hit counter Begin: 29.7.2010

22 June, 2009

Malaysia guna CCTV kurang kadar jenayah

Cyberjaya merupakan bandar pertama dalam sejarah Malaysia yang diaplikasi dengan CCTV bertujuan untuk mengesan dan membanteras jenayah.Hal ini sewajarnya diambil kerana masalah negara Malaysia yang semakin menjadi-jadi dan semakin tidak terkawal.Dengan mengaplikasikan CCTV,pihak berkuasa tidak perlu terlalu memerah tenaga untuk memerhatikan keadaan pada satu jangka masa yang lama kerana penggunaan teknologi sememangnya dicipta bagi mengurangkan tenaga manusia.Pihak berkuasa juga mempunyai bukti kukuh dalam sesuatu keadaan yang sukar diramal.Namun,pelaksanaan ini memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diaplikasikan sepenuhnya.Sebagai langkah awal,kerajaan bolehlah meletakkan CCTV di tempat-tempat yang paling kerap berlakunya jenayah seperti lorong-lorong dan stesen-stesen kenderaan awam.Diminta juga agar tiada penduduk merosakkan CCTV tersebut seperti berlaku kepada telefon awam.Sistem CCTV ini juga membuktikan bahawa Malaysia setanding dengan negara-negara berteknologi maju seperti Jepun dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi ke tahap maksimum dalam kehidupan seharian.


 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.