hit counter Begin: 29.7.2010

04 August, 2010

Cara Melindungi Startup Komputer Anda

Startup merupakan program yang akan dijalankan sebelum masuk ke environment komputer kita atau sebelum masuk ke Windows. Startup juga merupakan program yang penting kepada komputer. Saya tidak akan bercerita panjang apa itu startup kerana ia mungkin terpesong dengan tajuk post ini. Anda boleh search di Wikipedia saja tentangnya.

NOTE: Saya cuma meng-aplikasikan cara ini cuma di Windows XP. Perubahan mungkin berlaku di Windows yang lain.

Anda boleh melihat program yang dijalankan di startup pada komputer anda dengan menaip "msconfig" pada Run(Windows + R). Anda boleh tengok screenshot di bawah sebagai panduan. Atau yang ringkasnya ialah Start > Run > msconfig > Startup.

Windows_Run

msconfig_1

msconfig_2

Sekarang anda boleh lihat program yang run di startup pada komputer anda. Jika semakin banyak entries yang ditanda, maka semakin lambat komputer untuk masuk ke Windows. Anda boleh "uncheck" program mana yang anda kira tidak penting. Yang paling penting ialah anvirus anda. Jika anda tidak "check" antivirus anda, maka anda perlu run antivirus tersebut dengan manul setiap kali anda membuka komputer.

Namun msconfig hanyalah tool yang basic pada Windows. Anda boleh mencuba software yang free sebagai tambahan untuk keselamatan dan kemudahan anda. Nama software tersebut ialah Startup Guard(check website). Sila tengok screenshot di bawah ini.

Startup_Guard

Software ini lebih senang untuk digunakan dan ditambah pula dengan interface yang menarik. Feature tambahan yang ada pada Startup Guard ialah "Blacklist" iaitu anda boleh men-blacklist mana-mana program yang run pada startup. Startup Guard akan menanyakan soalan kepada anda mengenai tindakan yang anda mahu ambil terhadap program startup yang baru atau yang belum ada dalam rekod startup komputer anda. Saya amat men-syorkan software ini kepada anda kerana ianya free dan berfungsi sebagai langkah keselamatan awal kepada komputer anda.

2 comments:

Ken Wooi on February 27, 2010 at 9:11 PM said...

always to that on my windows comp =)

kenwooi.com

Sky8Men on July 28, 2010 at 6:35 PM said...

nice sharing =)

sky8men.blogspot.com

Post a Comment

 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.