hit counter Begin: 29.7.2010

01 June, 2009

Si kaya Bill Gates

Microsoft telah mengumumkan rancangan untuk memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya dalam bentuk dividen khas sebanyak AS$3 sesaham yang keseluruhannya akan berjumlah AS$32 bilion(RM121.6 bilion),sekali gus dilihat sebagai bayaran tunai terbesar dalam sejarah korporat dunia.Pengerusi syarikat,Bill Gates yang juga pemegang saham terbesar akan memperolehi As$3.3 bilion(RM12.54 bilion) dari dividen khas yang akan dibayar pada Disember tahun ini.Bill Gates yang juga antara individu terkaya di dunia,telah mengisytiharkan dividen yang diterimanya akan diberikan kepada The Bill & Melinda Gates Foundation.


Read rest of entry

Pelabuhan utama dunia

Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP) menduduki tempat ke-12 dan ke-16 sebagai pelabuhan utama di dunia.PTP mencatat peningkatan 25.3 peratus,daripada 1.6 juta TEU kepada 2.01 juta pengendalian kontena untuk separuh pertama tahun 2004.Pelabuhan Klang pula mencatat pertumbuhan 11% iaitu daripada 2.35 juta TEU kepada 2.61 juta dari Januari hingga Jun 2004.Pada separuh kedua,pengendalian kontena dijangka mencapai 5.2 juta TEU di Pelabuhan Klang dan 4 hingga 4.5 juta oleh PTP.


Read rest of entry

Mengenai Japan NTT

Nippon Telegraph and Telephone Corporation(JAPAN NTT) merupakan syarikat konglomerat telekomunikasi terbesar di dunia.Ia ditubuhkan pada tahun 1952,beribu pejabat di Chiyoda-ku,Tokyo,Jepun.Ia menyediakan perkhidmatan transmisi suara secara tetap dan bergerak,pemindahan data,jualan peralatan komunikasi,sistem integrasi dan alin-lain perkhidmatan telekomunikasi.Sehingga 31 Mac 2004,ia mempunyai kira-kira 422 anak syarikat,97 syarikat gabungan dan 205,288 tenaga pekerja.Pendapatannya sehingga 30 Jun 2004 ialah RM6.5 bilion.


Read rest of entry

Hubungan Taiwan dan China

Hubungan Taiwan dan China dianggap semakin dingin sejak kedua-dua pihak berpecah selepas terlibat dalam perang saudara pada 1949.Namun dari segi ekonomi,data 2003 menunjukkan China merupakan rakan niaga utama Taiwan dengan jumlah dagangan meningkat 23.8% dari tahun 2002 kepada AS$46.32 bilion mengatasi jumlah dagangan dengan Amerika Syatikat dan Jepun.Jumlah ini mewakili 17.1% dari keseluruhan dagangan Taiwan.Bagaimanapun,sejak berpecah,urusan dagangan tidak dijalankan langsung tetapi dagangan dilakukan menerusi Hong Kong.


Read rest of entry

30 May, 2009

Ibu kepada segala bom

Massive Ordnance Air Blast(MOAB) atau dekenali juga sebagai "ibu kepada segala bom" ada lah bom jenis konvensional bukan nuklear berkuasa besar bakal digunakan dalam perang ke atas Iraq yang bermula 20 Mac 2003 lalu.Bom seberat 9,450 kg itu telah dibangunkan oleh Pusat Angkatan Tentera Udara dalam beberapa minggu sahaja di Eglin,Florida,menggantikan bom BLU-82(daisy Cutter) seberat 6,750 kg yang pernah digunakan semasa Perang Vietnam,Perang Teluk dan Perang di Afganistan 2001.Ujian pertama bom tersebut dilakukan pada 12 Mac 2003 mengeluarkan letupan gergasi seperti petir dan asap yang seperti cendawan gergasi.


Read rest of entry
 

About Me

My photo
Masih menuntut di UITM.Mula mengenali dan berminat dengan internet pada umur 16 tahun.Menulis blog untuk mengisi masa lapang di samping membuka komuniti serta menyediakan kemudahan kepada semua.Terima Kasih kerana melawat blog ini.

IP Follower

Term of Use

>All post are free to copy or duplicate for any what content EXCEPT for post that have my trademark at the bottom.
>Please don't redirect download LINK/URL from this site without permission from author.
>Never use this site content for commercial purposes.
>Do not post comment with another language except for English & Bahasa.

You can help me by telling your friend, family and college members about this site.