hit counter Begin: 29.7.2010

04 August, 2010

Untuk Keselamatan Blog Anda

Saya sekarang ini tinggal di hostel dan menggunakan Wifi untuk connect ke internet. Kat rumah saya sudah tiada internet lagi kerana menanggung hutang dengan streamyx hampir RM1500. Saya tidak akan menyatakan sebabnya di post ini. Saya cuma ingin berkongsi dengan semua para blogger terutamanya rakan-rakan blogger di GengBlogger supaya anda semua berhati-hati ketika blogging.

Jenayah cyber memang hebat dan canggih. Mungkin anda semua tahu mengenai keylogger. Kepada yang sudah master dengan ilmu komputer, jangan menyalahkan saya menyatakan perkara remeh ini kerana saya hanya ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang belum mengetahuinya lagi.

Keylogger ialah software yang dicipta khusus untuk tujuan security sebenarnya. Salah satu punca timbulnya software ini ialah kerana ibu bapa atau pengurus syarikat berhadapan dengan penyalah gunaan komputer. Contohnya anak-anak kerap membuka laman web pornography. Pekerja syarikat pula selalu melayari dan meghabiskan masa di laman web sosial seperti facebook, myspace dan sebagainya.

Sebagai langkah atau cara untuk mengetahui apa yang dilakukan atau digunakan oleh anak-anak dan pekerja syarikat ialah dengan memasang keylogger. Keylogger dapat merekod apa sahaja yang ditaip oleh pengguna komputer tersebut. Sejarah awalnya, keylogger ini amat kuno iaitu ianya aktif/on dengan hanya melihat iconnya pada toolbar. Jadi anak-anak dan pekerja dapat tahu bahawa keylogger telah dipasang di komputer tersebut dan mematikan/quit program tersebut.

Perkembangan kedua ialah iconnya tetap wujud/tampil di toolbar tetapi memerlukan password untuk mematikan program tersebut. Ini bertujuan untuk memberi right access hanya kepada pemasang keylogger sahaja. Tetapi kaedah ini tidak begitu berkesan kerana pengguna komputer yang dapat melihat icon tersebut akan berhati-hati untuk mengelak dari perkataan yang ditaip di keyboard itu direkod.

Perkembangan ketiga ialah tiada lagi icon pada toolbar dan memerlukan password untuk mematikan program tesebut. Cara ini berkesan agak lama tetapi masih lagi tidak memenuhi kehendak ibu bapa dan pihak pengurusan syarikat. Jadi wujudlah perkembangan seterusnya.

Melalui pengalaman, programmer/software developer telah mencipta keylogger yang sepenuhnya hidden dan protected. Ianya tidak dapat dilihat lagi iconnya di toolbar mahupun pada task manager di tab process. Cara installnya pun dipertingkatkan iaitu dengan kemampuan install remotely. Pada tahap ini, pengguna komputer tidak akan perasan bahawa komputer tersebut telah dipasang dengan program keylogger. Tiada perkataan yang akan tertinggal atau tidak dapat di-capture oleh keylogger.

Namun sekarang keylogger disalah gunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting dan private dari orang lain. Sebagai contoh lelaki A telah menggunakan salah sebuah komputer di cyber cafe berhampiran rumahnya. Pemilik cyber cafe tersebut telah melanggar etika ber-internet dengan memasang keylogger di komputer tersebut. Setelah lelaki A melakukan login ke blognya atau laman web sosialnya, keylogger terus merekod apa yang ditaip oleh lelaki A. Setelah lelaki A meninggalkan cyber cafe tersebut, tuan cyber cafe tersebut melihat log keyloggernya yang mengandungi maklumat tentang apa yang lelaki A telah masukkan. Lelaki A sekaligus tidak menyangka dan tidak mengetahui hal ini sehinggalah akaunnya telah di deface(diubah dari bentuk asal).

Sekarang ini telah wujud banyak feature baru mengenai keylogger seperti kemampuan mengambil screenshot. Contoh salah satu program yang bertindak sama dengan keylogger ialah "web watcher". Diharap rakan-rakan semua lebih berhati-hati dan sedar tentang risiko yang anda ambil jika ber-internet menggunakan komputer orang lain.
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.