hit counter Begin: 29.7.2010
Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

19 August, 2010

IP Got 50 Followers Already!

Firstly, saya sangat berterima kasih kepada semua follower blog saya ini. Blog saya iaitu InternetPeers(IP) telah mendapat 50 orang pengikut. Buat pengetahuan anda, blog saya ini telah secara rasminya berdaftar dengan Blogger pada hari Ahad 10.5.2009.

IP 50 followers

Sekali lagi terima kasih kerana "follow" blog saya.. Sila tinggalkan pesanan melalui email dan comment agar saya dapat memperbaikkan lagi blog ini. Terima kasih. 1 Malaysia!!!
Read rest of entry

07 August, 2010

Rhythm For Mother

What my mother do now?
I wonder where she is now...

Is she okay?
Hopes mother is OK...
Is she asleep?
Is she tired?
She got bored?
Hopes mother is OK
Will she wake up early?
What things first she do?
She feel sleepy?
Hopes mother is OK
She called my name?
She miss me?
How many times i can feel?
Hopes mother is OK
Read rest of entry

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM

Aku sangat suka tengok cerita hantu dan cerita-cerita seram. Yang paling aku suka, cerita seram dari Thailand/Siam yang nampak macam betul-betul real. Tapi sebenarnya aku seorang penakut. Walapun aku penakut, aku tetap juga tengok cerita sampai habis. LEpas tu, mula lah terbayangkan apa yang aku tengok dari cerita(terbawa-bawa).

Sejak tingkatan satu, aku tinggal di asrama. Sekolah menengah aku jauh sangat dari rumah. Untuk penjimatan ekonomi, aku dipaksa oleh keluarga untuk tinggal di asrama. Aku jarang la balik ke rumah. Aku boleh balik setiap 2 minggu. Itu pun selama dua hari jer..

Ada satu minggu tu aku balik rumah. Sebab balik jarang-jarang kat tumah, parent aku tak kisah sangat la kalau aku balik lewat ke rumah. Lagipun aku bukan pergi lepak jauh-jauh sangat pun. Kunci rumah memang dah spare kat dalam dompet aku.

Lepas lama lepak kat wakaf jauh dari rumah orang, kawan-kawan aku sume dah nak balik. Jarum jam masa tu hampir-hampir tepat kena nombor 4. Aku keluar dengan motor jer..kawan-kawan aku ada yang keluar dengan kereta. Dalam perjalanan aku menuju ke rumah, aku jumpa kawan aku(nama Akim). Dia jalan kaki  jer. Aku pun pergi kat dia dan tanya mana dia nak pergi. Dia kata nak balik rumah. Aku tahu jalan ke rumahnya sebab masa kecik-kecik dulu kerap juga aku lepak dengan dia dan abang dia tu..

Aku pun tumpangkan dia naik motor aku tu. Dalam perjalanan, dia banyak tanya aku pasal pelajaran dan keadaan aku kat asrama. Aku cakap la kat dia yang aku okay jer. Pastu dia tanya pasal kawan-kawan aku. Aku cakap semua baik-baik saja dan aku kaitkan dengan cerita seram yang kawan aku cerita kat wakaf tadi. Dia tegur aku jangan bualkan waktu-waktu begini. Dia memang kawan aku yang berani.

Lepas aku pergi hantar Akim kat rumah dia, aku pun menuju ke rumah aku. Nak balik ke rumah dah ni.. Bukan nak tido tapi nak online kejap sambil cari-cari info. Sampai kat rumah, aku terus pergi ke meja komputer aku. Biskut dan kacang memang banyak masa tu dan aku tak perlu pergi ke dapur malam untuk makan. Cuma makan apa yang ada kat meja. Lagipun aku takut nak pergi ke dapur sorang-sorang. Ahli rumah aku semua dah tidur masa tu..

Tengah aku online tu, tingkap rumah aku diketuk. Aku mula dah rasa takut. Siapa la main ketuk-ketuk tingkap pulak masa-masa begini. Aku buat tak tahu jer. Masa tu aku memang kecut perut dah. Belum lagi tengok siapa yang ketuk. Bunyi orang ketuk tingkap bilik aku tu makin lama makin kuat. Aku rasa macam tak nak berhenti jer. Aku beranikan diri pergi kat tingkap. Kali pertama dalam hidup aku wat benda berani gitu.

Aku pergi buka tngkap dan tengok Akim yang datang ke rumah aku. Fuhh.. lega aku. Aku marah kat dia sebab wat aku rasa takut jer.. Dia datang rumah aku sebab nak suruh aku hantar dia kat rumah kawannya yang terletak kat sebelah kampung aku. Sebab Akim ni tak ada motor nak pergi. Dia cakap dia tak jumpa kunci motor. Dia tak tahu mana ayah dia simpan kunci motor yang satu tu..

Aku berat hati juga nak pergi tapi sebab kawan, aku terpaksa la tolong jugak. Aku keluar rumah dan hidupkan enjin motor. Aku tunggang motor tu menuju ke kampung sebelah. Jauh juga tempat yang kami nak pergi tu. Lebih kurang 10 kilometer. Aku memang tahu yang dalam perjalanan tu, mesti lalu kat kubur. Tapi apa yang nak ditakutkan sebab Akim ada. Kalau sorang-sorang, mesti lah aku takut.

Aku tak tahu la keajaiban atau kebetulan, motor aku buat hal lepas jer lalu kat kubur. Aku check minyak motor aku. Dah kering. Aku memang tertekan dah masa tu. Tak syak lagi, adik aku tak isi minyak motor. Memang aku rasa marah. Aku tanya Akim. Macam mana nak pergi sebab motor dah tak boleh gerak. Dia cakap, tak pe la.. Dia bagi cadangan untuk tolak jer motor tu sampai kat rumah kawan dia tu. Lagipun tempat nak tuju tu tak jauh jugak pun.. Aku pun tolak la motor tu. Aku pegang "handle" motor tu dan Akim tolak dari belakang.

Tengah aku tolak motor tu, aku terdengar bunyi motor dari belakang aku. Aku tengok ada 3 buah motosikal datang kat aku. Aku tengok betul-betul, rupanya ayah Akim dan 5 orang kampung aku datang bersama. Lega aku.. Dapat lah dorang tolong aku bagi minyak motor sikit. Gitu la yang aku pikir.

Aku berhenti tolak moto. Ayah Akim datang kat aku dan tanya aku mana aku nak pergi. Aku cakap la nak pergi rumah kawan Akim. Ayah Akim diam jer masa tu. Dia suruh aku balik rumah dan tidur. Dia takut parent aku marah. Dorang bagi minyak moto kat aku, aku pun balik la kat rumah. Badan aku sejuk sangat masa tu. Maklum lah naik motor dekat pukul 5 pagi..

Esoknya ayah Akim datang kat rumah aku bersama ustaz. Aku tak tahu la sebabnya. Aku ingat mungkin dorang nak jumpa ayah aku atas hal-hal kerja atau apa-apa.. Aku jemput ayah Akim dan ustax tu naik ke rumah dulu dan duduk kat kerusi kat ruang tamu rumah aku.

Ayah Akim tanya aku pasal hal semalam. Aku cakap kat dia, tak perlu bimbang sebab parent aku tak marah pun pasal semalam. Dalam kepala aku, aku fikir mungkin ayah Akim rasa bersalah sebab Akim yang ajak aku keluar tengah-tengah malam. Ustaz tanya aku macam mana keadaan aku. Aku cakap aku OK jer tapi badan lemah macam nak demam.

Ayah Akim suruh aku bertenang dan dia mula ceritanya pasal semalam.....

Ayah Akim tersedar dari tidur sebab bunyi motor aku. Ayah akim pergi ajak kawan-kawan dia untuk siasat aku. Dia syak aku nak pecah rumahnya. Terkejut aku ayah Akim fikir begitu kat aku tapi salah aku jugak pergi rumah orang pukul 4 pagi. Ayah Akim tanya aku apa aku buat kat depan rumah dia pada pukul 4 pagi. Aku cakap la kat dia, aku pergi hantar Akim.

Ayah Akim dan ustaz diam jer dengar aku cerita dan aku terus bagitau apa yang berlaku semalam..

Ustaz bagitahu kat aku yang Akim dah tiada. Akim meninggal dunia sebab kemalangan. Dia dirempuh kereta dari belakang. Akim adalah mangsa laggar lari. Aku tak percaya tapi tak kan ustaz nak tipu aku. Ustaz tu juga cakap dia la yang mandikan dan  sembahyang mayat Akim.

Aku rasa memang aku dah demam masa tu....
Read rest of entry

06 August, 2010

Forum Pada Blogger

Forum adalah untuk berkongsi maklumat di antara member. Biasanya forum cuma ada pada web domain sahaja dan di host secara sendiri. Laman web yang menyediakan forum memang akan cukup popular dan biasanya cuma terdapat pada laman web yang besar dan kos yang tinggi.

Blogger memang tidak menyediakan khidmat forum tetapi masih ada cara untuk mendapatkan forum untuk blog anda. Caranya dengan forumotion. Anda tidak perlu tahu/expert mengenai bahawa pengatucaraan dan tidak memerlukan hosting sendiri. Ianya juga 100% free dan senang untuk di install.

Sila lihat contoh forumotion pada "IP Forum"

BloggerForum

Dengan adanya forum pada blog anda, pelawat akan lebih senang membincangkan masalah atau pandangan mereka. Forumotion juga adalah alternatif kepada shoutbox yang mempunyai limit characters(perkataan).
Read rest of entry

Ben 10 Kartun Kegemaranku

Saya sangat meminati kartun Ben 10 yang disiarkan di Cartoon Network. Saya sudah tengok semua siri Ben 10 Secret of Omnitrick kat Cartoon Network dengan adik bongsu saya. Ingat nak shopping online kat internet. Nak cari baju Ben 10 tapi susah nak deal ngan credit card. Belum ada credit card lagi sekarang ini. Dulu pergi ke supermarket, semata-mata nak beli DVD Ben 10. Sampai sekarang dah tengok sampai empat kali.

Ben_10_wallpaper

Pergi bundle, jumpa beg(messenger) Ben 10. Terus beli ngan harga RM 3. Selepas Secret of Omnitrick, keluar pula siri baru, Ben 10 Alien Force. Tak best sangat Alien Force tapi yang bestnya makin banyak alien baru yang Ben 10 boleh bertukar. Sekarang Ben 10 Alien Swarmp. Belum tengok lagi siri ni sebab tiada masa. Sekarang susah nak tengok TV sebab TV kat rumah ada satu jer. Berebut budak-budak kat rumah nak tengok cerita indo. Ape la bestnya cerita indo ni..
Read rest of entry

Nuffnang Error Message

Sejak semalam lagi saya mendapat error dari Nuffnang. Memang ada masalah dengan layout saya ini. Habis berjam-jam dah dok tenung scriptnya tapi masih lagi buntu. Saya xmahir programming language. Lebih-lebih lagi CSS. Cuba tengok error yang saya dapat ini:


Nuffnang_Crash

Ada sape2 pernah dapat error macam ni? Macam mana nak solve kan masalah ni?
Read rest of entry

Speed Up My Blog!!! [2nd ver.]

Ini merupakan kali kedua saya "tweak" atau speed up blog saya. Masalah kali ini ialah saya mendapati widget adalah faktor utama yang enyumbang kepada blog saya menjadi slow. Jadi saya delete widget yang tidak penting dan gantikan dengan script.

Internet peers speed2

Screenshot diatas ialah hasil tweak saya yang terbaru yang diuji pada rapid.searchmetrics.com. Sila lihat tweak saya yang pertama untuk perbandingan dengan klik sini.
Read rest of entry

05 August, 2010

How To Become IP Partner


NOTE: THIS OFFER IS LIMITED

IP Partner ialah bermakna teman blogging saya di Internet Peers. Memang ianya sangat berbeza dengan Follower. Untuk menjadi IP Partner, sila isikan maklumat yang diperlukan di sebuah borang. Borang boleh dapatkan di sini.

Sila isi maklumat tersebut dan email ke platligor@gmail.com. Saya akan review maklumat dan blog anda tersebut secepat mungkin.

Kelebihan IP Partner:
1- Blog anda akan berada pada homepage IP
2- Saya akan cuba beri komitmen yang lebih berbanding pelawat lain
3- Saya akan berkongsi tips/teknik yang bagus
4- Saya akan cuba membantu dalam hal-hal komputer
5-  Dan banyak lagi tentang info-info berguna

IP Partner akan berada di sebelah kanan homepage IP. Sila lihat screenshot:

IP Partner
Read rest of entry

04 August, 2010

Kevin David Mitnick Seorang Hacker

Waktu malam begini sangat membosankan.Dengan internet slow dan download pula cuma pada kelajuan 4-6Kb/s yang mengambil masa kira-kira 10 minit lebih untuk siap file yang lebih kurang bersaiz 5 mb.

Terfikir apa yang boleh saya lakukan pada malam ini..Buka google saja lah.Terus saya taip "Top Hacker" dan selepas mendapat beberapa hits,saya berminat dengan nama "Kevin David Mitnick".Dia seorang hacker yang secara jujur telah tamat zamannya.Tetapi dia tidak terus diam begitu saja.Menggunakan kemahiran dia yang unik itu,yang tidak semua ada pada orang lain,dia mula berubah ke arah mengembangkan security.

Secara umumnya,dia banyak menggunakan teknik social engineering dengan kelebihan yang dia ada.Kevin Mitnick juga telah menceroboh sistem syarikat Motorola,Nokia dan beberapa lagi sistem komunikasi.Dia uga lebih di kenali sebagai bapa hacker dan sehingga sekarang tiada siapa yang yang dapat merampas gelaran itu.
Read rest of entry

Problem With Reader Comments

Walaupun sudah lama saya buat blog ini tapi sekarang baru saya perasan.Masalah besar juga.Saya tidak sangka sama sekali bahawa saya tersilap setting untuk "Allow Reader Comments".Ini terjadi kerana setiap post yang saya akan publish akan menggunakan "Don't Allow" sebagai default.Terpaksa lah saya edit semula semua post-post saya dan allow reader comments.

readercomment
Read rest of entry

16 July, 2010

Post Pukul 5 Pagi

Tajuk dah bagi, cuma tunggu jam tepat pukul lima pagi dan saya nk tekan butang publish. Hari esok kita tekan butang "R"(Astro) pula OK. Sambil tunggu, layan lagu Meg & Dia - Masterpiece

Kedengaran pula kucing mengiau kat tingkap ni. Secara tiba-tiba sungguh. Bising dan menyakitkan hati. Nyamuk banyak tengah-tengah malam begini. Hari lepas hujan. Kena bela katak nampaknya. Baru la tiada lagi Aedes dan denggi.

Beberapa saat jer lagi!!!!
Read rest of entry

15 July, 2010

Feedburner Getting Smaller

OMG!!! Feeds icon pada blog saya IP(InternetPeers) telah mengecil. Mungkin saiznya mengecil sebab tiada pengunjung ke blog saya? :(
Masalah ini berlaku sejak minggu lepas lagi tetapi saya tidak mempunyai masa untuk membaikinya, Masalah ini juga terjadi waktu saya nak "speed up" IP pada minggu lepas. Boleh rujuk sini.

Lihat screenshot yang telah saya ambil:

feeds_burner_smaller

Ini ialah "error" yang dapat saya kesan:

Feed_code_error

LOL,.. Value pada height dan width telah menjadi 15 sedangkan icon lain masing-masing di-setkan sebanyak 60.

Dan ini screenshot yang telah saya baiki supaya IP menjadi seperti sedia kala:

Feeds_solved
Read rest of entry

30 September, 2009

Setting For Download Services

Sekarang ini tiada apa yang saya boleh buat dengan internet connection yang slow,kadang-kadang dengan putus-putus.Susah jugak saya ingin meng-update blog kalau begini.Tapi itu akan saya jadikan sebagai cabaran besar kepada diri saya.Jarum jam hampir menunjukkan pukul 7 petang,lepas balik dari kelas,saya sambung kerja saya untuk meng-update blog.Dapat la ilham untuk sediakan page untuk software-software.

Saya masih lagi dalam proses meng-upload file.Blog ini masih lagi dalam proses baik pulih untuk service itu.
Read rest of entry

15 September, 2009

Banyak Masa Saya Habis Untuk Update Blog

InternetPeersclock

Dari petang 15.9.2009 hingga lah ke pagi 16.9.2009 saya meng-update blog saya.Rasa sakit mata ngadap laptop ni lama-lama.Banyak yang saya telah buat kat blog saya ini.Pasang meta tag lagi,upload gambar baru lagi,cari-cari maklumat dari internet takut-takut ada maklumat baru yang mungkin berguna dan boleh share dengan pengunjung blog saya.OK, sila lah terus melawat blog saya dan saya memerlukan sokongan dan komen anda semua untuk saya beralih ke domain.
Read rest of entry

Masalah Dengan Internet Connection

MedidaFire-Upload

Masalah betul la kat sini.Internet connection kat sini tak berapa bagus.Nak upload file ni punya la lambat.Banyak kali dah fail(connection lost).Tapi sabar jer.Nanti siap upload sume software-software itu semua,boleh la saya share dengan sesiapa yang memerlukannya..Dijamin Free jer.
Read rest of entry

14 September, 2009

Kekeliruan Untuk Melabelkan Post

AskHere

Pada waktu ini saya tidak ada idea untuk apa yang perlu saya buat label atau juga menkategorikan blog saya.Rasanya banyak yang perlu dibahagikan.Bagusnya kalau saya ini seorang juru bahasa.Boleh buat label-label yang lebih bagus.Pening juga untuk melabelkan post-post ini.Nanti pada masa akan datang mesti akan ada kekeliruan nya.Harap saya dapat kenal pasti awal-awal lagi dan tidak mempengaruhi hal-hal lain.
Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.