Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat blog sebagai tanda kebenaran.Pandangan ini seharusnya disokong sepenuhnya kerana blog juga merupakan penyampai pandangan dan rintihan penduduk negara Malaysia.Apabila difikir tentang tahap kebenarannya,haruslah kita lihat pula penyalahgunaan telefon bimbit.Teknologi sememangnya tiada dasar tetap dalam menentukan baik dan buruknya sesuatu.Misalnya blog yang menyediakan artikel-artikel yang membantu semua golongan untuk terus mendapatkan ilmu pengetahuan dan isu-isu semasa.Blog juga merupakan penyampai khas daripada penduduk negara Malaysia kepada kerajaan melalui hasil tulisan yang menyatakan pandangan dan kritikan membina.Disebalik kebaikan blog,tetap digeruni bahawa blog merupakan medium penyebaran sesuatu maklumat.Keadaan ini memberi ancaman kepada syarikat,kakitangan dan sesetengah individu.Penebaran fitnah,gosip dan kata-kata liar(menyakitkan) sebenarnya cepat tersebar kerana kemudahan mengakses internet di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.Kesimpulannya,blog tidak patut dipandang serong sepenuhnya dan tidak boleh juga dipercayai 100%.Ini bergantung kepada pengguna kemudahan dan teknologi tersebut dalam memanfaatkannya.
04 August, 2010
Tun Dr. Mahathir Mohamad sokong blog
2010-08-04T22:37:00-07:00
zer0nymous
Informations|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)