Cyberjaya merupakan bandar pertama dalam sejarah Malaysia yang diaplikasi dengan CCTV bertujuan untuk mengesan dan membanteras jenayah.Hal ini sewajarnya diambil kerana masalah negara Malaysia yang semakin menjadi-jadi dan semakin tidak terkawal.Dengan mengaplikasikan CCTV,pihak berkuasa tidak perlu terlalu memerah tenaga untuk memerhatikan keadaan pada satu jangka masa yang lama kerana penggunaan teknologi sememangnya dicipta bagi mengurangkan tenaga manusia.Pihak berkuasa juga mempunyai bukti kukuh dalam sesuatu keadaan yang sukar diramal.Namun,pelaksanaan ini memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diaplikasikan sepenuhnya.Sebagai langkah awal,kerajaan bolehlah meletakkan CCTV di tempat-tempat yang paling kerap berlakunya jenayah seperti lorong-lorong dan stesen-stesen kenderaan awam.Diminta juga agar tiada penduduk merosakkan CCTV tersebut seperti berlaku kepada telefon awam.Sistem CCTV ini juga membuktikan bahawa Malaysia setanding dengan negara-negara berteknologi maju seperti Jepun dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi ke tahap maksimum dalam kehidupan seharian.
22 June, 2009
Malaysia guna CCTV kurang kadar jenayah
2009-06-22T10:40:00-07:00
zer0nymous
Informations|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)