
Majalah Fortune telah menyenaraikan 50 perniagaan yang paling berjaya di seluruh Asia.Antara negara-negara yang tersenarai ialah Jepun,China,Korea Selatan,India dan Malaysia.Syarikat-syarikat dari Jepun berjaya memonopoli senarai ini.Toyota Motor,Jepun berada di tangga pertama dengan hasil pendapatan sebanyak AS$153,111 juta(RM581,821 juta).Syarikat tunggal Malaysia yang tersenarai ialah Petronas iaitu di tangga ke-33 dengan hasil pendapatan AS$25,661 juta(RM97,512 juta).