hit counter Begin: 29.7.2010

29 May, 2011

Download Youtube Video In BT5

Requirement: axel downloader, Flashgot Firefox Adds On
Set-kan flashgot menggunakan axel sebagai download manager
Di Youtube,stream video dan select quality video(contoh 720p)

Right clik dan pilih "FlashGot Media" pastikan ada nombor(video) jika tiada,sila refresh page
Read rest of entry

Best Media/Video Player On BT5 Gnome

Saya syorkan SMPlayer untuk memainkan file jenis video. Interface nye pun juga OK.
Solving: apt-get install smplayer
Read rest of entry

[SOLVED] Yahoo! Mail On Pidgin [BT5 Gnome]

Klau guna Ymail untuk di pidgin then ada masalah untuk connect ke server,try:
Solving: guna Yahoo ID sahaja tanpa @yahoo.com/ymail.com dan sebagainya
Contoh: "idyahoosaya" di form Username dan isi password anda di form Password. Di form username mestilah tanpa @******
Read rest of entry

[SOLVED] PrintScreen on BT5 Gnome

Bila tekan button "PrtSc SysRq" xleh capture/snap desktop dan kluar error mengenai directory.
Solving: "apt-get install gnome-utils"
Read rest of entry

14 November, 2010

INTERNETPEERS IS NO LONGER UPDATED

Thanks you for visiting InternetPeers but im no longer updating this blog because already move to www.gcores.com(currently in development process).

What im planning is to move article/post(from this blog) to www.gcores.com.

Thanks you again for visit and sorry about this problem. This blog is NOT CLOSE but WILL NOT UPDATED

If you have a question or opinion, please you can contact me on:

1- zer0nymous@yahoo.com=Yahoo messenger
2- Qu4R0w@gmail.com=for mailing

THANKS YOU!
Read rest of entry

19 August, 2010

IP Got 50 Followers Already!

Firstly, saya sangat berterima kasih kepada semua follower blog saya ini. Blog saya iaitu InternetPeers(IP) telah mendapat 50 orang pengikut. Buat pengetahuan anda, blog saya ini telah secara rasminya berdaftar dengan Blogger pada hari Ahad 10.5.2009.

IP 50 followers

Sekali lagi terima kasih kerana "follow" blog saya.. Sila tinggalkan pesanan melalui email dan comment agar saya dapat memperbaikkan lagi blog ini. Terima kasih. 1 Malaysia!!!
Read rest of entry

Script Kiddies VS Hacker[MUST READ]

Saya cuma ingin menyatakan pandangan saya yang berdasarkan pengalaman membaca article-article dan post-post yang "bertaburan" di Google melalui pelbagai sumber. INI CUMA PANDANGAN SELEPAS PENGALAMAN MEMBACA SAYA. TIDAK BERMAKSUD SAMA SEKALI UNTUK MENYATAKAN POST SAYA INI 100% TEPAT DENGAN YANG SEBENARNYA.

NOTE: Jika anda mula salah faham, jangan teruskan membaca post ini. Tetapi jika anda faham situasi saya, sila teruskan...

Sekarang, dunia komputer yang meluas ini telah membahagikan individu/golongan pengguna komputer secara beberapa golongan/level untuk dibezakan. Saya cuma ingin menyatakan mengenai Script-Kiddies dan Hacker secara basic sahaja. Dari golongan tersebut, terbahagi pula kepada beberapa golongan. Saya tidak akan pergi secara lebih detail. Anda boleh gunakan Google untuk meneruskannya...

Script-Kiddies
1- Level Kedua selepas Newbie
2- Tidak mempunyai asas dalam ilmu komputer
3- Etika yang kabur
4- Ada kalanya tidak berpegang kepada etika
5- Tidak tahu untuk coding/menulis bahasa program
6- Bergantung kepada orang lain(biasanya Hacker)
7- Tidak mengeluarkan script/program sendiri
8- Mereka berjinak-jinak dengan bahasa program(tidak mahir)

Contoh perbualan Script-Kiddies(SK) dengan Operator(OP) di salah sebuah room IRC:

SK: Hello Operator
OP: Hello. Kamu ada masalah dengan room ini?
SK: Tidak. Tapi kamu akan mendapat masalah kerana saya akan hack room ini.
OP: =_="

<SK telah di "banned" oleh Operator>

Hacker
1- Minat yang kuat untuk belajar
2- Tidak pernah jemu untuk terus belajar
3- Ingin bebas daripada kekangan(limit)
4- Sukakan "freeware"
5- Mahir dengan bahasa program(master)
6- Menulis script/program sendiri
7- Share source code di forum
8- Bermatlamatkan Open Source


Di internet, ada banyak lagi info-info mengenai hal yang saya nyatakan di sini. Dan apa yang saya nyatakan berkemungkinan adalah salah sedikit atau mugkin juga seluruhnya..
Read rest of entry

Teknik Blogging [MUST READ]

Sekarang ini, semua orang ada blog atau laman web. Blog memang familiar dengan Blogspot kerana Blogspot senang digunakan berbanding Weordpress. Tapi bagi yang advance, mana-mana provider pun tidak kisah. Sebab itu ramai juga yang memilih Wordpress dan Wordpress tetap famous.

Teknik blogging yang ingin saya nyatakan di sini ialah:

1- Ketahui tujuan anda
Sebelum Sign-Up blog, sila pastikan apakah tujuan anda untuk blogging. Adakah kerana duit? Adakah kerana anda kagum dengan article-article dan post pada laman web yang menyatakan blogging dapat menjana wang secara mudah dan lumayan? Adakah pula anda blogging hanya kerana ingin mengisi masa lapang? Mana-mana alasan, anda yang tentukan dan bergantung kepada anda.

2- Kepada yang "Income Based"
Kepada blogger yang sangat mengutamakan pendapatan dari hasil blogging, perlulah anda ketahui bahawa untuk menjana wang secara blogging ini bukan senang. Bagi yang pemula, perlulah anda ketahui tentang CPC, PPC, CPV dan banyak lagi. Dengan kefahaman ini, anda mungkin akan lebih jelas tentang bagaimana cara anda menjana pendapatan. Perlu anda ingat bahawa search engine memerlukan sesuatu yang asli dan unik. Tidak mungkin blogger itu dapat income RM500 sebulan dengan hanya post yang di-duplicate serta bilangan post yang cuma seratus lebih. Ingat, kunci kejayaan bagi blogger jenis ini ialah "network" atau "social"

3- Kepada "Blogging adalah hobi saya"
Blogger style begini sangat bagus kerana tidak mementingkan wang. Tetapi tidak bermakna wang itu 100% tidak perlu(dunia memang perlukan wang).LOL. Kepada blogger jenis ini biasanya mereka tidak jemu menulis post dan mengeluarkan idea serta maklumat-maklumat baru di internet. Setelah publish post secara banyak dan asli, barulah pendapatan akan datang.

4- Tentukan masa untuk blogging
Ramai blogger mengahadapi masalah ini. Memang betul kerana seseorang itu tidak mungkin sama aktiviti hariannya. Contohnya kepada yang bekerja dan pelajar. Bagi seorang pelajar, mereka mempunyai masa yang terhad untuk blogging. Bagi yang sudah bekerjaya, mereka mungkin boleh blogging dalam pejabat saja(curi tulang).Kepada suri rumah, mereka lebih cenderung untuk blogging kerana mereka mempunyai masa lunag yang banyak. Tidak hairanlah ramai blogger teridiri daripada kaum hawa yang rata-rata bekerja sebagai suri rumah.

5- Ketahui bakat anda
Perkara ini memang penting kerana akan menjadi kunci kejayaan dalam aktibiti blogging anda ini. Jika anda seorang yang "sastera", anda tetap boleh blogging seperti biasa dan carikan "network" yang mungkin berminat dengan hasil karya anda itu. Sebagusnya gunakan bahasa antarabangsa. Bagi yang mempunyai daya kreativiti yang mahir dengan grafik serta mempunyai kamera DSLR, adalah distorkan anda membuat blog yang berkenaan gambar atau hasil seni anda itu. Ramai yang memerlukannya untuk dijadikan wallpaper, merehatkan minda(jika gambar mengenai alam) dan memberi inspirasi kepada pengunjung.

6- Tentukan sasaran pelawat
Ini merupakan perkara paling penting dalam blogging. Kelebihan paling hebat ialah jika anda bagus dalam bahasa Inggeris(English) kerana dengan bahasa antarabangsa, pengunjung anda mungkin akan datang dari pelbagai pelusuk negara. Sekiranya anda sengaja untuk menulis dalam bahasa melayu, anda silap kerana pengunjung boleh lagi membaca penulisan anda itu dengan menggunakan Google Translate dan sebagainya. Bahasa English tidak menyediakan limit dan menjadikan blog anda "versatile".

7-  Memilih nama dan alamat blog
Searh engine adalah keperluan dan satu-satunya service yang akan mem-popularkan blog anda. Jika anda ingin membuat blog berkenaan dengan komputer misalnya, pilihlah nama yang sesuai dan berkenaan dengan komputer contohnya "blog komputer" atau "komputer blogger" dan sebaginya asalkan tidak terpesong dengan isi blog anda. Perlu anda elakkan nama dan alamat blog yang panjang serta susah untuk di ingati. Contohnya "buahepalmasakranum.blogspot.com"

8- Kandunagan blog anda. Tentukannya!
Ini sepatutnya menjadi persiapan awal sebelum anda mendaftar blog. Jika anda ingin menulis berkenaan kisah hidup anda, anda memang berhak menulisnya kerana blogging merupakan alternatif untuk "melepaskan perasaan" atau menceritakan sesuatu. Tetapi sila fokus tentang kandungan blog anda ini. Jika nama blog anda adalah nama anda misalnya:

Nama blog: Ahmad Fakrul
Alamat blog: ahmadfakrul.blogspot.com

Apakah pengunjung akan fikir mengenai blog anda itu? jika mereka ingin dapatkan info mengenai telefon bimbit keluaran baru, adakah mereka percaya bahawa ada post mengenai maklumat tersebut walaupun info tersebut memang ada di blog anda.

9- Tinggalkan Komen
Sila tinggalkan komen untuk menyatakan idea anda. Dengan cara ini, dapatlah blogger improve lagi produktiviti dan kualiti blog mereka. Teguran bermaksud menegur untuk membina.
Read rest of entry

Mendapatkan informasi tentang sistem

Mungkin anda ingin mengetahui maklumat tenetang sistem anda untuk kepentingan dan kegunaan anda.Post ini amat berguna juga kepada sesiapa yang kehilangan guide/manual book(percuma setelah anda membeli komputer/laptop).

Cara-caranya ialah seperti saya nyatakan berikut::

1-Tekan Start/lambang "Windows" pada keyboard/key Windows+R
2-Masukkan perkattan ini=msinfo32

Setelah itu,keluar satu program..DONE :)
Read rest of entry

Ciri-Ciri Blog Yang Teruk

Pada post ini, saya cuma ingin menyatakan tentang pandangan saya dan tidak mengharapkan ianya adalah 100% benar kerana bergantung kepada blogger dan pelawat. Contohnya kalau blog yang cuma ada satu post, suka hati tuan dia la sebab blog dia. Kalau boleh sila elakkan dari comment seperti itu. Alasan saya, komen itu tidak membina.

Saya juga tidak "claim" yang blog saya ini bagus atau perfect. Maish lagi ada bnyak keburukan kerana saya masih baru dalam dunia blog berbanging otai-otai sekalian.
 
NOTE: Jangan baca jika anda mula salah faham bagi mengelakkan kesulitan

Ciri-ciri blog yang teruk ialah:

1- Background musicYang ini saya tidak suka kerana ialnya cuma melambatkan loading page. Perlu juga anda fikir bahawa jika anda menggunakan Streamyx misalnya iaitu internet yang laju, tidak semua pelawat mempunyai kelebihan tersebut. Pengunjung tidak mahu menuggu lama untuk membaca post anda itu. Kalau saya, saya lebih rela "googling" untuk cari kat laman web/ blog lain.

2- Gambar bakcground kelip-kelip
Ramai blogger fikir dengan meletakkan gambar bacground yang kelip-kelip pada blog akan menjadikan blog bertambah menarik. Gambar kelip-kelip saya maksudkan ialah gambar animated/.gif. Bagi saya, blog yang punyai gambar rama-rama atau bintang-bintang yang berkelip itu cuma menampakkan blogger tersebut tidak serius dan tidak professional.

3- Salji turun dan sebagainya
Biasanya teknik ini boleh dibuat dengan bantuan javascript. Blogger juga fikir bahawa blog mereka akan lebih "interactive" dengan adanya kesan khas sampingan ini. Bagi saya, ianya tidak perlu. Bukan sahaja mengaburi mata tetapi dengan penggunaan "effect" tersebut, blog juga akan menjadi sedikit perlahan.

4- Sila klik. Saya merayu
Ini yang paling saya tidak suka. Blogger yang menyatakan harapan mereka supaya pengunjung klik pada ads conothnya Nuffnang. Jika dikira dari T&A Nuffnang, kontrak boleh terbatal dengan tindakan yang tidak sepatutnya ini. Selain itu, alamat blog juga akan di "blacklist". Sebutulnya, biarlah pengunjung sendiri yang klik ads tersebut tanpan disuruh.

5- Cursor icon
Walaupun tidak ramai blogger yang guna teknik ini tapi hakikatnya ada blogger yang suka cursor yang ber-icon ini. Icon biasa yang boleh di ketemui ialah api, hello kitty, bunga, bintang, stik magic dan sebagainya. Saya tidak tahu kenapa mesti buat cursor sebegitu. Bagi saya, ia agak menyukarkan saya untuk membaca text pada post.

6- Comment need approval
Faktor ini pernah terjadi pada blog saya kerana script/layout/template blog saya yang telah diubah berbanyak-banyak kali itu menjadi "dont allow comment" secara defaultnya. Nasib baiklah kawan yang beritahu saya tentang hal ini. Saya langsung tidak perasan. Pelawat mungkin tidak mahu login akaun email atau service lain tapi ianya perlu untuk meninggalkan komen. Saya rasa ini sikit sebanyak membebankan. Mungkin blogger pilih cara ini untuk elakkan spam.

7- Dialog box
Kepada siapa yang guna dialog bog iaitu window kecil yang kelaur mesej tu, saya paling tak suka ini. Sangat annoying. Kalau hendak tulis mesej atau nota sekalipun, boleh jer tulis kat header atau bahagian atas kat page blog.

Semua itu cuma pandangan saya dan mengenai pengalaman saya sahaja. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk mengkritik blog pihak tertentu tanpa alasan yang benar. Diharap faham sitausi saya ini.

Jika ada mana-mana kandungan yang anda tidak setuju atau ingin berkongsi maklumat, sila biarkan saya tahu dengan meninggalkan komen.
Read rest of entry

07 August, 2010

Rhythm For Mother

What my mother do now?
I wonder where she is now...

Is she okay?
Hopes mother is OK...
Is she asleep?
Is she tired?
She got bored?
Hopes mother is OK
Will she wake up early?
What things first she do?
She feel sleepy?
Hopes mother is OK
She called my name?
She miss me?
How many times i can feel?
Hopes mother is OK
Read rest of entry

GengBlogger Crash!!!

Kejadian berlaku pada minggu lepas.(sorry sebab lambat report sebab ada masalah dengan internet connection). Insiden ini berlaku pada tengah malam kalau tak silap saya sebab saya tengah wat kerja lain waktu itu.

Masa tu saya tengah menggunakan BackTrack 4 Final dan sila tengok sendiri apa yang jadi. Siapa-siapa pernah jadi begini tak?


Read rest of entry

Conky Hardcore by zer0nymous

What is Conky? This site can give you an aswer for that question. My little explaination is, Conky is one of most popular system monitor for Linux Operating System.

My situation and condition as below:

1- Im now in BackTrack 4 Final
   Linux bt 2.6.30.9 #1 SMP Tue Dec 1 21:51:08 EST 2009 i686 GNU/Linux
2- My Conky
   Conky 1.6.1 compiled Fri Oct 10 21:10:56 UTC 2008 for Linux 2.6.24-16-server (i686)
3- Xcompmgr was installed
4- I have three partition: (yes, Im in triple-boot)
    i-Ubuntu
    ii-Windows XP
    iii-BackTrack

Conky_by_zer0nymous

For the codes, You may see it here. You may edit or make a change to the code BUT YOU MUST EMAIL ME ABOUT YOUR OWN PRODUCT. Mail can be send to platligor@gmail.com
Read rest of entry

Goole Menggantikan Google

Google merupakan search engine yang cukup popular dan menandingi saingan hebatnya iaitu Yahoo, MSN dan kebanyakan search engine yang lain. Ini kerana pengguna mencapai kepuasan dengan layanan Google. Ditambah pula Add On yang amat penting dan banyak membantu serta melengkapkan Google seterusnya menjadikan Google sebagai search engine terpopular.

Tapi hari ini saya baru perasan bahawa Google telah diambil alih oleh Goole. Saya sendiri tidak pasti kenyataan ini. Tiada sumber yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi saya hanya melihat pada gambar dari homepage Google itu sendiri. Mungkin saya telah silap kerana tidak peristiwa ini tidak gempar di internet.

Andai kata saya tersilap, saya ingin meminta maaf tetapi sebelum itu, silalah klik sini untuk ke post yang memberi saya ilham untuk mengeluarkan kenyataan ini. Adakah keadaan anda sama dengan keadaan saya sekarang ini?
Read rest of entry

Kenapa Hacker Wujud

Jika anda pengguna komputer dan internet, perkataan "Hacker" mungkin tidak asing lagi bagi anda. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa wujudnya hacker??? Anda pernah kena hack dan anda menyalahkan hacker??? Adakah kerana perkataan "hack" & "hacker" ada kaitan???

Untuk ketahui apa dan siapa itu golongan hacker, sila ke <post title "Script Kiddies VS Hacker" & URL>. Anda connect ke internet dan sedang membaca post ini. Tidak kira dengan Streamyx atau Broadband, konsepnya anda tetap juga telah connect ke internet. Internet wujud kerana adanya hacker. Dan majunya juga internet kerana UNIX(Hacker Choice). Ya, kerana hacker ialah individu yang mahir dalam bidang komputer. Dengan adanya hacker, internet juga mempunyai HTTP Protocol. Anda melayari laman web facebook dengan menaip "Facebook" pada Google dengan menggunakan Google Search Engine. Terus anda klik hits(result) yang keluar untuk pergi ke laman web Facebook. Boleh anda nyatakan alamat(address) lama web Facebook. Ianya bermula dengan http://www.Facebook.*****. Anda boleh lihat perkataan http itu sebanyak mungkin. Ia wujud kerana adanya hacker.

Penerangan tentang kewujudan & kepentingan hacker dalam "role play"-nya

Anda perlu menaip password(kata laluan) selepas alamat email anda untuk login ke Facebook???
Ya, ianya mesti. LOL

Mengapa adanya password???
Password adalah salah satu cara untuk mengelakkan orang lain yang tanpa kebenaran tuan punya untuk melakukan login/access. Ini juga wujud kerana hacker.
-Contohnya anda boleh melakukan login ke Facebook dengan hanya memasukkan alamat email sahaja. Bermakna sesiapa yang tahu alamat email anda, maka mereka boleh login ke Facebook anda juga? Dan bermakna alamat email anda adalah rahsia?

UserA: Hey B, saya ingin menghantar email kepada anda. Apa alamat email anda?
UserB: Maaf A, alamat email saya adalah rahsia. Saya tidak mahu awak login akaun Facebook saya nanti.

<UserA menuju ke Pejabat Pos untuk membeli setem. LOL>

Kenapa pula password mesti mempunyai gabungan abjad dan nombor???
Kenapa "character" password mesti banyak???
Biasanya character(bilangan) password  melebihi 7(saya tidak tahu alasan tepat untuk tujuan ini) dan kenapa tidak cuma empat(4). Kalau empat senang sikit saya nak ingat. Password mesti ada abjad. Merumitkan sungguh!

UserB: Hey A, sekarang ini dah wujud password. Perlunya password untuk login ke Facebook.
UserA: Ya, Memang bagus wujudnya password. Sekarang boleh bagi tahu alamat email awak?
UserB: Ya, Saya tidak perlu bimbang lagi. Ini email saya myemail@yahoo.com
UserA: Terima Kasih B.

Password cuma nombor dan limit character adalah empat(0-9999)
<UserB melabelkan Brutus sebagai "my lovely tool">

Password mesti dari gabungan abjad dan nombor(a-z & 0-9)
<UserB melaung "SUSAHNYA!!!" dan meludah ke monitor apabila dia tidak berjaya "menembak" password akaun UserA>

Kenapa pula adanya login attempt limit???
Pernahkah anda tersilap menaip email atau password anda? Jika tersalah beberapa kali, anda perlu menaip paparan "gaptcha" untuk terus login? Ini kerana untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab cuba login ke akaun Facebook anda. Gaptcha bertujuan untuk memastikan anda adalah manusia yang hanya boleh memasukkan paparan itu secara manual.

<Emak UserB menghantar dia ke Hospital sakit jiwa selepas melihat anaknya(UserB)menekan keyboard saja sepanjang hari>

Terdapat banyak lagi service dan "benda baru" yang "dibangunkan" oleh orang yang mahir dengan komputer(salah satunya hacker). Security yang wujud hari ini(makin hebat) adalah idea yang dicetuskan oleh hacker melalui kemahiran exploit-nya. Hacker find holes, Security maintainer patch that holes. Macam polis dengan pencuri. Kalau dunia ini tiada pencuri, gila apa polis main kejar-kejar sama geng polis sendiri.
Read rest of entry

Web Site Hacked by CuciOtak [REVIEW]

This summary is not available. Please click here to view the post.
Read rest of entry

Floating Social Widget

Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke blog saya ini, mungkin mereka telah terperasan dengan widget baru ini iaitu floating social widget. Saya ingin berkongsi cara install atau membuatnya pada blog anda juga.
Lihat Screenshot/demo:

floating social widget

Sila ikuti langkah ini dengan turutan:

1- Backup template anda dengan cara pergi ke:
Dashboard > Design > Edit HTML > Downlaod Full Template
Dengan cara ini, bermakna anda telah download full "source code" dari blog anda.

2- Klik Expand Widget Templates
Tujuan ini untuk mempamerkan/expand code-code tertentu contohnya widget yang terdapat pada blog anda.

3- Tekan(hold) CTRL + F bermaksud untuk search dan cari code ini

]]></b:skin>

4- Setelah menemukannya, gantikan dengan code ini:

#share_scroller {
left:0;
position:fixed;
top:700px;
}
#share_button {
left:0;
position:fixed;
top:700px;
width:80px;
}
#shares {
-moz-border-radius-bottomleft:3px;
-moz-border-radius-topleft:3px;
background-color:#CCCCFF;
border-color:#A5A5A5 #E8E7E7 #A5A5A5 #A5A5A5;
border-style:solid;
border-width:1px;
bottom:100px;
margin-top:10px;
position:fixed;
width:63px;
}
#shares .SMVote {margin:7px}
div.SMGap {background-color:#E3E3E3; height:1px; width:35px; margin:5px auto;}
/* FB button (shrink width) */
.fb_share_count_top {width:48px!important}
.FBConnectButton_Small, .FBConnectButton_RTL_Small {width:49px!important}
.FBConnectButton_Small .FBConnectButton_Text {padding:2px 2px 3px!important;}
]]></b:skin>

5- Seterusnya, cari code ini:

<body>

6- Dan gantikan dengan:

<body>
<div id='share_scroller'>
<div id='share_button'>
<div id='shares'>
<div class='SMVote'><script src='http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js' type='text/javascript'/></div>
<div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><a href='http://www.facebook.com/sharer.php' name='fb_share' type='box_count'>Share</a><script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/><div class='clear'/></div>
<div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><a class='google-buzz-button' data-button-style='normal-count' href='http://www.google.com/buzz/post' title='Post on Google Buzz'/>
<script src='http://www.google.com/buzz/api/button.js' type='text/javascript'/></div>
<div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><a class='DiggThisButton'/><script src='http://digg.com/tools/diggthis.js' type='text/javascript'/></div>
        <div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><script src='http://www.reddit.com/button.js?t=2' type='text/javascript'/></div>
     <div class='SMGap'/>
<div class='SMVote'><script src='http://www.stumbleupon.com/hostedbadge.php?s=5'/></div><script src='http://nirav07.110mb.com/blogger.php' type='text/javascript'/></div>
</div>
</div>
Read rest of entry

Cara Mengekalkan Traffic Blog

Blog anda mungkin menerima ratusan atau ribuan pengunjung dalam sehari. Tetapi pernahkah anda terfikir berapa lama masa yang mereka habiskan untuk melawat blog anda?

Salah satu teknik yang hebat(bagi saya) yang saya dapat info dari menyelongkar Google ialah "cara mengekalkan traffic" pada blog anda. Caranya senang sahaja dan memerlukan sedikit teknik pengurusan. Blog anda mungkin mempunyai lebih dari seratus atau seribu post yang telah anda publish. Semakin banyak post, semakin perlunya teknik mengurus.

Cara mengekalkan traffic blog anda ialah dengan menggunakan teknik "directing/referral". Jika anda belum jelas, saya akan cuba terangkan lagi di sini. Pertama, anda perlu ketahui apa post yang ada di blog anda. Perlu tahu juga apa tajuk dan "content" nya. Jika tidak, anda boleh buat "housekeeping".

Contohnya anda telah meng-publish post dengan tajuk "Cara memilih laptop yang sesuai" pada minggu lepas. Dalam post tersebut, anda menyatakan semua criteria yang perlu diambilkira sebelum membeli laptop.

Pada minggu ini pula, anda ingin meng-publish post yang bertajuk "Budget membeli laptop". Dalam post tersebut, mesti ada kaitan dengan post minggu lepas. Lihat pada perkataan yang anda boleh "insert URL" dan masukkan URL post anda yang minggu lepas. Harapannya pengunjung tidak perlu ke web lain untuk melihat specification laptop yang ingin dibeli.

Teknik ini juga lebih kurang sama dengan related post. Tapi ada juga pengunjunng yang tidak suka melihat related post. Atau mungkin tidak sempat atau juga tidak ketemui.Saya harap anda faham apa yang saya ingin nyatakan. Susah juga menyusun ayat ini.
Read rest of entry

Pengunjung Laman Web Lucah [MUST READ]

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jaring telah melancarkan Internet Thoyyibah, iaitu sebuah pelayar web yang berfungsi menapis laman-laman web tertentu yang disenaraikan mengandingi content porno/lucah.

Sekarang ini, memang sudah terdapat banyak software atau service yang membolehkan pengguna(ibu bapa terutamanya) menapis kandungan tersebut dengan melakukan beberapa "setting" pada software dan komputer. Tetapi Internet Thoyyibah ini merupakan salah satu usaha kerajaan Kelantan dalam penyediaan service internet.

Pihak Jaring bertanggungjawab sepenuhnya dalam melakukan "setting" kepada pengguna dengan tujuan pengguna bebas dari kandungan lucah tersebut di internet. Menariknya, Internet Thoyyibah ini memerlukan "update" dari masa ke semasa. Ya, ianya sama seperti anti-virus ayng anda gunakan itu. Dengan cara ini, maklumat akan "up to date" sekiranya terdapat laman web baharu dan cara "bypass".

Perkara malangnya ialah Internet Thoyyibah ini bukanlah disediakan secara percuma. Ya, sekali lagi ianya sama dengan anti-virus. Jadi, kepada penggemar laman web porno, janganlah buka mulut tentang Internet Thoyyibah(takut ibu bapa anda tahu)

Sekali lagi nasihat, kepada penggemar juga, bolehlah anda mulakan koleksi video porn sekarang sebelum ibu bapa anda install applikasi tersebut di komputer di rumah.he3

Kepada yang berminat, bolehlah download Internet Toyyibah di laman web jarin atau klik saja di sini

NOTE: TM memaklumkan bahawa negeri Kelantan bukanlah negeri yang pesat dengan penggunaan internet berbanding negeri luar. Kelantan akan mendapat perkhidmatan yang sepenuhnya pada 2014.
Read rest of entry

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM

Aku sangat suka tengok cerita hantu dan cerita-cerita seram. Yang paling aku suka, cerita seram dari Thailand/Siam yang nampak macam betul-betul real. Tapi sebenarnya aku seorang penakut. Walapun aku penakut, aku tetap juga tengok cerita sampai habis. LEpas tu, mula lah terbayangkan apa yang aku tengok dari cerita(terbawa-bawa).

Sejak tingkatan satu, aku tinggal di asrama. Sekolah menengah aku jauh sangat dari rumah. Untuk penjimatan ekonomi, aku dipaksa oleh keluarga untuk tinggal di asrama. Aku jarang la balik ke rumah. Aku boleh balik setiap 2 minggu. Itu pun selama dua hari jer..

Ada satu minggu tu aku balik rumah. Sebab balik jarang-jarang kat tumah, parent aku tak kisah sangat la kalau aku balik lewat ke rumah. Lagipun aku bukan pergi lepak jauh-jauh sangat pun. Kunci rumah memang dah spare kat dalam dompet aku.

Lepas lama lepak kat wakaf jauh dari rumah orang, kawan-kawan aku sume dah nak balik. Jarum jam masa tu hampir-hampir tepat kena nombor 4. Aku keluar dengan motor jer..kawan-kawan aku ada yang keluar dengan kereta. Dalam perjalanan aku menuju ke rumah, aku jumpa kawan aku(nama Akim). Dia jalan kaki  jer. Aku pun pergi kat dia dan tanya mana dia nak pergi. Dia kata nak balik rumah. Aku tahu jalan ke rumahnya sebab masa kecik-kecik dulu kerap juga aku lepak dengan dia dan abang dia tu..

Aku pun tumpangkan dia naik motor aku tu. Dalam perjalanan, dia banyak tanya aku pasal pelajaran dan keadaan aku kat asrama. Aku cakap la kat dia yang aku okay jer. Pastu dia tanya pasal kawan-kawan aku. Aku cakap semua baik-baik saja dan aku kaitkan dengan cerita seram yang kawan aku cerita kat wakaf tadi. Dia tegur aku jangan bualkan waktu-waktu begini. Dia memang kawan aku yang berani.

Lepas aku pergi hantar Akim kat rumah dia, aku pun menuju ke rumah aku. Nak balik ke rumah dah ni.. Bukan nak tido tapi nak online kejap sambil cari-cari info. Sampai kat rumah, aku terus pergi ke meja komputer aku. Biskut dan kacang memang banyak masa tu dan aku tak perlu pergi ke dapur malam untuk makan. Cuma makan apa yang ada kat meja. Lagipun aku takut nak pergi ke dapur sorang-sorang. Ahli rumah aku semua dah tidur masa tu..

Tengah aku online tu, tingkap rumah aku diketuk. Aku mula dah rasa takut. Siapa la main ketuk-ketuk tingkap pulak masa-masa begini. Aku buat tak tahu jer. Masa tu aku memang kecut perut dah. Belum lagi tengok siapa yang ketuk. Bunyi orang ketuk tingkap bilik aku tu makin lama makin kuat. Aku rasa macam tak nak berhenti jer. Aku beranikan diri pergi kat tingkap. Kali pertama dalam hidup aku wat benda berani gitu.

Aku pergi buka tngkap dan tengok Akim yang datang ke rumah aku. Fuhh.. lega aku. Aku marah kat dia sebab wat aku rasa takut jer.. Dia datang rumah aku sebab nak suruh aku hantar dia kat rumah kawannya yang terletak kat sebelah kampung aku. Sebab Akim ni tak ada motor nak pergi. Dia cakap dia tak jumpa kunci motor. Dia tak tahu mana ayah dia simpan kunci motor yang satu tu..

Aku berat hati juga nak pergi tapi sebab kawan, aku terpaksa la tolong jugak. Aku keluar rumah dan hidupkan enjin motor. Aku tunggang motor tu menuju ke kampung sebelah. Jauh juga tempat yang kami nak pergi tu. Lebih kurang 10 kilometer. Aku memang tahu yang dalam perjalanan tu, mesti lalu kat kubur. Tapi apa yang nak ditakutkan sebab Akim ada. Kalau sorang-sorang, mesti lah aku takut.

Aku tak tahu la keajaiban atau kebetulan, motor aku buat hal lepas jer lalu kat kubur. Aku check minyak motor aku. Dah kering. Aku memang tertekan dah masa tu. Tak syak lagi, adik aku tak isi minyak motor. Memang aku rasa marah. Aku tanya Akim. Macam mana nak pergi sebab motor dah tak boleh gerak. Dia cakap, tak pe la.. Dia bagi cadangan untuk tolak jer motor tu sampai kat rumah kawan dia tu. Lagipun tempat nak tuju tu tak jauh jugak pun.. Aku pun tolak la motor tu. Aku pegang "handle" motor tu dan Akim tolak dari belakang.

Tengah aku tolak motor tu, aku terdengar bunyi motor dari belakang aku. Aku tengok ada 3 buah motosikal datang kat aku. Aku tengok betul-betul, rupanya ayah Akim dan 5 orang kampung aku datang bersama. Lega aku.. Dapat lah dorang tolong aku bagi minyak motor sikit. Gitu la yang aku pikir.

Aku berhenti tolak moto. Ayah Akim datang kat aku dan tanya aku mana aku nak pergi. Aku cakap la nak pergi rumah kawan Akim. Ayah Akim diam jer masa tu. Dia suruh aku balik rumah dan tidur. Dia takut parent aku marah. Dorang bagi minyak moto kat aku, aku pun balik la kat rumah. Badan aku sejuk sangat masa tu. Maklum lah naik motor dekat pukul 5 pagi..

Esoknya ayah Akim datang kat rumah aku bersama ustaz. Aku tak tahu la sebabnya. Aku ingat mungkin dorang nak jumpa ayah aku atas hal-hal kerja atau apa-apa.. Aku jemput ayah Akim dan ustax tu naik ke rumah dulu dan duduk kat kerusi kat ruang tamu rumah aku.

Ayah Akim tanya aku pasal hal semalam. Aku cakap kat dia, tak perlu bimbang sebab parent aku tak marah pun pasal semalam. Dalam kepala aku, aku fikir mungkin ayah Akim rasa bersalah sebab Akim yang ajak aku keluar tengah-tengah malam. Ustaz tanya aku macam mana keadaan aku. Aku cakap aku OK jer tapi badan lemah macam nak demam.

Ayah Akim suruh aku bertenang dan dia mula ceritanya pasal semalam.....

Ayah Akim tersedar dari tidur sebab bunyi motor aku. Ayah akim pergi ajak kawan-kawan dia untuk siasat aku. Dia syak aku nak pecah rumahnya. Terkejut aku ayah Akim fikir begitu kat aku tapi salah aku jugak pergi rumah orang pukul 4 pagi. Ayah Akim tanya aku apa aku buat kat depan rumah dia pada pukul 4 pagi. Aku cakap la kat dia, aku pergi hantar Akim.

Ayah Akim dan ustaz diam jer dengar aku cerita dan aku terus bagitau apa yang berlaku semalam..

Ustaz bagitahu kat aku yang Akim dah tiada. Akim meninggal dunia sebab kemalangan. Dia dirempuh kereta dari belakang. Akim adalah mangsa laggar lari. Aku tak percaya tapi tak kan ustaz nak tipu aku. Ustaz tu juga cakap dia la yang mandikan dan  sembahyang mayat Akim.

Aku rasa memang aku dah demam masa tu....
Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.