hit counter Begin: 29.7.2010

07 August, 2010

Kenapa Hacker Wujud

Jika anda pengguna komputer dan internet, perkataan "Hacker" mungkin tidak asing lagi bagi anda. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa wujudnya hacker??? Anda pernah kena hack dan anda menyalahkan hacker??? Adakah kerana perkataan "hack" & "hacker" ada kaitan???

Untuk ketahui apa dan siapa itu golongan hacker, sila ke <post title "Script Kiddies VS Hacker" & URL>. Anda connect ke internet dan sedang membaca post ini. Tidak kira dengan Streamyx atau Broadband, konsepnya anda tetap juga telah connect ke internet. Internet wujud kerana adanya hacker. Dan majunya juga internet kerana UNIX(Hacker Choice). Ya, kerana hacker ialah individu yang mahir dalam bidang komputer. Dengan adanya hacker, internet juga mempunyai HTTP Protocol. Anda melayari laman web facebook dengan menaip "Facebook" pada Google dengan menggunakan Google Search Engine. Terus anda klik hits(result) yang keluar untuk pergi ke laman web Facebook. Boleh anda nyatakan alamat(address) lama web Facebook. Ianya bermula dengan http://www.Facebook.*****. Anda boleh lihat perkataan http itu sebanyak mungkin. Ia wujud kerana adanya hacker.

Penerangan tentang kewujudan & kepentingan hacker dalam "role play"-nya

Anda perlu menaip password(kata laluan) selepas alamat email anda untuk login ke Facebook???
Ya, ianya mesti. LOL

Mengapa adanya password???
Password adalah salah satu cara untuk mengelakkan orang lain yang tanpa kebenaran tuan punya untuk melakukan login/access. Ini juga wujud kerana hacker.
-Contohnya anda boleh melakukan login ke Facebook dengan hanya memasukkan alamat email sahaja. Bermakna sesiapa yang tahu alamat email anda, maka mereka boleh login ke Facebook anda juga? Dan bermakna alamat email anda adalah rahsia?

UserA: Hey B, saya ingin menghantar email kepada anda. Apa alamat email anda?
UserB: Maaf A, alamat email saya adalah rahsia. Saya tidak mahu awak login akaun Facebook saya nanti.

<UserA menuju ke Pejabat Pos untuk membeli setem. LOL>

Kenapa pula password mesti mempunyai gabungan abjad dan nombor???
Kenapa "character" password mesti banyak???
Biasanya character(bilangan) password  melebihi 7(saya tidak tahu alasan tepat untuk tujuan ini) dan kenapa tidak cuma empat(4). Kalau empat senang sikit saya nak ingat. Password mesti ada abjad. Merumitkan sungguh!

UserB: Hey A, sekarang ini dah wujud password. Perlunya password untuk login ke Facebook.
UserA: Ya, Memang bagus wujudnya password. Sekarang boleh bagi tahu alamat email awak?
UserB: Ya, Saya tidak perlu bimbang lagi. Ini email saya myemail@yahoo.com
UserA: Terima Kasih B.

Password cuma nombor dan limit character adalah empat(0-9999)
<UserB melabelkan Brutus sebagai "my lovely tool">

Password mesti dari gabungan abjad dan nombor(a-z & 0-9)
<UserB melaung "SUSAHNYA!!!" dan meludah ke monitor apabila dia tidak berjaya "menembak" password akaun UserA>

Kenapa pula adanya login attempt limit???
Pernahkah anda tersilap menaip email atau password anda? Jika tersalah beberapa kali, anda perlu menaip paparan "gaptcha" untuk terus login? Ini kerana untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab cuba login ke akaun Facebook anda. Gaptcha bertujuan untuk memastikan anda adalah manusia yang hanya boleh memasukkan paparan itu secara manual.

<Emak UserB menghantar dia ke Hospital sakit jiwa selepas melihat anaknya(UserB)menekan keyboard saja sepanjang hari>

Terdapat banyak lagi service dan "benda baru" yang "dibangunkan" oleh orang yang mahir dengan komputer(salah satunya hacker). Security yang wujud hari ini(makin hebat) adalah idea yang dicetuskan oleh hacker melalui kemahiran exploit-nya. Hacker find holes, Security maintainer patch that holes. Macam polis dengan pencuri. Kalau dunia ini tiada pencuri, gila apa polis main kejar-kejar sama geng polis sendiri.

6 comments:

meowwmania on August 5, 2010 at 4:12 AM said...

thanks, nice info ;)

Unknown on August 5, 2010 at 4:13 AM said...

sedang belajar mnejadi hacker..heheh

zer0nymous on August 5, 2010 at 4:16 AM said...

ramai yang ingin menjadi hacker.
juga ramai hacker ingin jadi security maintainer

PEJUANG KESENIAN EXTREME on August 5, 2010 at 4:30 AM said...

betul2..aq sokong..kalau x de hacker..tak akan ada manusia di muka bumi ini yang akan sedar tentang kelemahan sistem yang mereka hasilkan..

A.I on August 7, 2010 at 3:26 AM said...

WOHHH AGAK KURANG PAHAM!
AKU JUST TAU ON PC, ON9.
ROSAK FOMAT! HAHAHA.

zer0nymous on August 7, 2010 at 3:30 AM said...

stiap kali format, storage biasanya akan hilang 1mb bg pendrive dan bg hdisk, ia lbih sikit..

try right klik kat pendrive dan format, tgok saiz dia..

Post a Comment

 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.