Kepada para blogger, screenshot merupakan salah satu kunci utama dalam kejayaan blogging. Screenshot bukan sahaja menyerlahkan kesempurnaan blog tapi juga sebagai kaedah yang berkesan untuk menerangkan sesuatu.
Contohnya anda hendak menulis post baru yang berkenaan/bertajuk "Cara Mendaftar Blog". Kepada para pengunjung yang masih tidak mempunyai blog mesti menghadapi masalah dengan hasil tulisan anda pada post tersebut kerana tanpa screenshot. Manakala, dengan screenshot, pengunjung mungkin akan lebih jelas dengan maklumat yang anda hendak sampaikan serta dapat menyokong penulisan anda.
Memang agak bosan jika membaca post yang panjang tanpa screenshot. Kefahaman yang diterima oleh pembaca juga mungkin akan kurang. Ini akan menjejaskan imej blog anda dan mungkin yang paling teruk. pengunjung tidak akan kembali lagi ke blog anda :(
Untuk mengatasi masalah ini, katakanlah anda ingin mengambil gambar(screenshot) muka depan blog anda. Terus anda membuka google dan menaip "Free Screenshot Maker" "Desktop Image Capture" dan sebagainya,..???
Itu bermakna anda menggunakan software sampingan yang merugikan masa untuk mencari dan mendownload software tersebut. Kena pula yang berbayar, terus tidak download :(
Microsoft Windows sememangnya telah mempunyai software yang anda inginkan itu. Ya, ianya dengan menggunakan Microsoft Paint. BUT WAIT!!! You cant find Microsoft Paint??? OMG, it SHOULD come together/built-in with Windows installation. Sila check semula. Mulakan dengan menekan button "Start". Atau dengan lebih senang dan cepat ialah dengan menekan button "Windows" + "R" atau "Start > Run"
Caranya sama-sama akan buka window run. Seterusnya anda taipkan "mspaint" tanpa tanda double quote. Apabila selesai membuka Microsoft Paint, Seterusnya langkah mengambil gambar/screenshot.
Perhatikan keyboard anda. Sila cari key "Print Screen Sys Rq". Jika keyboard, lazimnya terletak di atas key "Insert" atau selepas F12 atau paling atas(dekat arrow). Sila tekan key "Print Screen Sys Rq" satu kali(tidak akan berlaku apa-apa) dan pergi ke Microsoft Paint yang anda buka tadi dan tekan "CTRL + V" iaitu untuk paste screenshot anda tadi.
Screenshot akan di ambil sebaik saja anda menekan key "Print Screen Sys Rq". Ianya secara serta merta. Seterusnya, save gambar/image pada Microsoft Paint anda itu dan pilihlah format yang anda mahukan.
NOTE: Saya akan nyatakan ciri-ciri format image(JPEG/JPG dan PNG)(berdasarkan pengalaman)
1- JPEG/JPG
- Wide Support (Pros)
- Small size (Pros)
- low quality (Cons)
- Suit for Blogger
2- PNG
- Wide Support (Pros)
- Bigger size (Cons)
- Good quality (Pros)
- Suit for Blogger
Kedua-duanya terkenal di laman web dan bergantung kepada penggunaan anda. Jika mahukan speed atau mengurangkan loading time, saya prefer JPEG/JPG. Tapi jika anda mempunyai hosting yang bagus, ??? terpulanglah kepada anda.
04 August, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
boleh tambah sikit...kalau anda pengguna mac sila tekan cmd+shift+4 untuk screencapture yang boleh diresize ikut suka anda. Kalau nak screencapture full page tekan cmd+shift+3
Post a Comment