hit counter Begin: 29.7.2010

31 July, 2010

How To Delete File

Saya andaikan anda menggunakan Microsoft Windows sebagai system operation pada komputer/laptop anda. Tidak kira Windows 95, Windows 98, Windows NT, Windows XP, Windows Vista atau Windows 7 cara ini masing-masing boleh di apply-kan. Terlebih dahulu, cuba bertanya dengan diri anda sendiri, "Bagaimana cara untuk delete file?". Dan sila jawab bermula dengan ayat ini "Cara delete file ialah......"

1- Normal
Right click/ Klik kanan dan pilih "Delete"
Ramai yang menggunakan cara ini untuk delete file yang mereka tidak lagi berguna dan tidak mahu lagi menyimpan file tersebut. Melalui cara ini, file tersebut akan pergi/beralih lokasi ke "Recycle Bin". Tapi kelebihannya ialah, anda boleh "restore"/mengembalikan semula file yang anda delete itu. Sebenarnya, file tersebut tidak di-delete secara sepenuhnya dan memaksa anda bekerja dua kali. Anda perlu right click pada "Recycle Bin" dan memilih "Empty Recycle Bin". Barulah file yang anda delete itu hilang sepenuhnya. INGAT!!! DUA KALI KERJA. :(

2- Advance
SHIFT + DELETE
Dengan cara kedua ini, file yang anda ingin delete itu akan "permanently lost/delete". Caranya ialah dengan "hold"/terus tekan butang SHIFT(jangan lepas)dan tekan butang "Delete". Akan keluar "message box" menanyakan tindakan anda. Sila tekan yes untuk meneruskan operasi anda. Seterusnya pergi ke "Recycle Bin" anda dan periksa file yang anda delete itu. Ada jumpa???
Dengan cara ini, anda TIDAK BOLEH RESTORE file yang telah anda delete itu di Recycle Bin. Tapi anda cuma buat satu kerja. Jimat masa anda untuk terus blogging.

Masa itu ibarat emas. File juga ibarat emas. Nah! Choose which one you desire to...
Read rest of entry

28 July, 2010

Safeguards,wang dan mesin ATM

Safeguards Corporation Bhd.(Safeguards) adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan dan mengawal kawalan keselamatan dan mengawal keselamatan pemindahan wang tunai dengan menggunakan trak khas ke bank-bank serta mesin-mesin ATM.Selain itu,perkhidmatannya juga digunakan di pasar-pasar raya besar dan juga di pusat-pusat tol.Melalui anak syarikatnya,Safeguards Securicor Sdn.Bhd. pulamenyediakan perkhidmatan penyelenggaraan wang kertas atau syiling untuk 2,000 dari 5,000 mesin ATM di Malaysia.Sehingga 31 Disember 2003,syarikat ini mencatat keuntungan sebanyak RM122.1 juta,berbanding RM77.3 juta pada 2002.Ia beroperasi di 44 buah negara di dunia.
Read rest of entry

Tentang Barbie

Pada tahun 1959,Ruth dan suaminya Elliot Handler telah memperkenalkan patung Barbie bersempena nama anak pertama mereka,Barbara.Sejak diperkenalkan,sejumlah hampir 1 billion fesyen telah dihasilkan untuk pakaian anak patung ini menggunakan lebih 9.6 juta meter fabrik kain.Anak patung ini dipasarkan di 140 buah negara.Pink Splendor merupakan Barbie termahal pernah dijual dengan harga AS$900.Pada tahun 2000,koleksi anak patung Barbie berpakaian songket tradisional Melayu lengkap dengan aksesori perhiasannya telah diperkenalkan.
Read rest of entry

Kelajuan Mikrotik Router

Mikrotik Hotspot

Network pada mikrotik yang saya connect ini sebenarnya tidak allow download. Tetapi selepas saya tahu "holes"-nya, saya terus download DVD. Pada windows user status pula, anda boleh tengok yang saya login sebagai "Trial" sahaja. Download speed untuk Open Suse itu memang slow tapi keseluruhan speed, anda boleh tengok pada Conky( system monitor) yang seumpama wallpaper desktop saya itu. Perhatikan NETWORK > Down
Read rest of entry

Speed Up My Blog!!!

Sekarang memang dalam mood baik. Sekarang dalam misi nak speed up blog saya. Blog IP ni. P/S=IP bermaksud InternetPeers [http://internetpeers.blogspot.com/]. Terus macam mana nak speed up?? Saya tanya dan saya jawab.. Perkara paling penting dalam speed/loading time blog ialah hosting. Blog saya(blogger/blogspot) ini di host oleh domain lain iaitu blogger.com. Bandwith tidak perlu saya bimbang kerana ianya adalah stabil lagipun saya tidak boleh buat ape-ape kalau pasal ni. Layan ayat dulu:




See the blog,
Look for the code,
Find that code,
Understand the code,
See how that code work,
Make change to the code..


NOTE: Saya check speed di "rapid.searchmetrics.com" atau klik sini
            Alamat yang di-check ialah internetpeers.blogspot.com

Ini screenshot sebelum proses "tweak" dilakukan:
IP_Speed_Before

Tengok pada result-nya dan bandingkan dengan result yang selepas di "tweak":
IP_Speed_After
Read rest of entry

UiTM Website Got Hacked. [SUSPECT]

Universiti Teknologi Mara (UiTM) official website have been hacked. I not remember how many times. I not like much to know about it.


NOTE:  

-THIS IS ONLY SUSPECT AND NOT TRULY THE HACKER WHO DEFACE UiTM WEBSITE.
-THIS SUSPECT I TRACK BY USING NOOB METHOD AND IT ALSO NOT 100% ACCURATE BUT IT IS RELATED
-IMAGE HAVE BEEN EDITED AND NOT SHOW THE REAL SUSPECT FACE FOR SECURITY REASON



Here is first and most suspected person:

uitm hacker1






Here is second suspected person:

uitm hacker2







Here is last suspected person:

uitm hacker3

Im not very sure about this. I have no interest to dig more. JUST SILLY INFO

PLEASE LEAVE AS MANY COMMENT AS YOU CAN.
THIS IS ONLY SILLY INFO!!!
THIS IS ONLY SILLY INFO!!!
THIS IS ONLY SILLY INFO!!!
THIS IS ONLY SILLY INFO!!!
THIS IS ONLY SILLY INFO!!!

IF 100% NOT RELATED, LET ME KNOW    
Read rest of entry

20 July, 2010

Ubuntu 10.04 telah selamat sampai ke pintu rumah

Bangun pagi macam biasa saje. Macam hari-hari yang lain. Tengok atas meja komputer saya, ada barang sampai. Macam pernah tengok jer bungkusan itu. Rasa pernah sampai dlu. Hampir tiga kali dah saya dapat barang tu. Pergi dekat tengok Ubuntu. Wahh.. Ubuntu 10.04 atau dengan code name nyer Lucid Lynx telah selamat sampai ke rumah. Hampir sebulan saya tunggu. Request hari tu waktu tengah final exam.lol

Tak percaya? Barang dari oversea ni.. Mahal ke? Kaya betul aku dapat beli barang dari luar negara.. OR?????

Layan gambar yang khas saya tangkap ni dulu..

Ubuntu 10.04

bekas cd

cd Ubuntu 10.04

ubuntu 10.04 set

Macam mana?? tak cukup ker bukti tu? Macam mana lagi saya nk jelaskan.hu3.. Biar saya ceritakan serba sedikit apa yang saya tahu pasal Ubuntu ni atau anda pergi saja ke laman web rasmi Linux Ubuntu di sini. Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan Linux OS di seluruh dunia, Ubuntu telah menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma kepada sesiapa yang mahu mencuba atau menggunakan produk nyer.

Barang original 100% free. Sape yang tak nak oii..
Read rest of entry

Internetpeers Got Hacked by Real_Karizma

Pada hari ini (27 Jun 2010) saya telah perasan bahawa loading page di blog saya internetpeers telah menjadi slow/lambat. Perbezaannya amat ketara dengan sebelum kena hack.

Terpaksa lah saya menahan mata untuk tengok script-script layout di blog saya ini. Setelah hampir sejam tengok benda sama, saya telah menemui masalah nya. Layout saya mempunyai script hosting yang ber-alamat di http://www.amitjain.co.in/ atau klik sini. Tapi sekarang tengok lah site http://www.amitjain.co.in/ itu..THEY GOT HACKED!!!

internetpeers hacked

Saya tidak kisah pun site tu kena hack. Tapi masalah sekarang, site tu merupakan scipt hosting bagi blog saya. Sekarang, terpaksa lah saya cari semula script tersebut dan host di tempat/site yang lebih selamat.
Read rest of entry

Mc Donalds Dicabul!!!

Kepada penggemar "Mc D" atau Mc Donalds, tahukah bahawa restoran Mc Donalds yang terakhir anda pergi itu adalah beruntung dan antara yang terhebat??? Ini kerana Mc Donalds kerap dicabul termasuklah design dan logo. Namun Mc Donalds tetap bertahan sampai ke hari ini kerana sudah mempunyai empayar yang besar dan cawangan di merata-rata negara di dunia. Cabaran sekarang dan akan lebih hebat pada masa akan datang ialah:

Mc_Donalds_Buruk_Nama

Ini pula logo yang diciplak:

McDonalds_lol

Tengok namanya baik-baik. Mc Duck tapi kenapa logo dia sememangnya pernah kita lihat???
Read rest of entry

My Linux Story

Ketika tahun 2006, bulan empat(April) rumah saya telah mempunyai internet(Streamyx) dengan pakej langganan RM66 sebulan. Kelajuan standard lebih kurang 1mbps. Waktu itu cuma ada komputer dengan kuasa Intel Celeron saja. Betul, tidak bagus untuk gaming :(

Dengan menggunakan Google, Saya "belajar" cara menggunakan komputer. Tiada guru lain selain "Uncle Google" yang tidak pernah jemu mengajar saya. Membekalkan maklumat yang sangat berguna dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Saya menggunakan Windows XP ketika itu. Tiada lagi Linux dan saya tidak tahu langsung apa itu Sistem Operasi Linux atau Linux Operating System(Linux OS).

Perkara yang paling menarik minat saya untuk mengetahui apa itu Linux ialah kerana Hacking. Ya, menurut Google, Linux itu bagus untuk hacking. Tapi saya tidak tahu cara menggunakan Linux :(

Tidak kisah la Linux(itu yang saya fikir) Microsoft Windows pun boleh wat hacking juga. Tapi bagaimana? Saya cari jawapan di Google untuk soalan saya itu. Google jawab=Lebih senang jika tahu bahasa program(programming language). Tambah lagi masalah. Di mana saya nak belajar programming? Mana ada duit untuk bayar kelas tuisyen atau pergi ke mana-mana kursus. Duit pula jadi halangan. Lagipun biasanya kursus mengambil masa beberapa hari. Tak pernah lagi saya dengar orang yang lepas balik dari kursus, terus boleh buat program sendiri. Dengan mengukur kemampuan saya, Saya sedar saya tidak boleh ditambah pula dengan jadual belajar(sekolah).

Tengok dalam movie orang putih(English) dalam cerita-cerita yang berkaitan dengan Computer Hacking, Mereka menggunakan peralatan yang cukup canggih dan hebat. Dengan ada benda sebegitu, barulah saya boleh belajar lebih lagi tentang komputer. Saya pernah berangan-angan untuk memiliki sebuah "Super Computer" dan sebuah server sendiri(walaupun bilik cuma bersaiz kotak mancis). Lagi banyak masalah rupanya. Tidak semua orang boleh ada kelebihan tersebut. Halangan + Kekurangan = Tidak Boleh???

Cara terakhir, terpaksa korek informasi tentang Linux OS. Menurut sumber internet, Linux OS boleh beroperasi di sebuah komputer yang sangat kecil(kuno), Hanya memerlukan saiz memory(RAM) yang rendah serta saiz hardisk(capacity) yang kecil(dalam lingkungan 4GB). OMG!!! capacity hardisk saya 40GB waktu itu. Boleh install 10 Linux OS. Bagaimana dengan Windows? Komputer di rumah saya bukan kepunyaan saya sepenuhnya. Orang lain nak guna untuk gaming dan mereka bukan macam saya yang dengan minat ingin mencuba Linux. Mungkin mereka akan ada masalah dengan menggunakan Linux OS nanti.

Googling lagi sehingga saya terjumpa info tentang Ubuntu. Waktu itu Ubuntu 8.04 dengan code name nya Hardy Heron. Apa ini Linux? Siap ada dengan nama Code lagi. Dengar perkataan "code" terus terbayang coding. Argghh!!! SUSAHNYA LINUX!!! Siapa tahu betapa susah-nya? Orang belajar Law yang ramai kata susah. Tapi mereka tetap boleh berjaya. So, tiada apa yang susah, yang penting usaha dulu(untuk naikkan semangat saya).

Saya memang berminat untuk belajar Linux OS. Saya sudah bersedia. Saya sudah ada komputer dan Uncle Google sebagai "Virtual Teacher" saya. Wikipedia juga sumber rujukan saya. Forum dan IRC banyak membantu. Melalui info-info yang saya dapat, lebih kurang beberapa bulan, saya telah download Linux OS dengan format .ISO

Googling apa itu .iso file dan macam mana nak gunakannya. Seperti biasa, Google dan forum bekalkan ilmu kepada saya. OK, masalah .iso dah selesai. Ubuntu Linux dah berada dalam CD. Cara install-nya sudah ada dalam kepala.Thanks to Google, Forum and IRC member!!!

Komputer saya sekarang sudah ada Ubuntu(Linux). Lepas install, Nak pergi ke "My Computer"(kalau kat Windows) pun susah. Tak tahu mana nak tekan. Waktu itu saya sudah tahu re-install Windows OS. Jadi, apa-apa masalah boleh settle dengan meng-format komputer saya(install semula Windows). Memang kali pertama saya di Ubuntu, Sangat susah. Linux itu susah tapi masih lagi dalam niat nak belajar. Saya teruskan belajar..Nasib baik saya bersabar dengan Linux. Selepas beberapa hari,minggu,bulan dan tahun, ilmu saya tentang Linux semakin bertambah. Thanks again to Google, Forum and IRC member!!!

Perasaan mula-mula menggunakan Linux ialah sangat hampa :( tapi bila saya tahu sikit-sikit cara, Perasaan gembira amatlah sangat. Boleh pergi ke My Computer di Ubuntu pun kira dah bangga. Memang gembira masa itu. Begini rupanya Linux...Tidak jauh sangat pun beza-nya dengan Windows XP saya. Ya, saya belajar MS-DOS(batch file/file.bat) di Windows. Tetapi bagaimana di Linux?? Saya mencuba command-command basic Windows di Ubuntu saya. Masalah!!! Saya masukkan command "dir", "ipconfig" dan beberapa command lain tapi ada error. Apa ni Linux???

Googling lagi...Terjumpalah artucle mengenai "Basic Linux Command". Saya baca, hafal dan praktikkan-nya. Berkesan sungguh. Saya tahu Linux berbeza dengan Windows. Misalnya comamnd "dir" diganti dengan "ls" jika di Linux. Command "ipconfig" pula bertukar menjadi "ifconfig".. Sungguh menarik!!! Saya memang kerap tertukar command. Maklumlah baru dengan Linux.. Ianya juga normal(menurut sebuah article) kerana memang menjadi perkara biasa bagi pengguna Linux yang baru.

Dalam usaha dan minat ingin belajar Linux, saya pernah menggunakan Open Suse, Fedora, Archlinux, BackTrack dan Linpus.

Diringkaskan cerita, hingga sekarang(2010) saya masih menggunakan Linux. Sudah banyak tahun juga. Sekarang masih menggunakan Ubuntu. Tapi bukan lagi Ubuntu 8.04(Hardy Heron) tetapi Ubuntu 10.04(Lucid Lynx) yang kedua-dua-nya LTS(Long Term Support). LTS juga menjadi kepercayaan kepada kampus-kampus dan syarikat(sila googling untuk info tambahan).

Sekarang, apa yang tinggal cuma Windows XP, Ubuntu 10.04(Lucid Lynx) dan BackTrack 4 Final. Ilmu masih lagi tak cukup. Saya akan terus belajar menggunakan Linux. Ingatan untuk diri saya sendiri:

"Dunia komputer ini sangatlah luas. Apalah sangat dengan Windows yang cuma reti menekan butang "Next" dan "Finish". Linux itu luas dan boleh diletakkan sebagai hobi untuk terus belajar"
Read rest of entry

Keep Them Read Our Blog (IP TIPS)

Kali ini saya ingin mendedahkan satu rahsia untuk mengekalkan pelawat blog anda. Ingat, Jangan biarkan mereka lari(keluar) atau beralih pandangan ke tempat lain. Tips ini akan menjadi rahsia tetapi bagi yang sudah tahu, tidak jadi rahsia lagi :(

NOTE: Kepada yang sudah tahu, Sila jangan menganggap penulisan ini 100% sampah kerana tidak semua orang mempunyai pengetahuan dan kelebihan seperti yang kamu ada sekarang ini.

Saya teruskan,.. Tips kali ini adalah dengan menggunakan sedikit/asas HTML(HyperText Markup Language). Setiap para blogger mesti sudah tahu dan pernah mendengar perkataan "HTML" ini. Tetapi, bagi yang belum pernah mendengarnya, sila rujuk di sini. Kalau berminat untuk belajar atau mendalaminya, sila ke sini.

Di post-post blog anda, mungkin anda pernah atau selalu mengunakan "link" untuk men-directkan pengunjung ke sesebuah lokasi. Bagaimana anda melakukannya??? Jika anda memasukkan URL(Uniform Resource Locator) untuk link ke sebuah lokasi dengan menggunakan option pada Blogger Post Editor bermakna anda silap dan rugi.

Alasan saya ialah Blogger Post Editor cuma menggunakan code asas seperti berikut:

a href="http://internetpeers.blogspot.com" sini /a

1- a
2- ahref

Rahsianya ialah dengan menambah lagi option ke dalam line tersebut dengan menggunakan:
1- target
2- _blank

a target="_blank" href="http://internetpeers.blogspot.com" test /a

Dengan memasukkan/menambah option tersebut, apabila pelawat click ke link berikut. Firefox akan "Open In New Tab".

Untuk testimonal, di bawah ini ada dua link yang sama-sama redirect ke internetpeers TETAPI menggunakan teknik coding yang berbeza.




Normal                                                                       Tricked


P/s= Saya menghadapi masalah untuk paste tag HTML di post tetapi untuk trick ini, anda boleh lihat di sini.
Read rest of entry

Mengelak Kehilangan File

Kali ini saya akan bercerita tentang cara-cara mengelak kehilangan data/file di komputer. Cara ini hanya di komputer. Tidak akan 100% sama dengan phisical file/hardcopy file(file dalam kabinet di tempat kerja)

Scenario(contoh)masalah ialah:
1- Nama pelajar Jack
2- Assignment(Microsoft Word)
3- Nama file(assignment)ialah "Tugasan.docx"
3- Tarikh kejadian 8 March 2010
4- Tarikh submit assignment 10 March 2010

Situasi 1:
Jack telah menyiapkan assignmet dia pada 8 March 2010. Dia mempunyai tempoh selama dua hari saja lagi sebelum tempoh submit assignment tamat. Jack seorang yang bagus kerana telah siap awal assignment dan tidak buat kerja "last minute". Petang itu(8 March 2010)dia telah pergi ke "cyber cafe" berhampiran kampusnya untuk "print" assignment tersebut. Jack menyimpan "Tugasan.docx" di dalam pendrive-nya dan mencucuk pendrive ke USB komputer "cyber cafe" tersebut. Apabila dia ingin "print" Tugasan.docx" dia tidak menjumpai file tersebut. File itu tidak di-set sebagai "hidden" dan tidak berada di mana-mana folder. Di komputer Jack sudah tidak ada file tersebut kerana dia telah "cut" dan "paste" ke dalam pendrive. LOL

Situasi 2:
Setelah menyiapkan kerja akhir, Jack telah "save" kerjanya iaitu "Tugasan.docx" di "My Document". Oleh kerana tarikh ada dua hari lagi, dan tunggu untuk "print" saja, dia terus "blogging". Jack update blog dia install software baru yang dia download. Setelah siap install software tersebut, dia pergi bermain, makan dan tidur. Pada esoknya(9 March 2010)Jack hendak "copy" "Tugasan.docx" ke dalam pendrive-nya. Malangnya, komputer dia telah rosak. Mungkin akibat software tersebut. Dia tidak boleh masuk ke Windows XP-nya. Jack tidak berputus asa, dia cuba buka melalui "Safe Mode" tapi masih juga tidak boleh. Mungkin "system/Windows" Jack telah rosak dan perlu re-install Windows. Apabila Jack selesai re-install Windows, dia tidak menjumpai "Tugasan.docx" di "My Document". Re-install Windows will erase all work. LOL JACK. Cuma ada satu hari saja lagi untuk tarikh akhir submit assignment. Jack gagal menyiapkannya. :(

Penyelesaian

Dari Situasi 1:
1- Jangan "cut" file jika ianya tidak 100% selesai(sehingga anda submit)
2- Sila pastikan pendrive anda bebas daripada "virus" sebelum menyimpan file
3- Sila pastikan AntiVirus uptodate. Sila set-kan "automatic update"

Dari Situasi 2:
1- Jangan menyimpan file di "My Document". By default, "My Document" ialah di "Local Disk C" atau di lokasi sama dengan system
2- Sila simpan di "Local Disk D" atau di lokasi yang berbeza dengan system
3- Virus akan menyerang system. System berada di Local Disk C. "My Document juga berada di Local Disk C. Local Disk C akan menjadi rosak.
4- Jika re-install Windows, File masih lagi dapat dijumpai di "Local Disk D"
5- Jangan download software selain dari website release-nya. Dan JANGAN SESEKALI DOWNLOAD sotware yang di-host oleh individu tidak rasmi.

Namun, sekarang ini banyak software yang menyokong keselamatan file seperti backup dan restore. Biasanya jenis shareware/berbayar. Terpulanglah kepada anda dan saya tidak akan menceritakan mengenai mana-mana software sebegitu di sini.
Read rest of entry

16 July, 2010

My Internet Connection Speed (Download)

Jika anda di post ini, sila pastikan anda telah selesai dengan post yang sebelum ini

Post ini adalah versi video yang lebih real condition and situation.he3



Nanti nak try kat speed test pula..he3
Read rest of entry

GMail Layout (IP)

Kali ini, saya akan mengubah tampilan Google Mail/Gmail pada Firefox. Tapi untuk Gmail ini, saya gunakan Gmail Globex dan tidak lagi Stylish.

Gmail Globex ini sangat bagus, senang install dan sangat menarik. Lihat screenshot untuk tetapan:

Ini gambar waktu loading Gmail. Cantik, puas hati walaupun menunggu loading siap.lol

gmail loading

Ini pula interface waktu di Gmail:

google mail stylish

Untuk mendapatkan interface yang sama dengan saya, sila pergi ke laman web www.globexdesigns.com atau klik sini.

Pilih "Install" untuk memulakan proses installation dan restart Firefox anda. Lihat kesannya dengan navigate ke Gmail. Sebarang pertanyaan atau masalah, sila tinggalkan comment atau bertanya terus di web penyedia(globexdesigns).
Read rest of entry

My Google Layout (IP)

Kali ini, saya mencuba stylish untuk page www.google.com.my pula. Persiapkan firefox anda dan stylish(Tools > Add-ons). Sila rujuk previous post("My Facebook Layout (IP)") sini untuk maklumat yang lebih detail.

Style/theme yang akan digunakan boleh dapatkan di sini atau di sini(code). Install seperti biasa. Jika anda mempunyai masalah dengan sytle tersebut, sila gunakan "code" untuk proses installation-nya.

Ini screenshot di komputer saya sebagai contoh:

google stylish IP

Ini hits yang keluar dari search dengan perkataan InternetPeers:

IP stylish

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan comment. Selamat mencuba :)
Read rest of entry

Post Pukul 5 Pagi

Tajuk dah bagi, cuma tunggu jam tepat pukul lima pagi dan saya nk tekan butang publish. Hari esok kita tekan butang "R"(Astro) pula OK. Sambil tunggu, layan lagu Meg & Dia - Masterpiece

Kedengaran pula kucing mengiau kat tingkap ni. Secara tiba-tiba sungguh. Bising dan menyakitkan hati. Nyamuk banyak tengah-tengah malam begini. Hari lepas hujan. Kena bela katak nampaknya. Baru la tiada lagi Aedes dan denggi.

Beberapa saat jer lagi!!!!
Read rest of entry

Double Ping Post On GengBlogger (Again)

Aduh,.. Sekali lagi GengBlogger punyai masalah..He3.. Tajuk post ini memang membosankan sebab lebih kurang sama dengan post "Double Ping Post On GengBlogger atau klik sini.

Ini dah masuk kali kedua. Masih nak bukti yang GengBlogger boleh buat "Double Ping Post"? Nak or tak nak, saya dah upload dah videonya ni. ENJOY!!!

Read rest of entry

15 July, 2010

Feedburner Getting Smaller

OMG!!! Feeds icon pada blog saya IP(InternetPeers) telah mengecil. Mungkin saiznya mengecil sebab tiada pengunjung ke blog saya? :(
Masalah ini berlaku sejak minggu lepas lagi tetapi saya tidak mempunyai masa untuk membaikinya, Masalah ini juga terjadi waktu saya nak "speed up" IP pada minggu lepas. Boleh rujuk sini.

Lihat screenshot yang telah saya ambil:

feeds_burner_smaller

Ini ialah "error" yang dapat saya kesan:

Feed_code_error

LOL,.. Value pada height dan width telah menjadi 15 sedangkan icon lain masing-masing di-setkan sebanyak 60.

Dan ini screenshot yang telah saya baiki supaya IP menjadi seperti sedia kala:

Feeds_solved
Read rest of entry

Double Ping Post On GengBlogger

Saya ada satu lagi(yang kedua) pengalaman untuk dikongsi sejak saya bergabung dengan GengBlogger sejak 6 bulan yang lalu(lebih kurang). Pengalaman pertama saya "GengBlogger Crash!!!" boleh lihat di sini.

Post kali ini, ialah pengalaman saya ping post saya sebanyak dua kali(double) di GengBlogger. Dengan "trick" ini, post saya dianggap terbaru atau baru di-publish padahal saya telah ping beberapa saat/minit yang lalu. Nak bukti??? Tengok video di bawah.



Read rest of entry

09 July, 2010

"IP Index" Floating Image Was Launched!!!

Tepat jam 4.30am pada July 9 2010, InternetPeers telah di perbaikan dengan memasukkan widget baru untuk memudahkan pengunjung blog saya. Tidak perlu bazir masa untuk check tiap-tiap satu post blog di InternetPeers. Langkah mudah dengan menggunakan IP Index yang di harap sangat membantu.

Screenshot widget terbaru "IP Index". Check it Out:
 Internetpeers index

Widget tersebut ialah floating image yang telah dimasukkan link ke halaman IP Index. Sila check senarai post yang anda berminat untuk baca. Jika terdapat masalah pada link, sila tinggalkan comment. Terima kasih kerana membantu. :)
Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.