hit counter Begin: 29.7.2010

04 August, 2010

Cara dual boot Windows dan Linux Ubuntu

Dual boot ialah laptop/pc yang mempunyai 2 Operating System(OS) dan user boleh memilih untuk menggunakan Windows atau Ubuntu.User boleh memilih OS yang mana ingin digunakan dengan memilih sahaja option yang keluar semasa booting.

Apa yang anda perlu ada atau sediakan ialah:
-Live cd Linux ubuntu(boleh dapatkan dengan cara download/request free)
-partition yang kosong sebanyak 10gb sahaja untuk Ubuntu
-partition yang kosong sebanyak 2gb swap space

Disini detailnya mengenai partition2 tersebut:
-10gb untuk segala file yang Ubuntu perlukan
-2gb untuk swap iaitu yang berfungsi seperti RAM jika keadaan sistem anda memerlukan memory tambahan.

Pastikan anda backup semua file2 penting anda sebelum memulakan proses ini dan saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau kegagalan sistem untuk berfungsi.

Kepada yang telah menggunakan Windows,anda boleh menggunakan software seperti Partition Magic untuk membuat partition baru untuk membenarkan Ubuntu di install di dalamnya.Jika ia menanyakan jenis file system,anda biarkannya sahaja kosong atau tanpa memilih apa2 file system.Partition baru anda itu tadi,silalah anda set untuk menggunakan 10gb free space untuk Ubuntu dan 2gb untuk swap.

Kemudian,anda masukkan live cd Ubuntu ke dalam CD/DVD-ROM anda dan restart system anda untuk boot live cd Ubuntu tersebut.

Pada normalnya sistem anda akan detect untuk boot dari cd yang anda masukkan tadi tetapi jika system anda tidak memberitahu apa2 dan terus boot ke Windows(seperti biasa) jadi,anda perlu settiing BIOS anda terlebih dahulu.

Untuk setting ke BIOS,waktu boot,sila tekan F2 atau Delete(bergantung kepada sistem) dan sistem akan membawa anda ke paparan BIOS system anda.Pada tab boot,pastikan first boot nya ialah dari CD/DVD-ROM dengan menekan F5/F6 untuk meletakkannya ke atas atau ke bawah.

Seterusnya anda save settingan tadi dengan menekan F10 untuk save dan keluar dan sistem anda akan restart semula secara automatik.Pada kali ini,sistem anda akan men-detect cd yang anda masukkan tadi.Secara automatiknya sistem akan mula boot dari live cd Ubuntu.

Skrin anda akan mamaparkan beberapa option yang boleh anda pilih dan anda pilihlah "Install Ubuntu"(option yang paling atas).

Seterusnya anda next dan lengkapkan sahaja maklumat yang diperlukan seperti lokasi anda dan jam atau sebagainya.Sila ambil perhatian tentang username dan password yang anda isikan itu sampailah ke option untuk memilih/setting partition.Disini amat penting dan harus diingat bahawa kesilapan anda mungkin akan menyebabkan sistem anda tidak boleh beroperasi seperti biasa.

Pada skrin untuk memilih partition itu,anda pilih manual setting iaitu option yang membenarkan kita men-set sendiri partition kita.

Seterusnya anda boleh lihat partition2 yang ada pada sistem anda.Terus anda tengok pada partition 10gb yang anda buat tadi.Pilih partition itu dan edit serta tandakan untuk format partition tersebut,set-kan file sistemnya kepada EXT3 dan mount pointnya kepada "/"(tanpa tanda ") dan tekan ok.

Disini detailnya tentang partition 10gb anda itu:
-file system=ext3
-tandakan pada kotak "format"(untuk kosongkan partition itu)
-mount point= "/" (tanpa tanda ")

Pilih pula partition kosong yang saiznya 2gb yang telah anda buat tadi dan tekan edit.Tandakan format dan set-kan file sistemnya kepada "swap" (tanpa tanda ") dan tekan ok.

Disini detailnya tentang partition 2gb anda itu:
-file system=swap
-tandakan pada kotak "format"(untuk kosongkan partition itu)

Selepas itu,tekan next untuk langkah seterusnya dan isi sahaja apa yang perlu dan start install Ubuntu.

Setelah selesai men-install Ubuntu,anda mempunyai pilihan untuk menggunakan Windows atau Ubuntu.Pilih OS yang anda mahu dan tekan Enter.

Login menggunakan username dan password yang anda isikan semasa men-install Ubuntu sebelum itu tadi dan Selamat Datang ke Linux Ubuntu!!!

Info yang mugkin penting dan membantu.SILA BACA:

-jika sistem anda mempunyai SATA mode,sila pilih untuk menggunakan IDE.
-Dual boot tidak mempunyai side effect yang mungkin merosakkan sistem anda.
-Dual boot lebih bagus dari Virtual boot
-Cara install begini lebih bagus dari men-install Ubuntu menggunakan "Wubi Installer"
-Pada defaultnya,Ubuntu anda menyediakan GNOME sebagai default desktop environment


InternetPeers.blogspot.com
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.