hit counter Begin: 29.7.2010

22 June, 2009

Malaysia guna CCTV kurang kadar jenayah

Cyberjaya merupakan bandar pertama dalam sejarah Malaysia yang diaplikasi dengan CCTV bertujuan untuk mengesan dan membanteras jenayah.Hal ini sewajarnya diambil kerana masalah negara Malaysia yang semakin menjadi-jadi dan semakin tidak terkawal.Dengan mengaplikasikan CCTV,pihak berkuasa tidak perlu terlalu memerah tenaga untuk memerhatikan keadaan pada satu jangka masa yang lama kerana penggunaan teknologi sememangnya dicipta bagi mengurangkan tenaga manusia.Pihak berkuasa juga mempunyai bukti kukuh dalam sesuatu keadaan yang sukar diramal.Namun,pelaksanaan ini memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diaplikasikan sepenuhnya.Sebagai langkah awal,kerajaan bolehlah meletakkan CCTV di tempat-tempat yang paling kerap berlakunya jenayah seperti lorong-lorong dan stesen-stesen kenderaan awam.Diminta juga agar tiada penduduk merosakkan CCTV tersebut seperti berlaku kepada telefon awam.Sistem CCTV ini juga membuktikan bahawa Malaysia setanding dengan negara-negara berteknologi maju seperti Jepun dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi ke tahap maksimum dalam kehidupan seharian.


Read rest of entry

13 June, 2009

Portal myGovernment mendapat sambutan

Portal myGovernment yang ditubuhkan lima tahun lalu(2004) menerima 13 juta kunjungan pelawat sejak ia ditubuhkan.Portal yang ditubuhkan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan agensi secara talian mendapat sambutan dan dimanfaatkan sebaiknya.Pada tahun ini saja,portal tersebut menerima kunjungan seramai dua juta pengunjung.Setiap hari pula,kira-kira 9,000 pelawat yang termasuk juga Singapura,India,Australia dan Amerika syarikat.
Read rest of entry

Keutamaan kepada atlet negara

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Saifuddin Abdullah menyuarakan bahawa kerajaan akan meningkatkan pengambilan pelajar di kalangan atlet hingga 30% ke IPTA.Ini merupakan berita baik kepada para atlet dan memupuk pelajar-pelajar supaya mengamalkan cara hidup sihat iaitu bersukan disamping dapat mengharumkan nama negara.Bagi merealisasikan cabaran Rancangan Malaysia ke-10(RMK-10) juga,kerajaan juga bercadang untuk menyediakan gelanggang tertutup di setiap IPTA.Para pelajar-pelajar yang aktif bersukan dan melibatkan diri dalam sukan,ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan supaya mendapat perhatian pihak kerajaan melalui bakat dan penyertaan mereka.
Read rest of entry

02 June, 2009

China Pengguna utama telefon mudah alih

China merupakan pasaran telefon mudah alih terbesar di dunia berdasarkan kepada jumlah pengguna.Sehingga bulan April 2004,jumlah penggunanya ialah 296 juta.Buat pertama kali angka ini mengatasi jumlah penduduk Amerika Syarikat(293 juta).Jumlah pemilik telefon mudah ini dijangka akan mencecah sehingga 334 juta pada akhir 2004.Secara purata,setiap satu saat mencatatkan pertambahan dua pelanggan baru.Bagaimanapun,nisbah pemilik telefon dan jumlah penduduk China masih rendah iaitu 1:5 berbanding 1:2 di Amerika Syarikat dan 2:3 di Jepun.
Read rest of entry

Kejayaan ekonomi negara China

Sejak 25 tahun lalu,ekonomi China telah berkembang pada kadar purata 9.4% setahun,menjadikannya negara yang memiliki ekonomi keenam terbesar di dunia.Pada tempoh yang sama,pendapatan per kapita sama ada di bandar atau luar bandar telah meningkat lebih lima kali ganda.China juga telah berjaya meningkatkan taraf hidup 400 daripada 1.3 bilion juta rakyatnya daripada garis kemiskinan tegar sejak 1981.Perdagangan negara itu mencecah AS$ 851 bilion(RM3,233.8 bilion) pada 2003,sekali gus mengatasi Jepun sebagai pasaran terbesar di dunia.


Read rest of entry

Kejadian jenayah yang sungguh dahsyat

Pengeboman rumah perlindungan al Ameriah ,di Iraq oleh tentera Amerika merupakan kejadian jenayah yang sugguh dahsyat ketika Perang Teluk 1991.Pada 13 Januari 1991 beberapa jam sebelum waktu subuh,sebuah kapal terbang F-111 telah mengebom sebuah rumah perlindungan tersebut.Serangan bom yang pertama telah mengakibatkan letupan yang besar dan suhu di kawasan tersebut mencecah sehingga 100 darjah celsius.Ketika berlakunya serangan kedua,lebih dari 562 kanak-kanak,orang tua dan wanita telah terbunuh akibat terbakar dan hampir semuanya rentung.


Read rest of entry

Kelengkapan perang Iraq yang moden

Arab mempunyai pelbagai alatan perang yang moden.Antara kelengkapan perang yang telah digunakan semasa Perang Teluk 1991 ialah helikopter MI-24.Ia merupakan helikopter tempur Iraqyang dilengkapi dengan bom,roket,mesingan dan peluru berpandu antikereta kebal.Scub merupakan peluru berpandu utama Iraq yang berkebolehan menembak sasaran pada jarak 676 kilometer,manakala MiG-29 Fulcrum ialah pesawat tempur yang dilengkapi dengan peluru udara ke udara.Iraq memiliki 30 buah pesawat MiG-29 ini semasa Perang Teluk 1991.


Read rest of entry

Pembakaran telaga minyak di Kuwait

Semasa pengunduran tentera Iraq dari bumi Kuwait dalam Perang Teluk 1991,mereka telah membakar 730 buah telaga minyak yang terdapat di sana bagi melambatkan pergerakan tentera bersekutu.Kuwait mengambil masa selama lapan bulan memadamkan kebakaran tersebut dengan jumlah kerugian sebanyak AS$67.97 bilion.Di dalam perang ke atas Iraq ini,Iraq dijangka menggunakan strategi yang sama di mana dilaporkan sejumlah besar bahan letupan telah disebarkan di 1,500 buah telaga minyak miliknya.


Read rest of entry

Bilangan penduduk India yang ramai

Bancian pada 2001 di India menunjukkan penduduk negara itu sehingga bulan Mac ialah seramai 1,029 bilion.Antara 1991 hingga 2001,penduduk India bertambah 182 juta,sama dengan jumlah penduduk Brazil.Sekiranya perkembangan ini berterusan,India menjangka penduduknya mencecah hingga 1.46 bilion pada 2035,sekali gus bakal mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia.U.S Bureau of the Census pula menganggarkan penduduk dunia pada 2004 ialah 6.4 bilion dan mengunjurkan ia akan bertambah kepada 8.4 bilion pada 2035.
Read rest of entry

Kos perang yang ditanggung

Perang Teluk pada 1991 melibatkan kos sebanyak AS$60 bilion.Kos perang ke atas Iraq dianggarkan lebih tinggi lagi.Lawrence Lindsey,bekas penasihat ekonomi White House menganggarkan kos sekitar AS$100 bilion(RM380 bilion).Ahli ekonomi dari Yale,William Nordhaus menjangkakan jika perang berpanjangan termasuk kos pemulihan akan meningkat sehingga AS$1.6 trilion(RM6.08 trilion).Menteri Kewangan Britain,Gordon Brown menjangkakan sumbangan Britain ke atas perang tersebut menelan belanja AS4.69 bilion(RM17.82 bilion).


Read rest of entry

01 June, 2009

Negara dagangan utama Malaysia

Menurut perangkaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia(MATRADE),bagi tahun 2002,Amerika,Singapura,Jepun,China dan Taiwan merupakan lima negara rakan dagangan utama Malaysia dengan jumlah dagangan bernilai RM385.4 bilion atau 58.6% dari jumlah keseluruhan dagangan (RM657.98 bilion).Dagangan Malaysia dengan Amerika bernilai RM121.2 bilion,Singapura(RM96.98 bilion),Jepun(RM93.69 bilion),China(RM43.44 bilion) dan Taiwan(RM30.09 bilion).


Read rest of entry

Sejarah dunia dalam pembelian pesawat

Perjanjian pembelian 50 buah pesawat Boeing 7E7 Dreamliner antara All Nippon Airways(ANA) dengan Syarikat Boeing pada April 2004 merupakan yang terbesar dalam sejarah melibatkan AS$6 bilion.Penghantaran pesawat bermula tahun 2008.ANA yang ditubuhkan pada 1952 merupakan antara 10 syarikat penerbangan terbesar di dunia dengan jumlah penumpang kira-kira 51 juta setahun.Ia terbang ke 46 destinasi domestik dan 21 destinasi antarabangsa.Pada Oktober 1999,ANA bergabung dengan Star Alliance membolehkan penumpannya askses ke 700 buah lapangan terbang di 128 negara.


Read rest of entry

Malaysia dipilih oleh negara-negara Teluk

MMalaysia menerima kunjungan pelancong dari negara-negara Teluk iaitu Kuwait,Bahrain,Oman,Qatar,Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu khasnya pada bulan Julai hingga September setiap tahun.Perangkaan daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 1,723 orang pelancong pada lima bulan pertama.Pada 2003,sejumlah 6,185 pelancong Arab telah melawat Malaysia antara Januari hingga Mei.Secara purata,setiap pelancong Arab membelanjakan sejumlah RM3,500 dalam tempoh percutian dua minggu di sini.
Read rest of entry

Gaun pilihan selebriti bertaraf dunia

Vera Wang terkenal dengan hasil ciptaan gaun pengantin yang dipakai oleh selebriti seperti Mariah Carey,Sharon Stone dan Victoria Beckham.Vera Wang membuka salon pengantin perempuan yang pertama pada 1990 dan kemudian mengembangkannya kepada gaun petang.Kini,hasil tahunannya mencecah AS$20 juta.Gaun perkahwinan ciptaannya purata berharga sekitar AS$3,500 juta termasuk pengubahsuaian.Gaun sifon merah jambu yang dipakai oleh Sharon Stone telah melonjak nama Vera Wang di pursada busana pengantin.


Read rest of entry

Pemerintah terkaya di dunia

Majalah Forbes Global telah menyenaraikan 10 pemerintah terkaya di dunia.Senarai lima teratas dimulakan dengan Raja Fahd dari Arab Saudi dengan aset bernilai AS$25 bilion.Kedua ialah Presiden Emiriyah Arab Bersatu,Syeikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dengan aset AS$20 bilion dan ketiga Sultan Hassanal Bolkiah(sultan Brunei) dengan harta bernilai AS$14.3 bilion.Ini diikuti tempat keempat,raja dari Dubai dengan aset AS$10 bilion iaitu Sheikh Mohammed Rasyid Al Maktoum dan kelima Hans Adam,putera raja dari Liechtenstein dengan aset AS$2.2 bilion.


Read rest of entry

Kejayaan ekonomi Malaysia oleh Tun Mahathir

Malaysia muncul di kalangan sebahagian kecil negara di dunia yang terpilih dalam Kelab AS$100 bilion.Kedudukan cemerlang itu ekoran nilai eksport Malaysia pada tahun lalu mencatatkan tahap terbaik iaitu melebihi AS$100 manakala rizab negara mencapai AS$47 bilion.Nilai rizab dan nilai eksport negara itu adalah jumlah tertinggi yang pernah dicapai setakat ini dan pencapaian itu menyerlahkan kehebatan sektor swasta negara ini menembusi pasaran luar negara.Secara faktanya,tahap ekonomi masa itu ialah di bawah pemerintahan perdana menteri ke-4 Malaysia,Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Read rest of entry

Hasil kajian Harvard Study Team

Hasil penyelidikan oleh Hardvard Study Team pada 28 April hingga 6 Mei 1991 di Iraq menunjukkan sekurang-kurangnya 170,000 kanak-kanak Iraq di bawah umur lima tahun akan mati akibat Perang Teluk 1991.Dokumen itu menunjukkan berlakunya kekurangan zat makanan yang luar biasa,kebuluran yang nyata serta menularnya wabak kolera,typhoid dan gastroenteritis di seluruh Iraq.Kaji selidik ini dilakukan di bandar utama iaitu Al-Najaf,Al-Zubayr,Bahgdad,Basra,Arbil,Falluja,Kerbala,Kirkuk,Mosul,Suleimaniya dan Tikrit.Ia dianggotai oleh tiga orang doktor,seorang pakar kesihatan awam,dua orang peguam dan empat orang pelajar undang-undang.


Read rest of entry

Hutang akibat penggunaan kad kredit

Beberapa tahun lalu,Bank of England mendedahkan bahawa rakyat negara itu menanggung hutang termasuk penggunaan kad kredit sebanyak 1 trilion pound sterling(RM7 trilion).Hutang ini bertambah setiap 1 juta pound sterling setiap empat minit.Di Amerika Syarikat,hutang kad kredit telah mencecah hingga AS$735 bilion(RM2,739 bilion).Di Malaysia,penggunaan kad kredit juga semakin meluas.Pada 2003,pembelian menggunakan kad kredit bertambah kepada 19.5% iaitu RM27 bilion atau RM2.24 bilion setiap bulan.Baki hutang kad kredit yang terlebih tempoh melebihi enam bulan bertambah kepada 77%.


Read rest of entry

Paras kemiskinan di China

Bilangan penduduk China yang hidup di bawah paras kemiskinan telah meningkat pertama kali sejak pembaharuan ekonominya pada 1979.Pada 2003,bilangan penduduk miskin bertambah sebanyak 800,000 menjadikan jumlah keseluruhan 29 juta.Paras kemiskinan yang ditetapkan oleh negara itu ialah pendapatan kurang dari 637 renminbi(AS$77) setahun.Definisi paras kemiskinan negara tersebut lebih rendah daripada paras kemiskinan yang diterima di peringkat antarabangsa,iaitu AS$1 sehari atau AS$365 setahun.Jika definisi antarabangsa diguna pakai,China kini mempunyai 200 juta penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan.


Read rest of entry

Mengenai telefon bimbit Vodafone

Vodafone merupakan syarikat telefon bimbit kedua terbesar selepas China Mobile.Ia beribu pejabat di Newbury,Berkshire,United Kingdom.Vodafone ditubuhkan pada 1984 sebagai anak syarikat Racal Electronics Plc.Pada September 1991,ia bertukar nama menjadi Vodafone Group Plc.Penggunaannya kini berkembang pesat di Eropah,United kingdom,Amerika Syarikat dan Timur Jauh.Sehingga Jun 2004,ia mempunyai 139.2 juta pelanggan.Pendapatan sehingga Mei 2003 ialah kira-kira RM601 bilion.


Read rest of entry

Ferragamo kasut yang terkenal

Salvatore Ferragamo,nama unggul dalam industri kasut,berasal dari Bonito,Sapanyol.Kasut but "cowboy" merupakan kasut pertama buatannya.Ferragamo juga telah mencipta sandal roman yang popular hingga kini.Mementingkan ciri-ciri seperti kasut buatan tangan,keselesaan,kualiti dan bentuk kasut telah menjadi kunci kejayaan Ferragamo.Beliau juga pernah mencipta kasut untuk Audrey Hepburn,Sophia Loren dan Marilyn Monroe.Kini empayar Ferragamo diwarisi oleh keluarganya dan nama Ferragamo sangat terkenal di dunia.


Read rest of entry

Kekuatan Amerika terhadap Iraq

Amerika mendakwa sebanyak 45 negara memberi kerjasama dlam pelbagai bentuk.Britain sahaja yang menyumbangkan kekuatan tentera terbesar iaitu seramai 40,000 dari jumlah keseluruhan 300,000 orang.Sebanyak 1,000 buah jet pejuang dan lima buah kapal pengangkut pesawat akan digunakan dalam operasi menyerang.Lebih 9,000 kederaan tempur tentera berada di padang pasir Kuwait bersama Divisyen Ketiga Infantri Amerika bagi pertempuran darat.Pasukan ini telah berlatih di Kuwait selama sembilan bulan.Menurut US,fasa pertama serangan udara,Iraq akan dihujani 1,500 bom bagi setiap 24 jam.


Read rest of entry

Kadar sosioekonomi Malaysia

Sosioekonomi Malaysia menunjukkan perubahan yang ketara dalam tempoh 1972-2002.Pada tahun 1972,penduduk negara ini berjumlah 11.004 juta dengan saiz ekonomi sebanyak RM12,754 juta.Pada tahun 1982,jumlah penduduk bertambah kepada 14.507 juta dengan saiz ekonomi menjadi RM62,579 juta.Pada tahun 2002,penduduk bertambah kepada 24.527 juta dengan saiz ekonomi berkembang kepada RM360,658 juta.


Read rest of entry

Si kaya Bill Gates

Microsoft telah mengumumkan rancangan untuk memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya dalam bentuk dividen khas sebanyak AS$3 sesaham yang keseluruhannya akan berjumlah AS$32 bilion(RM121.6 bilion),sekali gus dilihat sebagai bayaran tunai terbesar dalam sejarah korporat dunia.Pengerusi syarikat,Bill Gates yang juga pemegang saham terbesar akan memperolehi As$3.3 bilion(RM12.54 bilion) dari dividen khas yang akan dibayar pada Disember tahun ini.Bill Gates yang juga antara individu terkaya di dunia,telah mengisytiharkan dividen yang diterimanya akan diberikan kepada The Bill & Melinda Gates Foundation.


Read rest of entry

Pelabuhan utama dunia

Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP) menduduki tempat ke-12 dan ke-16 sebagai pelabuhan utama di dunia.PTP mencatat peningkatan 25.3 peratus,daripada 1.6 juta TEU kepada 2.01 juta pengendalian kontena untuk separuh pertama tahun 2004.Pelabuhan Klang pula mencatat pertumbuhan 11% iaitu daripada 2.35 juta TEU kepada 2.61 juta dari Januari hingga Jun 2004.Pada separuh kedua,pengendalian kontena dijangka mencapai 5.2 juta TEU di Pelabuhan Klang dan 4 hingga 4.5 juta oleh PTP.


Read rest of entry

Mengenai Japan NTT

Nippon Telegraph and Telephone Corporation(JAPAN NTT) merupakan syarikat konglomerat telekomunikasi terbesar di dunia.Ia ditubuhkan pada tahun 1952,beribu pejabat di Chiyoda-ku,Tokyo,Jepun.Ia menyediakan perkhidmatan transmisi suara secara tetap dan bergerak,pemindahan data,jualan peralatan komunikasi,sistem integrasi dan alin-lain perkhidmatan telekomunikasi.Sehingga 31 Mac 2004,ia mempunyai kira-kira 422 anak syarikat,97 syarikat gabungan dan 205,288 tenaga pekerja.Pendapatannya sehingga 30 Jun 2004 ialah RM6.5 bilion.


Read rest of entry

Hubungan Taiwan dan China

Hubungan Taiwan dan China dianggap semakin dingin sejak kedua-dua pihak berpecah selepas terlibat dalam perang saudara pada 1949.Namun dari segi ekonomi,data 2003 menunjukkan China merupakan rakan niaga utama Taiwan dengan jumlah dagangan meningkat 23.8% dari tahun 2002 kepada AS$46.32 bilion mengatasi jumlah dagangan dengan Amerika Syatikat dan Jepun.Jumlah ini mewakili 17.1% dari keseluruhan dagangan Taiwan.Bagaimanapun,sejak berpecah,urusan dagangan tidak dijalankan langsung tetapi dagangan dilakukan menerusi Hong Kong.


Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.