hit counter Begin: 29.7.2010

19 August, 2010

IP Got 50 Followers Already!

Firstly, saya sangat berterima kasih kepada semua follower blog saya ini. Blog saya iaitu InternetPeers(IP) telah mendapat 50 orang pengikut. Buat pengetahuan anda, blog saya ini telah secara rasminya berdaftar dengan Blogger pada hari Ahad 10.5.2009.

IP 50 followers

Sekali lagi terima kasih kerana "follow" blog saya.. Sila tinggalkan pesanan melalui email dan comment agar saya dapat memperbaikkan lagi blog ini. Terima kasih. 1 Malaysia!!!
Read rest of entry

Script Kiddies VS Hacker[MUST READ]

Saya cuma ingin menyatakan pandangan saya yang berdasarkan pengalaman membaca article-article dan post-post yang "bertaburan" di Google melalui pelbagai sumber. INI CUMA PANDANGAN SELEPAS PENGALAMAN MEMBACA SAYA. TIDAK BERMAKSUD SAMA SEKALI UNTUK MENYATAKAN POST SAYA INI 100% TEPAT DENGAN YANG SEBENARNYA.

NOTE: Jika anda mula salah faham, jangan teruskan membaca post ini. Tetapi jika anda faham situasi saya, sila teruskan...

Sekarang, dunia komputer yang meluas ini telah membahagikan individu/golongan pengguna komputer secara beberapa golongan/level untuk dibezakan. Saya cuma ingin menyatakan mengenai Script-Kiddies dan Hacker secara basic sahaja. Dari golongan tersebut, terbahagi pula kepada beberapa golongan. Saya tidak akan pergi secara lebih detail. Anda boleh gunakan Google untuk meneruskannya...

Script-Kiddies
1- Level Kedua selepas Newbie
2- Tidak mempunyai asas dalam ilmu komputer
3- Etika yang kabur
4- Ada kalanya tidak berpegang kepada etika
5- Tidak tahu untuk coding/menulis bahasa program
6- Bergantung kepada orang lain(biasanya Hacker)
7- Tidak mengeluarkan script/program sendiri
8- Mereka berjinak-jinak dengan bahasa program(tidak mahir)

Contoh perbualan Script-Kiddies(SK) dengan Operator(OP) di salah sebuah room IRC:

SK: Hello Operator
OP: Hello. Kamu ada masalah dengan room ini?
SK: Tidak. Tapi kamu akan mendapat masalah kerana saya akan hack room ini.
OP: =_="

<SK telah di "banned" oleh Operator>

Hacker
1- Minat yang kuat untuk belajar
2- Tidak pernah jemu untuk terus belajar
3- Ingin bebas daripada kekangan(limit)
4- Sukakan "freeware"
5- Mahir dengan bahasa program(master)
6- Menulis script/program sendiri
7- Share source code di forum
8- Bermatlamatkan Open Source


Di internet, ada banyak lagi info-info mengenai hal yang saya nyatakan di sini. Dan apa yang saya nyatakan berkemungkinan adalah salah sedikit atau mugkin juga seluruhnya..
Read rest of entry

Teknik Blogging [MUST READ]

Sekarang ini, semua orang ada blog atau laman web. Blog memang familiar dengan Blogspot kerana Blogspot senang digunakan berbanding Weordpress. Tapi bagi yang advance, mana-mana provider pun tidak kisah. Sebab itu ramai juga yang memilih Wordpress dan Wordpress tetap famous.

Teknik blogging yang ingin saya nyatakan di sini ialah:

1- Ketahui tujuan anda
Sebelum Sign-Up blog, sila pastikan apakah tujuan anda untuk blogging. Adakah kerana duit? Adakah kerana anda kagum dengan article-article dan post pada laman web yang menyatakan blogging dapat menjana wang secara mudah dan lumayan? Adakah pula anda blogging hanya kerana ingin mengisi masa lapang? Mana-mana alasan, anda yang tentukan dan bergantung kepada anda.

2- Kepada yang "Income Based"
Kepada blogger yang sangat mengutamakan pendapatan dari hasil blogging, perlulah anda ketahui bahawa untuk menjana wang secara blogging ini bukan senang. Bagi yang pemula, perlulah anda ketahui tentang CPC, PPC, CPV dan banyak lagi. Dengan kefahaman ini, anda mungkin akan lebih jelas tentang bagaimana cara anda menjana pendapatan. Perlu anda ingat bahawa search engine memerlukan sesuatu yang asli dan unik. Tidak mungkin blogger itu dapat income RM500 sebulan dengan hanya post yang di-duplicate serta bilangan post yang cuma seratus lebih. Ingat, kunci kejayaan bagi blogger jenis ini ialah "network" atau "social"

3- Kepada "Blogging adalah hobi saya"
Blogger style begini sangat bagus kerana tidak mementingkan wang. Tetapi tidak bermakna wang itu 100% tidak perlu(dunia memang perlukan wang).LOL. Kepada blogger jenis ini biasanya mereka tidak jemu menulis post dan mengeluarkan idea serta maklumat-maklumat baru di internet. Setelah publish post secara banyak dan asli, barulah pendapatan akan datang.

4- Tentukan masa untuk blogging
Ramai blogger mengahadapi masalah ini. Memang betul kerana seseorang itu tidak mungkin sama aktiviti hariannya. Contohnya kepada yang bekerja dan pelajar. Bagi seorang pelajar, mereka mempunyai masa yang terhad untuk blogging. Bagi yang sudah bekerjaya, mereka mungkin boleh blogging dalam pejabat saja(curi tulang).Kepada suri rumah, mereka lebih cenderung untuk blogging kerana mereka mempunyai masa lunag yang banyak. Tidak hairanlah ramai blogger teridiri daripada kaum hawa yang rata-rata bekerja sebagai suri rumah.

5- Ketahui bakat anda
Perkara ini memang penting kerana akan menjadi kunci kejayaan dalam aktibiti blogging anda ini. Jika anda seorang yang "sastera", anda tetap boleh blogging seperti biasa dan carikan "network" yang mungkin berminat dengan hasil karya anda itu. Sebagusnya gunakan bahasa antarabangsa. Bagi yang mempunyai daya kreativiti yang mahir dengan grafik serta mempunyai kamera DSLR, adalah distorkan anda membuat blog yang berkenaan gambar atau hasil seni anda itu. Ramai yang memerlukannya untuk dijadikan wallpaper, merehatkan minda(jika gambar mengenai alam) dan memberi inspirasi kepada pengunjung.

6- Tentukan sasaran pelawat
Ini merupakan perkara paling penting dalam blogging. Kelebihan paling hebat ialah jika anda bagus dalam bahasa Inggeris(English) kerana dengan bahasa antarabangsa, pengunjung anda mungkin akan datang dari pelbagai pelusuk negara. Sekiranya anda sengaja untuk menulis dalam bahasa melayu, anda silap kerana pengunjung boleh lagi membaca penulisan anda itu dengan menggunakan Google Translate dan sebagainya. Bahasa English tidak menyediakan limit dan menjadikan blog anda "versatile".

7Memilih nama dan alamat blog
Searh engine adalah keperluan dan satu-satunya service yang akan mem-popularkan blog anda. Jika anda ingin membuat blog berkenaan dengan komputer misalnya, pilihlah nama yang sesuai dan berkenaan dengan komputer contohnya "blog komputer" atau "komputer blogger" dan sebaginya asalkan tidak terpesong dengan isi blog anda. Perlu anda elakkan nama dan alamat blog yang panjang serta susah untuk di ingati. Contohnya "buahepalmasakranum.blogspot.com"

8- Kandunagan blog anda. Tentukannya!
Ini sepatutnya menjadi persiapan awal sebelum anda mendaftar blog. Jika anda ingin menulis berkenaan kisah hidup anda, anda memang berhak menulisnya kerana blogging merupakan alternatif untuk "melepaskan perasaan" atau menceritakan sesuatu. Tetapi sila fokus tentang kandungan blog anda ini. Jika nama blog anda adalah nama anda misalnya:

Nama blog: Ahmad Fakrul
Alamat blog: ahmadfakrul.blogspot.com

Apakah pengunjung akan fikir mengenai blog anda itu? jika mereka ingin dapatkan info mengenai telefon bimbit keluaran baru, adakah mereka percaya bahawa ada post mengenai maklumat tersebut walaupun info tersebut memang ada di blog anda.

9- Tinggalkan Komen
Sila tinggalkan komen untuk menyatakan idea anda. Dengan cara ini, dapatlah blogger improve lagi produktiviti dan kualiti blog mereka. Teguran bermaksud menegur untuk membina.
Read rest of entry

Mendapatkan informasi tentang sistem

Mungkin anda ingin mengetahui maklumat tenetang sistem anda untuk kepentingan dan kegunaan anda.Post ini amat berguna juga kepada sesiapa yang kehilangan guide/manual book(percuma setelah anda membeli komputer/laptop).

Cara-caranya ialah seperti saya nyatakan berikut::

1-Tekan Start/lambang "Windows" pada keyboard/key Windows+R
2-Masukkan perkattan ini=msinfo32

Setelah itu,keluar satu program..DONE :)
Read rest of entry

Ciri-Ciri Blog Yang Teruk

Pada post ini, saya cuma ingin menyatakan tentang pandangan saya dan tidak mengharapkan ianya adalah 100% benar kerana bergantung kepada blogger dan pelawat. Contohnya kalau blog yang cuma ada satu post, suka hati tuan dia la sebab blog dia. Kalau boleh sila elakkan dari comment seperti itu. Alasan saya, komen itu tidak membina.

Saya juga tidak "claim" yang blog saya ini bagus atau perfect. Maish lagi ada bnyak keburukan kerana saya masih baru dalam dunia blog berbanging otai-otai sekalian.
 
NOTE: Jangan baca jika anda mula salah faham bagi mengelakkan kesulitan

Ciri-ciri blog yang teruk ialah:

1- Background musicYang ini saya tidak suka kerana ialnya cuma melambatkan loading page. Perlu juga anda fikir bahawa jika anda menggunakan Streamyx misalnya iaitu internet yang laju, tidak semua pelawat mempunyai kelebihan tersebut. Pengunjung tidak mahu menuggu lama untuk membaca post anda itu. Kalau saya, saya lebih rela "googling" untuk cari kat laman web/ blog lain.

2- Gambar bakcground kelip-kelip
Ramai blogger fikir dengan meletakkan gambar bacground yang kelip-kelip pada blog akan menjadikan blog bertambah menarik. Gambar kelip-kelip saya maksudkan ialah gambar animated/.gif. Bagi saya, blog yang punyai gambar rama-rama atau bintang-bintang yang berkelip itu cuma menampakkan blogger tersebut tidak serius dan tidak professional.

3- Salji turun dan sebagainya
Biasanya teknik ini boleh dibuat dengan bantuan javascript. Blogger juga fikir bahawa blog mereka akan lebih "interactive" dengan adanya kesan khas sampingan ini. Bagi saya, ianya tidak perlu. Bukan sahaja mengaburi mata tetapi dengan penggunaan "effect" tersebut, blog juga akan menjadi sedikit perlahan.

4- Sila klik. Saya merayu
Ini yang paling saya tidak suka. Blogger yang menyatakan harapan mereka supaya pengunjung klik pada ads conothnya Nuffnang. Jika dikira dari T&A Nuffnang, kontrak boleh terbatal dengan tindakan yang tidak sepatutnya ini. Selain itu, alamat blog juga akan di "blacklist". Sebutulnya, biarlah pengunjung sendiri yang klik ads tersebut tanpan disuruh.

5- Cursor icon
Walaupun tidak ramai blogger yang guna teknik ini tapi hakikatnya ada blogger yang suka cursor yang ber-icon ini. Icon biasa yang boleh di ketemui ialah api, hello kitty, bunga, bintang, stik magic dan sebagainya. Saya tidak tahu kenapa mesti buat cursor sebegitu. Bagi saya, ia agak menyukarkan saya untuk membaca text pada post.

6- Comment need approval
Faktor ini pernah terjadi pada blog saya kerana script/layout/template blog saya yang telah diubah berbanyak-banyak kali itu menjadi "dont allow comment" secara defaultnya. Nasib baiklah kawan yang beritahu saya tentang hal ini. Saya langsung tidak perasan. Pelawat mungkin tidak mahu login akaun email atau service lain tapi ianya perlu untuk meninggalkan komen. Saya rasa ini sikit sebanyak membebankan. Mungkin blogger pilih cara ini untuk elakkan spam.

7- Dialog box
Kepada siapa yang guna dialog bog iaitu window kecil yang kelaur mesej tu, saya paling tak suka ini. Sangat annoying. Kalau hendak tulis mesej atau nota sekalipun, boleh jer tulis kat header atau bahagian atas kat page blog.

Semua itu cuma pandangan saya dan mengenai pengalaman saya sahaja. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk mengkritik blog pihak tertentu tanpa alasan yang benar. Diharap faham sitausi saya ini.

Jika ada mana-mana kandungan yang anda tidak setuju atau ingin berkongsi maklumat, sila biarkan saya tahu dengan meninggalkan komen.
Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.