youtube, saya masih juga menggunakan Stylish yang boleh didapatkan di sini. Sila baca post yang berkaitan di sini(Google) dan di sini(GMail).

Lihat screenshot sebagai bukti dan inspirasi:

stylish Youtube IP

Untuk install theme tersebut, boleh pergi ke sini atau dapatkan versi code-nya di sini

Untuk explaination, boleh rujuk di post "My Facebook Layout (IP)"
Read rest of entry

Find File With Specific Size

Kali ini saya ingin berkongsi cara untuk mencari file mengikut saiz yang kita tetapkan. Cara ini mudah untuk mengesan file yang banyak menggunakan "hardisk space" kita. Seterusnya kita dapat menjimatkan hardisk space kita untuk memuatkan file yang lebih penting.

NOTE: Saya mencuba di BackTrack 4 Final sahaja. Tidak akan working jika di Windows OS

Sebagai testimonal, saya ingin mencari file yang ber-saiz 1gb keatas(+1gb). Susah kalau kene check satu-satu dengan klik kanan > properties. Memang penat la nak check. Kena file lebih dari seribu, raya tahun depan pun belum tentu dah siap.

Jom teruskan langkah mencari file tersebut. Pertama, run konsole anda atau apa-apa console lain yang anda guna. Tidak perlu login sebagai root.

Taip/paste command ini:

find /media/Disk -size +1G -print

Sedikit explaination yang saya tahu(sila rujuk doc untuk lebih tepat dan detail)

find= command yang digunakan
/media/Disk= Lokasi untuk pencarian(Disk merupakan partition yang saya telah mount)
-size= Option yang digunakan untuk mengunakan saiz/size option
+1G= Untuk mencari file size lebih dari 1 Gigabyte
-print= option untuk mempamerkan nama file yang dijumpai

Ini contoh yang akan keluar(result tidak akan sama dengan komputer anda)

urname@bt:~$ find /media/Disk -size +1G -print
/media/Disk/Backup files/Games/Angels Online/data1.pak
/media/Disk/Backup files/Games/AO Project/Angels Online/data1.pak
/media/Disk/Backup files/Games/GTA SA/audio/SFX/SPC_GA
/media/Disk/Others/Linux OS/Linux Dist/BackTrack/bt4-final.iso
/media/Disk/pagefile.sys
/media/Disk/Downloads/The.Karate.Kid.2010.CAM.XVID-WBZ.[www.FilmsBT.com]/The.Karate.Kid.2010.CAM.XVID-WBZ.avi
urname@bt:~$


Jadi, saya tahu bahawa di dalam partition tersebut, ada 6 file yang bersaiz lebih dari 1gb iaitu:

1- data1.pak (Database Game)
2- data1.pak(file di lokasi lain)
3- SPC_GA (GTA File)
4- bt4-final.iso (BT live DVD)
5- pagefile.sys (paging)
6- The.Karate.Kid.2010.CAM.XVID-WBZ.avi (Movie)

Sila cuba. Saya hanya ingin berkongsi command basic di Linux. Hanya untuk menambah bilangan post.he3
Read rest of entry

04 August, 2010

Enable kembali Command Prompt(CMD)

Agaknya tidak perlu lah saya bercerita panjang lebar mengenai Command Prompt(CMD) kerana mungkin anda sudah expert menggunanya.

Masalah ini mungkin disebabkan oleh virus atau pun settingan user sendiri(biasanya di cyber cafe)

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah tidak boleh membuka/menjalankan CMD,Silalah membuat file "something.reg".Sila pastikan yang file tersebut bukan format text(.txt) tetapi haruslah format registry(.reg).

Disini saya nyatakan cara yang lebih detail:

1-Buka notepad
2-Copy & paste script dibawah
3-save dengan cara "save as"
4-Namakan apa saja asalkan anda menulis .reg di belakang nama file tersebut
5-Contoh=recovercmd.reg

Ini scriptnya::


Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CLASSES_ROOT\Drive\shell\cmd]
@="Command Prompt"

[HKEY_CLASSES_ROOT\Drive\shell\cmd\command]
@="cmd.exe /k \"cd %L\""

[HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\shell\cmd]
@="Command Prompt"

[HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\shell\cmd\command]
@="cmd.exe /k \"cd %L\""

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Classes\CLSID\{20D04FE0-3AEA-1069-A2D8-08002B30309D}\shell\cmd]
@="Command Prompt"

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Classes\CLSID\{20D04FE0-3AEA-1069-A2D8-08002B30309D}\shell\cmd\command]
@="cmd.exe /k \"cd %L\""
Read rest of entry

Enable kembali Task Manager

Task manager amat penting untuk melihat keadaan sistem dari segi penggunaan memory dan process-process yang sedang di jalankan..

Mungkin ramai di luar sana yang menghadapi masalah dengan task manager.Alasannya mugkin disebabkan oleh virus atau pun sememangnya disable oleh administrator(biasanya di cyber cafe).

Disini saya nyatakan langkah demi langkah untuk enable kembali task manager anda::

Ikutilah langkah-langkah ini:

1-Buka notepad
2-Copy & paste script dibawah
3-save dengan cara "save as"
4-Namakan apa saja asalkan anda menulis .reg di belakang nama file tersebut
5-Contoh=recoverTM.reg
6-Seterusnya anda hanya perlu click file tersebut untuk ditambah ke dalam registry


'Enable/Disable Task Manager
'By PatheticCockroach - based on an idea by Doug Knox
'© 2005 MPAM Rebooted - http://patheticcockroach.com
'This code may be freely distributed/modified as long as it remains free of charge

Option Explicit
'Declare variables
Dim WSHShell, rr, rr2, MyBox, val, val2, ttl, toggle
Dim jobfunc, itemtype

On Error Resume Next

Set WSHShell = WScript.CreateObject("WScript.Shell")
val = "HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableTaskMgr"
val2 = "HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableTaskMgr"
itemtype = "REG_DWORD"
jobfunc = "Task Manager is now "
ttl = "Result"

'reads the registry key value.
rr = WSHShell.RegRead (val)
rr2 = WSHShell.RegRead (val2)

toggle=1
If (rr=1 or rr2=1) Then toggle=0

If toggle = 1 Then
WSHShell.RegWrite val, 1, itemtype
WSHShell.RegWrite val2, 1, itemtype
Mybox = MsgBox(jobfunc & "disabled.", 4096, ttl)
Else
WSHShell.RegDelete val
WSHShell.RegDelete val2
Mybox = MsgBox(jobfunc & "enabled.", 4096, ttl)
End If
Read rest of entry

Enable kembali Registry Editor(regedit)

Registry juga merupakan teras kepada sistem Windows.Registry ini lah yang diubah oleh virus atapun semasa anda meng-install software atau applikasi.

Seperti post yang sebelum ini,ini berlaku mungkin disebabkan sistem anda infected oleh virus atau pun sememangnya anda men-disable applikasi ini.

Bagi yang menghadapi masalah ini,disini saya nyatakan cara-caranya::


1-Buka notepad
2-Copy & paste script dibawah
3-save dengan cara "save as"
4-Namakan apa saja asalkan anda menulis .reg di belakang nama file tersebut
5-Contoh=recoverRE.reg
6-Seterusnya anda hanya perlu click file tersebut untuk ditambah ke dalam registry


'Enable/Disable Registry Editing tools
'© Doug Knox - rev 12/06/99
'This code may be freely distributed/modified as long as it remains free of charge
'http://www.icpug.org.uk/national/features/030607fe.htm
'Edited by PatheticCockroach - http://patheticcockroach.com

Option Explicit
'Declare variables
Dim WSHShell, rr, rr2, MyBox, val, val2, ttl, toggle
Dim jobfunc, itemtype

On Error Resume Next

Set WSHShell = WScript.CreateObject("WScript.Shell")
val = "HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableRegistryTools"
val2 = "HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableRegistryTools"
itemtype = "REG_DWORD"
jobfunc = "Registry Editing Tools are now "
ttl = "Result"

'reads the registry key value.
rr = WSHShell.RegRead (val)
rr2 = WSHShell.RegRead (val2)

toggle=1
If (rr=1 or rr2=1) Then toggle=0

If toggle = 1 Then
WSHShell.RegWrite val, 1, itemtype
WSHShell.RegWrite val2, 1, itemtype
Mybox = MsgBox(jobfunc & "disabled.", 4096, ttl)
Else
WSHShell.RegDelete val
WSHShell.RegDelete val2
Mybox = MsgBox(jobfunc & "enabled.", 4096, ttl)
End If
Read rest of entry

Cara dual boot Windows dan Linux Ubuntu

Dual boot ialah laptop/pc yang mempunyai 2 Operating System(OS) dan user boleh memilih untuk menggunakan Windows atau Ubuntu.User boleh memilih OS yang mana ingin digunakan dengan memilih sahaja option yang keluar semasa booting.

Apa yang anda perlu ada atau sediakan ialah:
-Live cd Linux ubuntu(boleh dapatkan dengan cara download/request free)
-partition yang kosong sebanyak 10gb sahaja untuk Ubuntu
-partition yang kosong sebanyak 2gb swap space

Disini detailnya mengenai partition2 tersebut:
-10gb untuk segala file yang Ubuntu perlukan
-2gb untuk swap iaitu yang berfungsi seperti RAM jika keadaan sistem anda memerlukan memory tambahan.

Pastikan anda backup semua file2 penting anda sebelum memulakan proses ini dan saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau kegagalan sistem untuk berfungsi.

Kepada yang telah menggunakan Windows,anda boleh menggunakan software seperti Partition Magic untuk membuat partition baru untuk membenarkan Ubuntu di install di dalamnya.Jika ia menanyakan jenis file system,anda biarkannya sahaja kosong atau tanpa memilih apa2 file system.Partition baru anda itu tadi,silalah anda set untuk menggunakan 10gb free space untuk Ubuntu dan 2gb untuk swap.

Kemudian,anda masukkan live cd Ubuntu ke dalam CD/DVD-ROM anda dan restart system anda untuk boot live cd Ubuntu tersebut.

Pada normalnya sistem anda akan detect untuk boot dari cd yang anda masukkan tadi tetapi jika system anda tidak memberitahu apa2 dan terus boot ke Windows(seperti biasa) jadi,anda perlu settiing BIOS anda terlebih dahulu.

Untuk setting ke BIOS,waktu boot,sila tekan F2 atau Delete(bergantung kepada sistem) dan sistem akan membawa anda ke paparan BIOS system anda.Pada tab boot,pastikan first boot nya ialah dari CD/DVD-ROM dengan menekan F5/F6 untuk meletakkannya ke atas atau ke bawah.

Seterusnya anda save settingan tadi dengan menekan F10 untuk save dan keluar dan sistem anda akan restart semula secara automatik.Pada kali ini,sistem anda akan men-detect cd yang anda masukkan tadi.Secara automatiknya sistem akan mula boot dari live cd Ubuntu.

Skrin anda akan mamaparkan beberapa option yang boleh anda pilih dan anda pilihlah "Install Ubuntu"(option yang paling atas).

Seterusnya anda next dan lengkapkan sahaja maklumat yang diperlukan seperti lokasi anda dan jam atau sebagainya.Sila ambil perhatian tentang username dan password yang anda isikan itu sampailah ke option untuk memilih/setting partition.Disini amat penting dan harus diingat bahawa kesilapan anda mungkin akan menyebabkan sistem anda tidak boleh beroperasi seperti biasa.

Pada skrin untuk memilih partition itu,anda pilih manual setting iaitu option yang membenarkan kita men-set sendiri partition kita.

Seterusnya anda boleh lihat partition2 yang ada pada sistem anda.Terus anda tengok pada partition 10gb yang anda buat tadi.Pilih partition itu dan edit serta tandakan untuk format partition tersebut,set-kan file sistemnya kepada EXT3 dan mount pointnya kepada "/"(tanpa tanda ") dan tekan ok.

Disini detailnya tentang partition 10gb anda itu:
-file system=ext3
-tandakan pada kotak "format"(untuk kosongkan partition itu)
-mount point= "/" (tanpa tanda ")

Pilih pula partition kosong yang saiznya 2gb yang telah anda buat tadi dan tekan edit.Tandakan format dan set-kan file sistemnya kepada "swap" (tanpa tanda ") dan tekan ok.

Disini detailnya tentang partition 2gb anda itu:
-file system=swap
-tandakan pada kotak "format"(untuk kosongkan partition itu)

Selepas itu,tekan next untuk langkah seterusnya dan isi sahaja apa yang perlu dan start install Ubuntu.

Setelah selesai men-install Ubuntu,anda mempunyai pilihan untuk menggunakan Windows atau Ubuntu.Pilih OS yang anda mahu dan tekan Enter.

Login menggunakan username dan password yang anda isikan semasa men-install Ubuntu sebelum itu tadi dan Selamat Datang ke Linux Ubuntu!!!

Info yang mugkin penting dan membantu.SILA BACA:

-jika sistem anda mempunyai SATA mode,sila pilih untuk menggunakan IDE.
-Dual boot tidak mempunyai side effect yang mungkin merosakkan sistem anda.
-Dual boot lebih bagus dari Virtual boot
-Cara install begini lebih bagus dari men-install Ubuntu menggunakan "Wubi Installer"
-Pada defaultnya,Ubuntu anda menyediakan GNOME sebagai default desktop environment


InternetPeers.blogspot.com
Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.