hit counter Begin: 29.7.2010

06 August, 2010

My Internet Connection Speed (Streamyx)

Sekarang ini, banyak ISP(Internet Service Provider) yang bersaing hebat untuk memajukan produk/perkhidmatan mereka. Streamyx berkonsepkan wayar/cable telefon(DSL) untuk sambungan. Manakala broadband connection pula bercirikan "tanpa wayar". Contoh broadband connection yang popular di Malaysia ialah Celcom Broadband dan Maxis Broadband serta P1 Wimax.

Di post kali ini juga, saya ingin berkongsi information tentang kelebihan dan kekurangan yang di miliki oleh sesetiap ISP tersebut.

Broadband- Connection Slow(Cons)
Memang tidak dinafikan bahawa teknologi broadband ini perlahan serta selalu menghadapai masalah rangkaian/signal. Kalau laju pun waktu tengah-tengah malam(lebih kurang 12am-7am). Tak kan lah nak guna internet, kena online waktu itu saja :(
- Bandwith Limit (Cons)
Bandwith atau packets ialah satu alternatif ISP berkenaan untuk mengawal traffic. Broadband menetapkan bandwith limit berdasarkan pakej yang dilanggan oleh pengguna. Bandwith limit ini sangatlah menghampakan "kaki download" dan "pencandu internet".

Installation (Cons)
- Biasanya broadband datang dengan software/application khas yang perlu di install untuk menggunakan broadband tersebut. Application itu juga auto install driver untuk dipacukan pada USB(Universal Serial Bus). Kebanyakan pengguna Linux ramai berhadapan dengan masalah ini.

Mahal (Cons)
- Sekarang, Di Malaysia pakej langganan broadband masih terlalu mahal jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Dengan harga yang ditawarkan oleh provider, pengguna yang mampu juga berdepan dengan keraguan="kepuasan" kerana kadang-kadang pengguna juga akan berasa sangat tidak berbaloi. :(

Portable (Pros)
- Tidak dinafikan dan sememangnya broadband dicipta untuk "mudah alih". Dengan saiznya yang kecil membolehkan pengguna melayari internet dimana jua. Di bawah kelebihan ini juga, perkataan yang senang untuk menggambarkan kelebihan utama broadband ialah "Everywhere" atau "Anywhere" dan juga "Small Size".

Streamyx(DSL=Digital Subscriber Line)

Streamyx ialah penyedia internet yang telah lama dan lebih awal dari broadband. Streamyx juga merupakan evolusi ISP yang dahulu iaitu (Jaring). ISP yang based on Dial-Up connection. Kelebihan dan kekurangan streamyx ialah:

Murah (Pros)
- Memang tidak perlu dipertikaikan bahawa Streamyx ialah penyedia internet yang paling murah di Malaysia ini. Mungkin juga kerana ianya based on cable connection.

Unlimited Bandwith (Pros)
- Ya, Streamyx tidak menetapkan bandwith limit kepada pengguananya. Tidak seperti broadband, pungguna streamyx bebas untuk menggunakan connection tanpan had. Ini adalah pilihan utama bagi para "downloader"

Contract (Cons)
- Ramai pengguna tidak gemar dengan terma Streamyx ini. Paling kurang, kontrak dengan Streamyx ialah selama 2 tahun atau denda RM600 jika melanggar kontrak. Contohnya ingin menghentikan langganan Streamyx sebelum tempoh matang(2 tahun).

Cable (Cons)
- Bagi pengguna di IPTA/IPTS, ini merupakan masalah utama mereka kerana Streamyx based on cable connection. Konsep utama Streamyx Connection ialah line telefon rumah/pejabat dua hala(terima dan keluar panggilan). Contohnya di bilik asrama, tiada cable telefon. Jadi adalah mustahil untuk connect ke Streamyx. Kecuali Warden bagi pinjam dia punya cable.he3

Service (Cons)
- Ini mungkin semua orang dah kena. Adalah menjadi perkara biasa jika dalam keadaan masalah internet dan ingin bertindak dengan mendial 100. Mungkin juga ramai dah hafal iklan mereka di talian. Streamyx memang tidak bagus melayan pengguna mereka(berdasarkan pengalaman)

Tetap tapi Stabil (Cons & Pros)
- Ini kekurangan dan kelebihan yang masing-masing ada pada Streamyx. Streamyx tidak boleh di bawa ke hulu ke hilir kerana ianya CABLE. Tetapi connection dan mutu adalah sangat jauh berbanding dengan broadband.

LOL.. TERPESONG TAJUK POST!!!!

Ini screenshot yang saya sempat ambil ketika sedang download. Kelajuan ialah antara 0kb hingga 250kbs:

my internet speed(streamyx)

Saya tidak dapat/tidak akan menyatakan mana-mana pihak yang bagus kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang paling utama, ianya bergantung kepada user iaitu anda sendiri.hik3

9 comments:

Aliesha Kirana on July 16, 2010 at 9:51 PM said...

thanks 4 da info...heeheh... guna tenet ofis je.. wkaakaka

e_ja on July 16, 2010 at 9:56 PM said...

akak juga pilih streamyx bersama wifi router..so klau dlm blk air nk bertenet pun boleh..hehehehehe..;p

mak_ngoh_selamoh on July 16, 2010 at 10:00 PM said...

kalau di sandakan ni, tempat mak ngoh, broandband celcom ok jer dan laju lah jugak utk download. tetapi kalau di kg mak ngoh di kelate, sangat payah nak download dan guna broandband.

tetapi, mmg ada kadang2 broandband ni bermasalah dan langsung takleh guna dalam sela masa 3 - 6 jam.

walau macamana pun mak ngoh rasa dah berbaloi dengan kebolehannya mudah alih.

Harga klu leh kasi turun, bagus jugak... :)

velasrizal on July 16, 2010 at 10:21 PM said...

good info..keep it up..



Jersi Baru Arsenal Musim 2010/2011

zer0nymous on July 16, 2010 at 10:24 PM said...

Thank for the thanks..sy prefer streamyx(kat rumah) kat kolej(xder internet) brodband mahal dan tak berbaloi

fiz mr.beloved on August 6, 2010 at 4:47 AM said...

good info..sbnrnya ngah cri broadband yg tbaik nih..

zer0nymous on August 6, 2010 at 4:55 AM said...

sebnarnya, bleh dikatakan tidak ada broadband yg terbaik. alasan saya ialah kualiti signal/line

Unknown on August 7, 2010 at 1:58 AM said...

guna dekstop sesuailh ngn streamyx...tapi laptop better guna bb kan? sng dibawa...

zer0nymous on August 7, 2010 at 2:00 AM said...

ya, satu2 nya kelemhan streamyx yg utma ialah ianya tidak portable dan tidak everywhere

Post a Comment

 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.