hit counter Begin: 29.7.2010

07 August, 2010

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM

Aku sangat suka tengok cerita hantu dan cerita-cerita seram. Yang paling aku suka, cerita seram dari Thailand/Siam yang nampak macam betul-betul real. Tapi sebenarnya aku seorang penakut. Walapun aku penakut, aku tetap juga tengok cerita sampai habis. LEpas tu, mula lah terbayangkan apa yang aku tengok dari cerita(terbawa-bawa).

Sejak tingkatan satu, aku tinggal di asrama. Sekolah menengah aku jauh sangat dari rumah. Untuk penjimatan ekonomi, aku dipaksa oleh keluarga untuk tinggal di asrama. Aku jarang la balik ke rumah. Aku boleh balik setiap 2 minggu. Itu pun selama dua hari jer..

Ada satu minggu tu aku balik rumah. Sebab balik jarang-jarang kat tumah, parent aku tak kisah sangat la kalau aku balik lewat ke rumah. Lagipun aku bukan pergi lepak jauh-jauh sangat pun. Kunci rumah memang dah spare kat dalam dompet aku.

Lepas lama lepak kat wakaf jauh dari rumah orang, kawan-kawan aku sume dah nak balik. Jarum jam masa tu hampir-hampir tepat kena nombor 4. Aku keluar dengan motor jer..kawan-kawan aku ada yang keluar dengan kereta. Dalam perjalanan aku menuju ke rumah, aku jumpa kawan aku(nama Akim). Dia jalan kaki  jer. Aku pun pergi kat dia dan tanya mana dia nak pergi. Dia kata nak balik rumah. Aku tahu jalan ke rumahnya sebab masa kecik-kecik dulu kerap juga aku lepak dengan dia dan abang dia tu..

Aku pun tumpangkan dia naik motor aku tu. Dalam perjalanan, dia banyak tanya aku pasal pelajaran dan keadaan aku kat asrama. Aku cakap la kat dia yang aku okay jer. Pastu dia tanya pasal kawan-kawan aku. Aku cakap semua baik-baik saja dan aku kaitkan dengan cerita seram yang kawan aku cerita kat wakaf tadi. Dia tegur aku jangan bualkan waktu-waktu begini. Dia memang kawan aku yang berani.

Lepas aku pergi hantar Akim kat rumah dia, aku pun menuju ke rumah aku. Nak balik ke rumah dah ni.. Bukan nak tido tapi nak online kejap sambil cari-cari info. Sampai kat rumah, aku terus pergi ke meja komputer aku. Biskut dan kacang memang banyak masa tu dan aku tak perlu pergi ke dapur malam untuk makan. Cuma makan apa yang ada kat meja. Lagipun aku takut nak pergi ke dapur sorang-sorang. Ahli rumah aku semua dah tidur masa tu..

Tengah aku online tu, tingkap rumah aku diketuk. Aku mula dah rasa takut. Siapa la main ketuk-ketuk tingkap pulak masa-masa begini. Aku buat tak tahu jer. Masa tu aku memang kecut perut dah. Belum lagi tengok siapa yang ketuk. Bunyi orang ketuk tingkap bilik aku tu makin lama makin kuat. Aku rasa macam tak nak berhenti jer. Aku beranikan diri pergi kat tingkap. Kali pertama dalam hidup aku wat benda berani gitu.

Aku pergi buka tngkap dan tengok Akim yang datang ke rumah aku. Fuhh.. lega aku. Aku marah kat dia sebab wat aku rasa takut jer.. Dia datang rumah aku sebab nak suruh aku hantar dia kat rumah kawannya yang terletak kat sebelah kampung aku. Sebab Akim ni tak ada motor nak pergi. Dia cakap dia tak jumpa kunci motor. Dia tak tahu mana ayah dia simpan kunci motor yang satu tu..

Aku berat hati juga nak pergi tapi sebab kawan, aku terpaksa la tolong jugak. Aku keluar rumah dan hidupkan enjin motor. Aku tunggang motor tu menuju ke kampung sebelah. Jauh juga tempat yang kami nak pergi tu. Lebih kurang 10 kilometer. Aku memang tahu yang dalam perjalanan tu, mesti lalu kat kubur. Tapi apa yang nak ditakutkan sebab Akim ada. Kalau sorang-sorang, mesti lah aku takut.

Aku tak tahu la keajaiban atau kebetulan, motor aku buat hal lepas jer lalu kat kubur. Aku check minyak motor aku. Dah kering. Aku memang tertekan dah masa tu. Tak syak lagi, adik aku tak isi minyak motor. Memang aku rasa marah. Aku tanya Akim. Macam mana nak pergi sebab motor dah tak boleh gerak. Dia cakap, tak pe la.. Dia bagi cadangan untuk tolak jer motor tu sampai kat rumah kawan dia tu. Lagipun tempat nak tuju tu tak jauh jugak pun.. Aku pun tolak la motor tu. Aku pegang "handle" motor tu dan Akim tolak dari belakang.

Tengah aku tolak motor tu, aku terdengar bunyi motor dari belakang aku. Aku tengok ada 3 buah motosikal datang kat aku. Aku tengok betul-betul, rupanya ayah Akim dan 5 orang kampung aku datang bersama. Lega aku.. Dapat lah dorang tolong aku bagi minyak motor sikit. Gitu la yang aku pikir.

Aku berhenti tolak moto. Ayah Akim datang kat aku dan tanya aku mana aku nak pergi. Aku cakap la nak pergi rumah kawan Akim. Ayah Akim diam jer masa tu. Dia suruh aku balik rumah dan tidur. Dia takut parent aku marah. Dorang bagi minyak moto kat aku, aku pun balik la kat rumah. Badan aku sejuk sangat masa tu. Maklum lah naik motor dekat pukul 5 pagi..

Esoknya ayah Akim datang kat rumah aku bersama ustaz. Aku tak tahu la sebabnya. Aku ingat mungkin dorang nak jumpa ayah aku atas hal-hal kerja atau apa-apa.. Aku jemput ayah Akim dan ustax tu naik ke rumah dulu dan duduk kat kerusi kat ruang tamu rumah aku.

Ayah Akim tanya aku pasal hal semalam. Aku cakap kat dia, tak perlu bimbang sebab parent aku tak marah pun pasal semalam. Dalam kepala aku, aku fikir mungkin ayah Akim rasa bersalah sebab Akim yang ajak aku keluar tengah-tengah malam. Ustaz tanya aku macam mana keadaan aku. Aku cakap aku OK jer tapi badan lemah macam nak demam.

Ayah Akim suruh aku bertenang dan dia mula ceritanya pasal semalam.....

Ayah Akim tersedar dari tidur sebab bunyi motor aku. Ayah akim pergi ajak kawan-kawan dia untuk siasat aku. Dia syak aku nak pecah rumahnya. Terkejut aku ayah Akim fikir begitu kat aku tapi salah aku jugak pergi rumah orang pukul 4 pagi. Ayah Akim tanya aku apa aku buat kat depan rumah dia pada pukul 4 pagi. Aku cakap la kat dia, aku pergi hantar Akim.

Ayah Akim dan ustaz diam jer dengar aku cerita dan aku terus bagitau apa yang berlaku semalam..

Ustaz bagitahu kat aku yang Akim dah tiada. Akim meninggal dunia sebab kemalangan. Dia dirempuh kereta dari belakang. Akim adalah mangsa laggar lari. Aku tak percaya tapi tak kan ustaz nak tipu aku. Ustaz tu juga cakap dia la yang mandikan dan  sembahyang mayat Akim.

Aku rasa memang aku dah demam masa tu....
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.