Windows merupakan
operating system yang paling popular. Penggunaannya bukan sahaja untuk
Home User tapi juga untuk
Office User. Disebabkan Windows memonopoli ranking sebagai
OS nombor satu, sekaligus menjadikan Windows sebagai target utama untuk penyebaran
virus komputer.
Pada mulanya
virus cuma sebagai
prank atau untuk tujuan suka-suka tetapi berubah menjadi duka setelah virus dipercayai menjangkiti
komputer syarikat dan syarikat menhadapi masalah seterusnya mengalami kerugian. Jumlah kerugian yang begitu banya meyebabkan pengguna komputer mula memberi perhatian kepada tahap
keselamatan komputer mereka. Maka wujudlah
software yang dibina untuk
melindungi komputer anda dari ancaman virus iaitu antivirus.
Antivirus memang banyak untuk dipilih dan diguna oleh pengguna komputer dengan kepercayaan masing-masing. Pada dasarnya, terdapat dua jenis atau package antivirus iaitu yang
free dan yang
berbayar. Contoh yang free ialah Avira AntiVir Personal - Free Antivirus(yellow) manakala yang berbayar ialah Kaspersky. Tetapi terdapat juga antivirus dalam versi
trial yang bertujuan untuk memberi peluang kepada computer user mengenai features dan keberkesanan product mereka. Tetapi dalam versi ini, biasanya antivirus itu tidak berfungsi dengan bagus. Contohnya antivirus tersebut boleh detect virus tetapi tidak boleh
delete atau
remove virus tersebut. Ataupun tidak sama dengan versi yang sebenar. Biasalah barang trial. Tujuan untuk promosi saja.
Saya juga menggunakan
Windows OS iaitu
Windows XP. Walaupun telah keluar
Windows Vista seterusnya
Windows Seven(sekarang ini) tetapi Windows XP tetap menjadi pilihan saya. Saya hanya menggunakan
Avira AntiVir Personal - Free Antivirus sebagai antivirus utama di Windows XP saya. Saya tidak mahu membelanjakan wang untuk antivirus(poor me
^^ ). Avira AntiVir Personal - Free Antivirus juga merupakan antivirus real mode di komputer saya dan saya juga menggunakan
a-squared Free juga yang free dan berfungsi sebagai antivirus off mode.
Avira bertidak sebagai
real time scanning dimana komputer saya sentiasa berada dalam jagaan atau perhatian Avira. a-squared Free pula sebagai tambahan untuk scan file yang disyaki mempunyai virus. Biasanya di
flash drive. Flash drive ialah alternatif paling popular untuk penyebaran virus secara
offline pada masa sekarang. Jadi, berhati-hatilah dengan virus kerana virus sangat bijak dan semakin bijak dari masa ke semasa. Langkah terbaik untuk melindungi komputer anda dari ancaman virus ialah dengan
mengenali virus. Ketahuilah bagaimana cara ia merebak, apakah kesannya, dan sebagainya. Dengan pengetahuan berikut, anda mungkin dapat melindungi komputer anda dari ancaman
virus komputer.