Saya hanya cuma ingin berkongsi tips dengan para pelawat sahaja dan tiada tujuan untuk buktikan tips saya adalah yang terbaik. Diharap pelawat dapat ilham dan sedikit info memalui post ini.
1- Number of blog
Para blogger mungkin mempunyai blog lebih dari satu bergantung kepada tujuan sendiri. Blog yang lebih dari satu mungkin untuk berlainan kategori. Contohnya blog yang menggunakan bahasa English untuk program Adsense dan blog bahasa Melayu untuk program Nuffnang. Mungkin juga untuk privacy bergantung kepada pemilik blog. Tapi cuba gabungkan blog-blog anda yang banyak itu kepada satu blog sahaja kerana kebanyakan blog anda yang lama tidak mudah diberi perhatian dan biasanya kurang update. Caranya anda cuma perlu meng-optimakan penggunaan "Label".
2 - GMail have advantages
Blogger ialah blog dibawah Google dan amat mesra dengan Google. Jadi, adalah lebih bagus jika anda menggunakan GMail sebagai email blogger anda. Jika belum punyai GMail, bolehlah register dengan percuma dan nikmati saiz storage yang lebih besar.
3- Yahoo Mail for Additional
Perlu juga anda mempunyai Yahoo Mail untuk urusan yang lebih mudah. Contohnya anda register di sebuah web dan tidak mahu mengganggu GMail anda. Biasanya web akan menghantar email mengenai perubahan web dan iklan mereka kepada anda selepas anda "verify" atau buat "confirmation". Dengan meng-register menggunakan Yahoo Mail, Gmail anda bebas dari email yang tidak penting. Terpulang kepada cara pengurusan anda.
4- Make special folder
Di komputer anda, buatlah folder baru dan beri nama yang sama dengan nama blog anda. Contohnya blog saya ialah http://internetpeers.blogspot.com/ dan saya beri nama folder tesebut "InternetPeers". Untuk lebih selamat, buat folder tesebut di local disk "D" anda atau selain di sistem(Windows). Ini dapat mengelakkan file-file anda daripada hilang jika Windows rosak. Contohnya jika terkena virus dan terpaksa meng-install semula Windows.
5- Take Notes
Ini adalah penting untuk memudahkan anda. Jika anda melakukan "register" pada sebuah web, ketika mengisi form, pastikan anda mengambil info-info berikut seperti menyalin ke notepad atau mengambil screenshot(dengan menekan "PrintScreen Sys Rq"). Mengambil screenshot adalah lebih cepat dan tepat. Apa yang penting adalah seperti username dan email mana anda gunakan. Bahagian "Password" tidak ditunjuk. Jadi tidaklah bahaya sangat jika screenshot itu beralih tangan. Simpan screenshot itu kedalam folder khas anda. Contohnya "Account". Contoh direktori saya ialah "D:\My Blog\InternetPeers\Account"
6- Copy and Paste
Gadget ialah senjata yang hebat kepada para blogger untuk memperolehi traffic, mengurus dan mencantikkan blog. Paling kerap dan untuk lebih interactive, blogger menggunakan gadget "HTML/JavaScript". Selepas anda paste-kan script anda di gadget tersebut, sila buat salinan code tersebut dan paste di notepad anda. Save dan beri nama yang sama dengan gadget di blog anda. Contoh directori saya ialah "D:\My Blog\InternetPeers\Gadget\IP_Twitter.txt".
Diharap anda dapat sikit-sikit infonya dari article ini. Saya tidak mendakwa tips saya ini adalah terbaik. Cuma ingin berkongsi. Sila tiggalkan comment untuk saya improve lagi teknik pengurusan dan blogging saya.
06 August, 2010
Tips Manage Blogger Account
2010-08-06T09:46:00-07:00
zer0nymous
Tutorials|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)