hit counter Begin: 29.7.2010

06 August, 2010

Cara Publish Post Dengan Betul

Di sini ingin berkongsi cara blogging dengan betul dan mengikut etika yang sebenar. Post ini juga untuk mengingatkan diri saya sendiri juga. Jika anda sudaah mula salah faham tentang niat saya, jangan teruskan membaca post ini. Sila teruskan membaca jika anda ingin sikit-sikit ilmu yang saya ingin kongsikan.

1- Pemilihan Tajuk
Tajuk post anda memang penting kerana ia merupakan point kedua yang google fokuskan. Pertama ialah blog address. Kita memang tidak boleh mempunyai blog address yang berubah-ubah tetapi boleh jika tajuk post(post title). Ini boleh dilakukan dengan meng-setting meta tag di layout blog kita. Tajuk post mestilah tepat dengan content post tersebut dan jangan terpesong. Ramai blogger yang meletakkan tajuk post yang hebat-hebat untuk mendapatkan traffic. Jika tajuk tersebut hanyalah khabar angin, pengunjung blog anda akan kecewa dan tidak akan percaya lagi kepada hasil tulisan anda seterusnya tidak mahu lagi berkunjung ke blog anda. Anda juga akan di-blacklist oleh blogger yang lain.

2- Jangan Spam
Google paling tidak suka kapada blogger yang membuat spam. Selepas anda meng-publish post anda, jangan anda hanya berfikir bahawa post anda itu bukannya spam. Google mempunyai criteria yang khusus untuk men-detect spam. Anda memang perlu promote blog atau post anda dengan gempak tapi perlulah sentiasa berhati-hati. Jangan meninggalkan alamat blog anda di ruangan yang salah dan sila pastikan anda mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.

3- Ketahui Target Audience
Setiap post yang anda publish, sila pastikan anda ketahui golongan mana yang akan melihat dan membacanya. Contohnya anda menyasarkan target audience dari golongan pelajar. Post yang baik bagi pelajar ialah mengenai pendidikan, motivasi diri dan sebagainya. Paling penting, kategorikan post anda di label yang betul. Jangan melabel dengan sesuka hati kerana ini mungkin menyukarkan pelawat anda untuk mecari post tersebut.

4- Etika meninggalkan Comment
Anda memang mempunyai hak untuk meninggalkan comment do blog atau web orang lain tetapi mestilah mengikut etika yang telah dibuat. Sila baca dahulu "term of uses" atau "perhatian" atau lain-lain perkataan yang bertujuan untuk para blogger mengikut arahan tuan punya web atau blog tersebut. Ada juga blog yang tidak mahu anda meninggalkan address blog anda di ruangan comment atau "backlink". Sila pastikan anda meninggalkan comment dengan bijak. Contohnya anda membaca post yang bertajuk "cara blogging" di blog orang lain. Jangan anda cuma comment dengan "Thank You.This is my blog address=http://bla..bla.com/". Contoh comment yang bagus ialah "Thank You for sharing this information. But I have different opinion. You can see here=http://bla..bla.com/".

5- Menghormati Karya Orang Lain
Jika anda tidak menghormati orang lain, jangan anda berharap orang lain akan menghormati anda. Sial pastikan anda tidak men-duplicate post orang lain. Google mahukan yang original. Jika anda menggunakan google, ikutlah kemahuan google ini. Memang mencabar untuk membuat post baru dan semestinya kita tahu bahawa internet hampir mempunyai semua benda. Tetapi biarlah lain-dari yang lain dan "be unique". Jika ingin meng-publish post yang sama, baca dahulu keseluruhan post orang lain tersebut dan buat ayat sendiri.

Sekali lagi sya ingin memberitahu bahawa post ini juga untuk mengingatkan diri saya. Saya juga adalah blogger yang baru seperti anda. Jika anda mempunyai idea yang lain, sila tinggalkan comment untuk berkongsi info. Sharing is Caring

6 comments:

Nas on July 29, 2010 at 7:23 AM said...

nice info..akan dipraktikkan...kadang2 benci gak kalo ade org comment xmembina...cth:
1.thx for info
2.best nih..
3.jom ke blog saya.. http://blalalaallalal...
4.dsb...huhu

jom bace entri terbaru nas klik:

minum minuman segera tak elok

GreenLava on August 6, 2010 at 8:56 AM said...

Setuju dengan yang no.1.
Tajuk gimik, tak serupa content. Yang ni saya betul-betuk tak gemar.

X3N on August 6, 2010 at 12:16 PM said...

yang no 1 aq selalu terkena dengan ben ashaari.huh

zer0nymous on August 6, 2010 at 12:18 PM said...

jika terpesong pada tajuk blog, pengunjung akan merasakan diri mereka terkena/prank dan sekaligus tidak akan berkunjung lagi.

diraja22 on August 6, 2010 at 7:50 PM said...

selalu dimik tajuk mau lebih la..

jasonbob on November 30, 2019 at 12:22 AM said...

lebron 17
curry 5 shoes
nike off white
off white jordan 1
nike foamposite
hermes
coach outlet store
nike air max
supreme clothing
golden gooses sneakers
lebron 17
xiaofang20191130

Post a Comment

 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.