1- Nama pelajar Jack
2- Assignment(Microsoft Word)
3- Nama file(assignment)ialah "Tugasan.docx"
3- Tarikh kejadian 8 March 2010
4- Tarikh submit assignment 10 March 2010
Situasi 1:
Jack telah menyiapkan assignmet dia pada 8 March 2010. Dia mempunyai tempoh selama dua hari saja lagi sebelum tempoh submit assignment tamat. Jack seorang yang bagus kerana telah siap awal assignment dan tidak buat kerja "last minute". Petang itu(8 March 2010)dia telah pergi ke "cyber cafe" berhampiran kampusnya untuk "print" assignment tersebut. Jack menyimpan "Tugasan.docx" di dalam pendrive-nya dan mencucuk pendrive ke USB komputer "cyber cafe" tersebut. Apabila dia ingin "print" Tugasan.docx" dia tidak menjumpai file tersebut. File itu tidak di-set sebagai "hidden" dan tidak berada di mana-mana folder. Di komputer Jack sudah tidak ada file tersebut kerana dia telah "cut" dan "paste" ke dalam pendrive. LOL
Situasi 2:
Setelah menyiapkan kerja akhir, Jack telah "save" kerjanya iaitu "Tugasan.docx" di "My Document". Oleh kerana tarikh ada dua hari lagi, dan tunggu untuk "print" saja, dia terus "blogging". Jack update blog dia install software baru yang dia download. Setelah siap install software tersebut, dia pergi bermain, makan dan tidur. Pada esoknya(9 March 2010)Jack hendak "copy" "Tugasan.docx" ke dalam pendrive-nya. Malangnya, komputer dia telah rosak. Mungkin akibat software tersebut. Dia tidak boleh masuk ke Windows XP-nya. Jack tidak berputus asa, dia cuba buka melalui "Safe Mode" tapi masih juga tidak boleh. Mungkin "system/Windows" Jack telah rosak dan perlu re-install Windows. Apabila Jack selesai re-install Windows, dia tidak menjumpai "Tugasan.docx" di "My Document". Re-install Windows will erase all work. LOL JACK. Cuma ada satu hari saja lagi untuk tarikh akhir submit assignment. Jack gagal menyiapkannya. :(
Penyelesaian
Dari Situasi 1:
1- Jangan "cut" file jika ianya tidak 100% selesai(sehingga anda submit)
2- Sila pastikan pendrive anda bebas daripada "virus" sebelum menyimpan file
3- Sila pastikan AntiVirus uptodate. Sila set-kan "automatic update"
Dari Situasi 2:
1- Jangan menyimpan file di "My Document". By default, "My Document" ialah di "Local Disk C" atau di lokasi sama dengan system
2- Sila simpan di "Local Disk D" atau di lokasi yang berbeza dengan system
3- Virus akan menyerang system. System berada di Local Disk C. "My Document juga berada di Local Disk C. Local Disk C akan menjadi rosak.
4- Jika re-install Windows, File masih lagi dapat dijumpai di "Local Disk D"
5- Jangan download software selain dari website release-nya. Dan JANGAN SESEKALI DOWNLOAD sotware yang di-host oleh individu tidak rasmi.
Namun, sekarang ini banyak software yang menyokong keselamatan file seperti backup dan restore. Biasanya jenis shareware/berbayar. Terpulanglah kepada anda dan saya tidak akan menceritakan mengenai mana-mana software sebegitu di sini.