Akhirnya kerajaan sedar dan berpaling kepada masalah warga Malaysia berikutan membuat pinjaman dengan ah long.Kerajaan yang kini sedang mengkaji kemungkinan untuk mewujudkan skim pinjaman khas kepada warga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.Perhatian ini mungkin sebagai langkah pertama yang diambil oleh pihak kerajaan ekoran oleh penduduk Malaysia yang ramai merungut dengan penyukaran membuat pinjaman bank.Bagi warga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap juga mempunyai masalah dalam mencari penjamin untuk meluluskan sesuatu pinjaman.Namun ini mungkin juga sukar dicapai sekiranya peminjam tidak menjelaskan pinjaman kerana kerajaan sebolehnya ingin peminjam membayar balik pinjaman tanpa sebarang paksaan seperti amaran mahkamah dan sebagainya.Pinjaman khas ini mungkin secara langsungnya membantu warga Malaysia yang ingin membuka perniagaan sendiri,sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.Pinjaman khas ini juga sememangnya sebagai persediaan awal negara Malaysia dalam menghadapi masalah pengangguran dan gejala sosial yang tidak sihat warga Malaysia terutamanya kepada golongan remaja.
04 August, 2010
Skim pinjaman khas oleh Malaysia
2010-08-04T22:38:00-07:00
zer0nymous
Informations|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)