
Saya lihat beberapa perkataan dan gambar seorang pemain hoki ais lelaki. Pemain sedang tersebut memukul bola hoki. Nampak macam laju jer bola itu. Kalau kurang jelas, sila tengok gambar di bawah ini pula.

Dari gambar itu, saya nampak jelas huruf "G", "o" dan "e"(warna kuning). Bola hoki yang dipukul oleh pemain lelaki tersebut itu mungkin merujuk atau menggantikan huruf "o". Ok, saya anggap saja bola hoki itu ialah huruf "o". Seterusnya saya mulakan mengambil huruf dari gambar tersebut dengan turutan kiri ke kanan. Huruf yang saya dapat ialah "G","o","o","l","e" dan menjadi Goole. Saya tidak dapat menemui huruf "g" yang kedua untuk menjadikan Google. Ataupun mungkinkah selama ini saya telah tersilap eja Google itu sebenarnya ialah Goole. Sudah bertahun saya menggunakan Google sebagai search engine utama saya.
Sampai sekarang saya masih belum menemui huruf "g" ayng kedua dalam perkataan Google. Kepada sesiapa yang telah menemui huruf "g" tersebut, silalah comment dan beritahu saya di manakah huruf "g" tersebut berada.
4 comments:
hilang tanpa dapat dikesan =.=
agaknya dah terpukul sekali dengan bola hoki 2
g lagi satu dah larikan diri kot . saya pun tak nampak g tuh pergi mana .
radar xdpat kesan la..
Post a Comment