Kali ini saya ingin berkongsi cara untuk mencari file mengikut saiz yang kita tetapkan. Cara ini mudah untuk mengesan file yang banyak menggunakan "hardisk space" kita. Seterusnya kita dapat menjimatkan hardisk space kita untuk memuatkan file yang lebih penting.
NOTE: Saya mencuba di BackTrack 4 Final sahaja. Tidak akan working jika di Windows OS
Sebagai testimonal, saya ingin mencari file yang ber-saiz 1gb keatas(+1gb). Susah kalau kene check satu-satu dengan klik kanan > properties. Memang penat la nak check. Kena file lebih dari seribu, raya tahun depan pun belum tentu dah siap.
Jom teruskan langkah mencari file tersebut. Pertama, run konsole anda atau apa-apa console lain yang anda guna. Tidak perlu login sebagai root.
Taip/paste command ini:
find /media/Disk -size +1G -print
Sedikit explaination yang saya tahu(sila rujuk doc untuk lebih tepat dan detail)
find= command yang digunakan
/media/Disk= Lokasi untuk pencarian(Disk merupakan partition yang saya telah mount)
-size= Option yang digunakan untuk mengunakan saiz/size option
+1G= Untuk mencari file size lebih dari 1 Gigabyte
-print= option untuk mempamerkan nama file yang dijumpai
Ini contoh yang akan keluar(result tidak akan sama dengan komputer anda)
urname@bt:~$ find /media/Disk -size +1G -print
/media/Disk/Backup files/Games/Angels Online/data1.pak
/media/Disk/Backup files/Games/AO Project/Angels Online/data1.pak
/media/Disk/Backup files/Games/GTA SA/audio/SFX/SPC_GA
/media/Disk/Others/Linux OS/Linux Dist/BackTrack/bt4-final.iso
/media/Disk/pagefile.sys
/media/Disk/Downloads/The.Karate.Kid.2010.CAM.XVID-WBZ.[www.FilmsBT.com]/The.Karate.Kid.2010.CAM.XVID-WBZ.avi
urname@bt:~$
Jadi, saya tahu bahawa di dalam partition tersebut, ada 6 file yang bersaiz lebih dari 1gb iaitu:
1- data1.pak (Database Game)
2- data1.pak(file di lokasi lain)
3- SPC_GA (GTA File)
4- bt4-final.iso (BT live DVD)
5- pagefile.sys (paging)
6- The.Karate.Kid.2010.CAM.XVID-WBZ.avi (Movie)
Sila cuba. Saya hanya ingin berkongsi command basic di Linux. Hanya untuk menambah bilangan post.he3
05 August, 2010
Find File With Specific Size
2010-08-05T04:56:00-07:00
zer0nymous
Tutorials|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)