Jika anda di Debian based misalnya Ubuntu dan juga BackTrack (sejak BackTrack beralih ke Debian) anda boleh meng-install mocp dengan menaip:
sudo apt-get install moc
package-nya ialah moc kerana Music On Console. Masukkan password anda apabila diminta kerana ini berkenaan dengan sistem dan Linux tidak akan install atau mengusik apa-apa sistem anda tanpa kebenaran dari root.
Jika sudah selesai proses install-nya. buka Terminal(jika di Ubuntu) dengan cara tekan ALT(hold) + F2 dan menaip "gnome-terminal" dan jika di BackTrack, tekan ALT(hold) + F2 dan menaip "konsole". Dengan ini, system akan membuka console untuk anda.
Seterusnya sila taip "mocp" untuk run-kan Music On Console Player. Ya, package yang anda install(moc) dan untuk menggunakan moc, anda perlu menaip mocp kerana mocp itu barulah applikasi/application-nya.
Dengan run-kan mocp pada console tersebut, anda juga ada pilihan lain dan cara ini yang saya syorkan/prefer. Caranya ialah run mocp pada "Yakuake" iaitu Quake-style terminal emulator based on KDE Konsole technology. Jika di BackTrack, Yakuake adalah tersedia(built-in) jika di Ubuntu, anda perlulah install-nya terlebih dahulu.
Cara run Yakuake ialah dengan menekan ALT(hold) + F2 dan menaip "yakuake". Anda boleh membuka/mempamerkan Yakuake dengan cara menekan F12(default). Maka yakuake akan keluar dari atas. dan run-kan Mocp dengan menaip "mocp". Sila tengok screenshot dibawah:


Jika anda ingin "minimiz" Yakuake, anda boleh lakukan dengan menekan F12. Dan untuk mempamerkan kembali Yakuake, tekan F12 semula.
NOTE: F12 adalah shortcut untuk minimize dan show Yakuake