Hi, saya ingin menulis lagi mengenai Linux/Linux topic. Di Linux juga seperti Windows semestinya Linux mempunyai "media player" untuk memainkan file seperti mp3,avi,mpeg,mkv dan lain-lain dan bermacam format lagi. Tapi kali ini, saya hanya ingin fokuskan kepada format mp3 saja. Mocp atau nama sebenarnya ialah Music On Console Player sememangnya perlu di-run pada console session. Kalau di Windows ialah CMD (Command Prompt) tapi malang sekali kerana Windows tidak mempunyai applikasi sebegini. Mocp hanya untuk Open Source OS seperti Linux.
Jika anda di Debian based misalnya Ubuntu dan juga BackTrack (sejak BackTrack beralih ke Debian) anda boleh meng-install mocp dengan menaip:
sudo apt-get install moc
package-nya ialah moc kerana Music On Console. Masukkan password anda apabila diminta kerana ini berkenaan dengan sistem dan Linux tidak akan install atau mengusik apa-apa sistem anda tanpa kebenaran dari root.
Jika sudah selesai proses install-nya. buka Terminal(jika di Ubuntu) dengan cara tekan ALT(hold) + F2 dan menaip "gnome-terminal" dan jika di BackTrack, tekan ALT(hold) + F2 dan menaip "konsole". Dengan ini, system akan membuka console untuk anda.
Seterusnya sila taip "mocp" untuk run-kan Music On Console Player. Ya, package yang anda install(moc) dan untuk menggunakan moc, anda perlu menaip mocp kerana mocp itu barulah applikasi/application-nya.
Dengan run-kan mocp pada console tersebut, anda juga ada pilihan lain dan cara ini yang saya syorkan/prefer. Caranya ialah run mocp pada "Yakuake" iaitu Quake-style terminal emulator based on KDE Konsole technology. Jika di BackTrack, Yakuake adalah tersedia(built-in) jika di Ubuntu, anda perlulah install-nya terlebih dahulu.
Cara run Yakuake ialah dengan menekan ALT(hold) + F2 dan menaip "yakuake". Anda boleh membuka/mempamerkan Yakuake dengan cara menekan F12(default). Maka yakuake akan keluar dari atas. dan run-kan Mocp dengan menaip "mocp". Sila tengok screenshot dibawah:
Jika anda ingin "minimiz" Yakuake, anda boleh lakukan dengan menekan F12. Dan untuk mempamerkan kembali Yakuake, tekan F12 semula.
NOTE: F12 adalah shortcut untuk minimize dan show Yakuake
05 August, 2010
Best Place To Run Mocp
2010-08-05T04:13:00-07:00
zer0nymous
Informations|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)