Teknik blogging yang ingin saya nyatakan di sini ialah:
1- Ketahui tujuan anda
Sebelum Sign-Up blog, sila pastikan apakah tujuan anda untuk blogging. Adakah kerana duit? Adakah kerana anda kagum dengan article-article dan post pada laman web yang menyatakan blogging dapat menjana wang secara mudah dan lumayan? Adakah pula anda blogging hanya kerana ingin mengisi masa lapang? Mana-mana alasan, anda yang tentukan dan bergantung kepada anda.
2- Kepada yang "Income Based"
Kepada blogger yang sangat mengutamakan pendapatan dari hasil blogging, perlulah anda ketahui bahawa untuk menjana wang secara blogging ini bukan senang. Bagi yang pemula, perlulah anda ketahui tentang CPC, PPC, CPV dan banyak lagi. Dengan kefahaman ini, anda mungkin akan lebih jelas tentang bagaimana cara anda menjana pendapatan. Perlu anda ingat bahawa search engine memerlukan sesuatu yang asli dan unik. Tidak mungkin blogger itu dapat income RM500 sebulan dengan hanya post yang di-duplicate serta bilangan post yang cuma seratus lebih. Ingat, kunci kejayaan bagi blogger jenis ini ialah "network" atau "social"
3- Kepada "Blogging adalah hobi saya"
Blogger style begini sangat bagus kerana tidak mementingkan wang. Tetapi tidak bermakna wang itu 100% tidak perlu(dunia memang perlukan wang).LOL. Kepada blogger jenis ini biasanya mereka tidak jemu menulis post dan mengeluarkan idea serta maklumat-maklumat baru di internet. Setelah publish post secara banyak dan asli, barulah pendapatan akan datang.
4- Tentukan masa untuk blogging
Ramai blogger mengahadapi masalah ini. Memang betul kerana seseorang itu tidak mungkin sama aktiviti hariannya. Contohnya kepada yang bekerja dan pelajar. Bagi seorang pelajar, mereka mempunyai masa yang terhad untuk blogging. Bagi yang sudah bekerjaya, mereka mungkin boleh blogging dalam pejabat saja(curi tulang).Kepada suri rumah, mereka lebih cenderung untuk blogging kerana mereka mempunyai masa lunag yang banyak. Tidak hairanlah ramai blogger teridiri daripada kaum hawa yang rata-rata bekerja sebagai suri rumah.
5- Ketahui bakat anda
Perkara ini memang penting kerana akan menjadi kunci kejayaan dalam aktibiti blogging anda ini. Jika anda seorang yang "sastera", anda tetap boleh blogging seperti biasa dan carikan "network" yang mungkin berminat dengan hasil karya anda itu. Sebagusnya gunakan bahasa antarabangsa. Bagi yang mempunyai daya kreativiti yang mahir dengan grafik serta mempunyai kamera DSLR, adalah distorkan anda membuat blog yang berkenaan gambar atau hasil seni anda itu. Ramai yang memerlukannya untuk dijadikan wallpaper, merehatkan minda(jika gambar mengenai alam) dan memberi inspirasi kepada pengunjung.
6- Tentukan sasaran pelawat
Ini merupakan perkara paling penting dalam blogging. Kelebihan paling hebat ialah jika anda bagus dalam bahasa Inggeris(English) kerana dengan bahasa antarabangsa, pengunjung anda mungkin akan datang dari pelbagai pelusuk negara. Sekiranya anda sengaja untuk menulis dalam bahasa melayu, anda silap kerana pengunjung boleh lagi membaca penulisan anda itu dengan menggunakan Google Translate dan sebagainya. Bahasa English tidak menyediakan limit dan menjadikan blog anda "versatile".
7- Memilih nama dan alamat blog
Searh engine adalah keperluan dan satu-satunya service yang akan mem-popularkan blog anda. Jika anda ingin membuat blog berkenaan dengan komputer misalnya, pilihlah nama yang sesuai dan berkenaan dengan komputer contohnya "blog komputer" atau "komputer blogger" dan sebaginya asalkan tidak terpesong dengan isi blog anda. Perlu anda elakkan nama dan alamat blog yang panjang serta susah untuk di ingati. Contohnya "buahepalmasakranum.blogspot.com"
8- Kandunagan blog anda. Tentukannya!
Ini sepatutnya menjadi persiapan awal sebelum anda mendaftar blog. Jika anda ingin menulis berkenaan kisah hidup anda, anda memang berhak menulisnya kerana blogging merupakan alternatif untuk "melepaskan perasaan" atau menceritakan sesuatu. Tetapi sila fokus tentang kandungan blog anda ini. Jika nama blog anda adalah nama anda misalnya:
Nama blog: Ahmad Fakrul
Alamat blog: ahmadfakrul.blogspot.com
Apakah pengunjung akan fikir mengenai blog anda itu? jika mereka ingin dapatkan info mengenai telefon bimbit keluaran baru, adakah mereka percaya bahawa ada post mengenai maklumat tersebut walaupun info tersebut memang ada di blog anda.
Sila tinggalkan komen untuk menyatakan idea anda. Dengan cara ini, dapatlah blogger improve lagi produktiviti dan kualiti blog mereka. Teguran bermaksud menegur untuk membina.
4 comments:
bagus la artikel ni...
dpt manfaat sepenuhnya....
Terbaik :)
thanks share
New Entry Prof-Hariz
Caj RM3 5MB/minggu Hotlink
terbaik la dr ladang.. :D
my recent post:
wanita.. adakah kamu berada dalam kecairan???
bagus tip ni.tq~!!
Post a Comment