hit counter Begin: 29.7.2010

20 July, 2010

My Linux Story

Ketika tahun 2006, bulan empat(April) rumah saya telah mempunyai internet(Streamyx) dengan pakej langganan RM66 sebulan. Kelajuan standard lebih kurang 1mbps. Waktu itu cuma ada komputer dengan kuasa Intel Celeron saja. Betul, tidak bagus untuk gaming :(

Dengan menggunakan Google, Saya "belajar" cara menggunakan komputer. Tiada guru lain selain "Uncle Google" yang tidak pernah jemu mengajar saya. Membekalkan maklumat yang sangat berguna dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Saya menggunakan Windows XP ketika itu. Tiada lagi Linux dan saya tidak tahu langsung apa itu Sistem Operasi Linux atau Linux Operating System(Linux OS).

Perkara yang paling menarik minat saya untuk mengetahui apa itu Linux ialah kerana Hacking. Ya, menurut Google, Linux itu bagus untuk hacking. Tapi saya tidak tahu cara menggunakan Linux :(

Tidak kisah la Linux(itu yang saya fikir) Microsoft Windows pun boleh wat hacking juga. Tapi bagaimana? Saya cari jawapan di Google untuk soalan saya itu. Google jawab=Lebih senang jika tahu bahasa program(programming language). Tambah lagi masalah. Di mana saya nak belajar programming? Mana ada duit untuk bayar kelas tuisyen atau pergi ke mana-mana kursus. Duit pula jadi halangan. Lagipun biasanya kursus mengambil masa beberapa hari. Tak pernah lagi saya dengar orang yang lepas balik dari kursus, terus boleh buat program sendiri. Dengan mengukur kemampuan saya, Saya sedar saya tidak boleh ditambah pula dengan jadual belajar(sekolah).

Tengok dalam movie orang putih(English) dalam cerita-cerita yang berkaitan dengan Computer Hacking, Mereka menggunakan peralatan yang cukup canggih dan hebat. Dengan ada benda sebegitu, barulah saya boleh belajar lebih lagi tentang komputer. Saya pernah berangan-angan untuk memiliki sebuah "Super Computer" dan sebuah server sendiri(walaupun bilik cuma bersaiz kotak mancis). Lagi banyak masalah rupanya. Tidak semua orang boleh ada kelebihan tersebut. Halangan + Kekurangan = Tidak Boleh???

Cara terakhir, terpaksa korek informasi tentang Linux OS. Menurut sumber internet, Linux OS boleh beroperasi di sebuah komputer yang sangat kecil(kuno), Hanya memerlukan saiz memory(RAM) yang rendah serta saiz hardisk(capacity) yang kecil(dalam lingkungan 4GB). OMG!!! capacity hardisk saya 40GB waktu itu. Boleh install 10 Linux OS. Bagaimana dengan Windows? Komputer di rumah saya bukan kepunyaan saya sepenuhnya. Orang lain nak guna untuk gaming dan mereka bukan macam saya yang dengan minat ingin mencuba Linux. Mungkin mereka akan ada masalah dengan menggunakan Linux OS nanti.

Googling lagi sehingga saya terjumpa info tentang Ubuntu. Waktu itu Ubuntu 8.04 dengan code name nya Hardy Heron. Apa ini Linux? Siap ada dengan nama Code lagi. Dengar perkataan "code" terus terbayang coding. Argghh!!! SUSAHNYA LINUX!!! Siapa tahu betapa susah-nya? Orang belajar Law yang ramai kata susah. Tapi mereka tetap boleh berjaya. So, tiada apa yang susah, yang penting usaha dulu(untuk naikkan semangat saya).

Saya memang berminat untuk belajar Linux OS. Saya sudah bersedia. Saya sudah ada komputer dan Uncle Google sebagai "Virtual Teacher" saya. Wikipedia juga sumber rujukan saya. Forum dan IRC banyak membantu. Melalui info-info yang saya dapat, lebih kurang beberapa bulan, saya telah download Linux OS dengan format .ISO

Googling apa itu .iso file dan macam mana nak gunakannya. Seperti biasa, Google dan forum bekalkan ilmu kepada saya. OK, masalah .iso dah selesai. Ubuntu Linux dah berada dalam CD. Cara install-nya sudah ada dalam kepala.Thanks to Google, Forum and IRC member!!!

Komputer saya sekarang sudah ada Ubuntu(Linux). Lepas install, Nak pergi ke "My Computer"(kalau kat Windows) pun susah. Tak tahu mana nak tekan. Waktu itu saya sudah tahu re-install Windows OS. Jadi, apa-apa masalah boleh settle dengan meng-format komputer saya(install semula Windows). Memang kali pertama saya di Ubuntu, Sangat susah. Linux itu susah tapi masih lagi dalam niat nak belajar. Saya teruskan belajar..Nasib baik saya bersabar dengan Linux. Selepas beberapa hari,minggu,bulan dan tahun, ilmu saya tentang Linux semakin bertambah. Thanks again to Google, Forum and IRC member!!!

Perasaan mula-mula menggunakan Linux ialah sangat hampa :( tapi bila saya tahu sikit-sikit cara, Perasaan gembira amatlah sangat. Boleh pergi ke My Computer di Ubuntu pun kira dah bangga. Memang gembira masa itu. Begini rupanya Linux...Tidak jauh sangat pun beza-nya dengan Windows XP saya. Ya, saya belajar MS-DOS(batch file/file.bat) di Windows. Tetapi bagaimana di Linux?? Saya mencuba command-command basic Windows di Ubuntu saya. Masalah!!! Saya masukkan command "dir", "ipconfig" dan beberapa command lain tapi ada error. Apa ni Linux???

Googling lagi...Terjumpalah artucle mengenai "Basic Linux Command". Saya baca, hafal dan praktikkan-nya. Berkesan sungguh. Saya tahu Linux berbeza dengan Windows. Misalnya comamnd "dir" diganti dengan "ls" jika di Linux. Command "ipconfig" pula bertukar menjadi "ifconfig".. Sungguh menarik!!! Saya memang kerap tertukar command. Maklumlah baru dengan Linux.. Ianya juga normal(menurut sebuah article) kerana memang menjadi perkara biasa bagi pengguna Linux yang baru.

Dalam usaha dan minat ingin belajar Linux, saya pernah menggunakan Open Suse, Fedora, Archlinux, BackTrack dan Linpus.

Diringkaskan cerita, hingga sekarang(2010) saya masih menggunakan Linux. Sudah banyak tahun juga. Sekarang masih menggunakan Ubuntu. Tapi bukan lagi Ubuntu 8.04(Hardy Heron) tetapi Ubuntu 10.04(Lucid Lynx) yang kedua-dua-nya LTS(Long Term Support). LTS juga menjadi kepercayaan kepada kampus-kampus dan syarikat(sila googling untuk info tambahan).

Sekarang, apa yang tinggal cuma Windows XP, Ubuntu 10.04(Lucid Lynx) dan BackTrack 4 Final. Ilmu masih lagi tak cukup. Saya akan terus belajar menggunakan Linux. Ingatan untuk diri saya sendiri:

"Dunia komputer ini sangatlah luas. Apalah sangat dengan Windows yang cuma reti menekan butang "Next" dan "Finish". Linux itu luas dan boleh diletakkan sebagai hobi untuk terus belajar"

4 comments:

www.dunialandax.com on July 20, 2010 at 7:59 PM said...

wah!!hebat la kau ni!

zer0nymous on July 20, 2010 at 8:23 PM said...

saya pegang konsep ini=seseorang itu hebat kerana ilmu

saya masih belajar dan terus belajar guna linux.

Anonymous said...

Bagus,

Aku bermula seperti kamu juga, dan sekarang aku adalah Konsultan Pakar IT security yang disegani. Kalau kamu ada wang lebih, cuba belajar HP-UX dan pelbagai jenis Unix lain.

Ambil kursus CEH di APITT (RM3000) dan kamu boleh menjadi seperti saya. Mesti rajin dan minat. Semoga kamu berjaya!

-thanapa t.

Qu4R0w on October 27, 2010 at 2:37 PM said...

Sangat2 terima kasih kerana komen ini..Saya menghadapi kesulitan dari segi masa dan sokongan(tiada member). saya masih menuntut dan belajar sepenuh masa di sebuah universiti tempatan.

saya telah berpindah ke www.gcores.com

Post a Comment

 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.