Saya telah mula menulis blog ini[internetpeers] pada 10.5.2009 juga tarikh yang sama saya mendaftarkan internetpeers di blogspot. Saya juga mempunyai blog lain yang tidak di-update lagi kerana ketiadaan masa yang cukup untuk meng-update semua.
Saya mula join GengBlogger hampir sejak sebulan lepas. Sebelum ini saya tidak pernah dengar atau tahu pun pasal GengBlogger. Setelah join Gengblogger, barulah saya tahu yang GengBlogger ialah web yang paling bagus(setakat ini) untuk para blogger terutamanya untuk para blogger Malaysia.
Di bawah ialah screenshot web GengBlogger.com untuk di perhatikan.
Screenshot di atas ialah gambar web GengBlogger.com. Sekarang ini, GengBlogger memerlukan registration dengan akan Facebook. Jika anda belum mempunyai akan Facebook, bolehlah membuat registration di sini.
Screenshot di atas ialah menunjukkan salah satu perkhidmatan yang disediakan khas untuk para blogger. Para blogger bolehlah berkongsi idea dan discuss perkara yang berkaitan. GengBlogger telah membuka banyak kategori untuk di post di sana.
Screenshot diatas pula menunjukkan ruangan chat untuk para blogger. Chat box tersebut begitu aktif dan menjadi tempat sembang para blogger yang telah berdaftar dengan GengBlogger.
GengBlogger juga sentiasa memantau aktiviti para blogger yang berdaftar di laman web mereka. GengBlogger akan memaparkan blogger-blogger yang popular dalam setiap bulan. Pada 28.2.2010, tengoklah blogger mana yang paling popular bulan itu(walaupun saya belum pernah popular dalam mana-mana bulan).
GengBlogger juga menganjuarkan aktivit khas untuk disertai oleh member-membernya seperti "pertandingan favicon". Pertandingan ini sekaligus menyerlahkan lagi bakat yang ada dalam diri blogger seterusnya mendapat tempat di GengBlogger.com. Hadiah setiap pertandingan amat lumayan mengikut pertandingan yang dianjurkan. Tengok screenshot di bawah ini. Salah satu ruangan khas kepada pemenang dalam pertandingan di GengBlogger.com.
27 February, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
it's a cool place.. but i dont like linking my fb account to other sites.. =)
kenwooi.com
it is ok for your security reason
Post a Comment