Massive Ordnance Air Blast(MOAB) atau dekenali juga sebagai "ibu kepada segala bom" ada lah bom jenis konvensional bukan nuklear berkuasa besar bakal digunakan dalam perang ke atas Iraq yang bermula 20 Mac 2003 lalu.Bom seberat 9,450 kg itu telah dibangunkan oleh Pusat Angkatan Tentera Udara dalam beberapa minggu sahaja di Eglin,Florida,menggantikan bom BLU-82(daisy Cutter) seberat 6,750 kg yang pernah digunakan semasa Perang Vietnam,Perang Teluk dan Perang di Afganistan 2001.Ujian pertama bom tersebut dilakukan pada 12 Mac 2003 mengeluarkan letupan gergasi seperti petir dan asap yang seperti cendawan gergasi.
30 May, 2009
Usaha untuk negara-negara miskin
Pada September 1996,Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia melancarkan inisiatif khas bagi membantu Negara-Negara Miskin Berhutang Tinggi atau Heavily Indepted Poor Countries(HIPC).Ia dipersetujui oleh 180 kerajaan di seluruh dunia sebagai usaha membantu negara tersebut menyelesaikan beban hutang masing-masing.Sebanyak 34 negara Afrika termasuk di bawah HIPC,Antaranya Anggola,Burundi,Cameroon,Kenya dan Zambia.Empat negara Amerika Latin(Bolivia,Guyana,Honduras dan Nicaragua),tiga dari Asia(Republik Laos,Myanmar dan Vietnam) dan Yemen dari Timur Tengah.
Kos perniagaan di Australia
Australia menawarkan kos untuk memulakan perniagaan kedua paling rendah di kalangan negara maju selepas Jepun.Lebih 850 syarikat multinasional telah menubuhkan ibu pejabat atau operasi setempat di negara itu.Tenaga kerja negara ini terdiri dari pelbagai budaya dan menggunakan pelbagai bahasa.Menurut Australian Bureau of Statistic 2004,Australia mempunyai warganegara tediri daripada penduduk yang berasal dari lebih 200 negara lain.Daripada 20 juta penduduknya,tiga juta bertutur bahasa selain Inggeris ketika di rumah,1.6 juta fasih berbahasa Eropah yang lain dan hampir satu juta pula fasih dalam bahasa utama Asia.
Fakta negara di Eropah Barat
Negara di Eropah Barat mengurangkan jumlah jam bekerja sebagai usaha menyediakan lebih banyak kadar peuang pekerjaan.Bagaimanapun,kadar pengagguran tetap minigkat atau kekal tinggi.Sebagai perbandingan,pada 1989,kadar Purata jam bekerja Tahunan(PJBT) di Jerman ialah 1,1668 jam dengan kadar pengagguran 5.2%.Apabila kadar PJBT negara itu dikurangkan kepada 1,557 jam pada 2002,kadar pengaggurannya tetap meningkat iaitu 8.1%.Di Amerika Syarikat,kadar pengagguran hanya berubah dari 5.3% kepada 5.8% walaupun PJBT ditambah dari 1,890 jam kepada 1,904 dalam tempoh yang sama.
Tentang Ralph Lauren
Ralph Lauren,pereka fesyen yang terkenal menubuhkan syarikat dan melancarkan koleksi pakaian wanita pada 1971.Pada 1996,majalah Forbes menganggarkan hasil jualan Ralph Lauren di seluruh dunia berjumlah AS$5 billion dengan kekayaan peribadi melebihi AS$1 billion.Keluarannya termasuk juga minyak wangi,cadar,sofa kulit,pinggan dan cat.Beliau merupakan pereka fesyen pertama yang memiliki stor sendiri untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaannya.
Mata wang Euro
Mata wang Euro diperkenalkan pada 1 Januari 2002 di 12 buah negara iaitu Belgium,Jerman,Greece,Sepanyol,Perancis,Ireland,Itali,Luxembourg,Belanda,Austria,Portugal dan Finland.Semua urusan berkaitan mata wang Euro diselaraskan oleh European Central Bank.Euro diperkenalkan dalam bentuk wang syiling dan kertas.Nilai wang kertas bermula dari 5,10,20,50,100,200 dan 500 Euro.Wang syiling bermula dengan nilai 1 sen Euro hingga 2 Euro.Selain itu,Monaco,Vatican City dan San Marino juga telah menggunakan Euro sebagai mata wang negara mereka pada tarikh yang sama.
Fakta pengguna telefon di Malaysia
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,pada 2003 rakyat Malaysia telah menghantar sejumlah 6.163 bilion pesanan teks ringkas(SMS) melalui telefon selular(handphone).Sebanyak 1.996 bilion pesanan teks ringkas lagi telah dihantar dalam tempoh Januari hingga Mac 2004.Jumlah pemilik telefon selular tahun lalu ialah 11.124 juta.Sehingga Mac 2004,pemilik telefon selular bertambah kepada 11.762 juta,atau 72.1% daripada jumlah telefon keseluruhan iaitu kombinasi telefon talian tetap dan telefon selular.
Robert Kuok orang terkaya Malaysia
Robert Kuok atau Kuok Hock Nien telah disenaraikan sebagai ahli korporat terkaya di Malaysia.Empayar perniagaan Kuok dan anak-anaknya juga terdapat di sekitar Singapura dan Hong Kong.Empayar yang dibina bersama Kuok Khoon Chen dan Kuok Khoon Ean ini terlibat dengan pelbagai perniagaan.Antara syarikat perniagaannya ialah Shangri-la Asia Ltd,Kerry Properties,South China Morning Post(SCMP) di Hong Kong,PPB Oil Palms,Malaysian Bulk Carrier Bhd,Pelangi Berhad di Malaysia dan Allgreen Properties Ltd di Singapura.Aset beliau dianggarkan bernilai RM 14.29 billion.
Mengenai DHL Express
DHL adalah rangkaian penghantaran ekspress udara antarabangsa terbesar di dunia.Ia mempunyai lebih 3.5 juta pelanggan dan jaringan perkhidmatannya meliputi lebih 120,000 destinasi di 220 buah negara.Ia mempunyai kakitangan seramai 170,000.Kini operasinya diperkuat lagi dengan beberapa anak syarikat iaitu DHL Worldwide Express,Danxas dan Deutsche Post Euro Express.Di Malaysia,DHL Express melabur sebanyak AS$350 juta(RM1.33 bilion) dalam projek IT termasuk membina pusat maklumat Asia Pasifik berharga RM197.6 juta di Cyberjaya dan pusat logistik sebanyak RM30.02 juta di Puchong,Selangor.
14 May, 2009
12 May, 2009
Contact me
Segala komen,nasihat atau lain-lain yang berkenaan dengan blog saya ini,bolehlah email secara terus kepada saya di:
Untuk Mailing
1- platligor@gmail.com
Untuk Chatting
1- zer0nymous@yahoo.com
Read rest of entry
Untuk Mailing
1- platligor@gmail.com
Untuk Chatting
1- zer0nymous@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)