hit counter Begin: 29.7.2010

30 May, 2009

Ibu kepada segala bom

Massive Ordnance Air Blast(MOAB) atau dekenali juga sebagai "ibu kepada segala bom" ada lah bom jenis konvensional bukan nuklear berkuasa besar bakal digunakan dalam perang ke atas Iraq yang bermula 20 Mac 2003 lalu.Bom seberat 9,450 kg itu telah dibangunkan oleh Pusat Angkatan Tentera Udara dalam beberapa minggu sahaja di Eglin,Florida,menggantikan bom BLU-82(daisy Cutter) seberat 6,750 kg yang pernah digunakan semasa Perang Vietnam,Perang Teluk dan Perang di Afganistan 2001.Ujian pertama bom tersebut dilakukan pada 12 Mac 2003 mengeluarkan letupan gergasi seperti petir dan asap yang seperti cendawan gergasi.


Read rest of entry

Usaha untuk negara-negara miskin

Pada September 1996,Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia melancarkan inisiatif khas bagi membantu Negara-Negara Miskin Berhutang Tinggi atau Heavily Indepted Poor Countries(HIPC).Ia dipersetujui oleh 180 kerajaan di seluruh dunia sebagai usaha membantu negara tersebut menyelesaikan beban hutang masing-masing.Sebanyak 34 negara Afrika termasuk di bawah HIPC,Antaranya Anggola,Burundi,Cameroon,Kenya dan Zambia.Empat negara Amerika Latin(Bolivia,Guyana,Honduras dan Nicaragua),tiga dari Asia(Republik Laos,Myanmar dan Vietnam) dan Yemen dari Timur Tengah.


Read rest of entry

Kos perniagaan di Australia

Australia menawarkan kos untuk memulakan perniagaan kedua paling rendah di kalangan negara maju selepas Jepun.Lebih 850 syarikat multinasional telah menubuhkan ibu pejabat atau operasi setempat di negara itu.Tenaga kerja negara ini terdiri dari pelbagai budaya dan menggunakan pelbagai bahasa.Menurut Australian Bureau of Statistic 2004,Australia mempunyai warganegara tediri daripada penduduk yang berasal dari lebih 200 negara lain.Daripada 20 juta penduduknya,tiga juta bertutur bahasa selain Inggeris ketika di rumah,1.6 juta fasih berbahasa Eropah yang lain dan hampir satu juta pula fasih dalam bahasa utama Asia.


Read rest of entry

Fakta negara di Eropah Barat

Negara di Eropah Barat mengurangkan jumlah jam bekerja sebagai usaha menyediakan lebih banyak kadar peuang pekerjaan.Bagaimanapun,kadar pengagguran tetap minigkat atau kekal tinggi.Sebagai perbandingan,pada 1989,kadar Purata jam bekerja Tahunan(PJBT) di Jerman ialah 1,1668 jam dengan kadar pengagguran 5.2%.Apabila kadar PJBT negara itu dikurangkan kepada 1,557 jam pada 2002,kadar pengaggurannya tetap meningkat iaitu 8.1%.Di Amerika Syarikat,kadar pengagguran hanya berubah dari 5.3% kepada 5.8% walaupun PJBT ditambah dari 1,890 jam kepada 1,904 dalam tempoh yang sama.


Read rest of entry

Tentang Ralph Lauren

Ralph Lauren,pereka fesyen yang terkenal menubuhkan syarikat dan melancarkan koleksi pakaian wanita pada 1971.Pada 1996,majalah Forbes menganggarkan hasil jualan Ralph Lauren di seluruh dunia berjumlah AS$5 billion dengan kekayaan peribadi melebihi AS$1 billion.Keluarannya termasuk juga minyak wangi,cadar,sofa kulit,pinggan dan cat.Beliau merupakan pereka fesyen pertama yang memiliki stor sendiri untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaannya.


Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.